mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label fiber optik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fiber optik. Papar semua catatan

Selasa, 11 Ogos 2009

Seharian dengan kamera



Boleh tahan gak pagi ni. Macam-macam ada. Memula Kak Yah panggil aku suruh tengokkan alat sukat suhu yang baru dibeli. Godak-godak. OK. Semua dah leh pakai. Pastu bawak semua bebudak masuk lam dewan check sorang-sorang. Kalau ikut manual, kalau demam warna lampu dia jadi merah. Asik-asik hijau, menyampah aku. Ke alat ni yang rosak. Aku tak puas hati. Aku tanya bebudak, sapa demam angkat tangan. Ramainya yang angkat tangan. Aku gi pegang dahi sorang-sorang, demam ke hapa. Sampai sorang budak pompuan ni aku senyum. Ha, jumpa jugak sorang. Aku terus bawak dia potong Q, check. Sah, tukau merah. Jadi alat ni tak rosak la kan.



Pastu aku gi check pulak bahan-bahan yang patut diguna untuk hapgred fiber optik kat sekolah aku. OK. Cuma nak tunggu kontraktor jer sampai. Sesambil tu mata meliar dok nengok bebudak yang nak gi RIMUP. Ambik gambo diaorang sekeping dua.



Lam kul 10, kontraktor sampai. Aku bawak diaorang usha semua tempat yang akan dihapgred. Tanda mana yang nak dipasang. Settle semua. Diaorang pun terus mula kerja diaorang.



Pastu teringat lak pasal RIMUP. GB pun dah nak kuar. Aku pun terus keluar sama. Bukannya jauh sangat. Kuo Kuang depan tu jer. Ambik beberapa gambo. Pastu balik. Sampai sekolah pantau lagi kerja-kerja pemasangan fiber nih. Hihihi. Cikgu-cikgu semua cakap hari ni aku jadi Mandur Beso. Hahaha.


Foto Montaj


Selasa, 4 Ogos 2009

Site Survey pemasangan Fiber Optik SKTTA



Petang ni wakil dari CNN System telah menelefon aku. Boleh terkedu jap masa dia cakap dari CNN. Aku terfikir bila la pulak aku beli barang CNN ni, tapi cam familiar jer bunyinyer ni. Ingat nyer ingat nyer ingat baru tersedar... Oooo orang yang bertanggungjawab menaiktaraf rangkaian sekolah aku.. Boleh boleh boleh. Datang jer. Lagipun aku memang dok kat makmal jer ni.





Sesampai jer diaorang kat pejabat, aku terus tanya nak tengok pelan. Alhamdulillah. Semua yang aku lakarkan ituhari diterima sepenuhnya, dan yang paling best semua point disertakan satu plug elektrik + ada lebih lima lagi. Yahuuu..



Pastu terus aku bawak diaorang lawat tapak. Setiap tempat yang nak dipasang aku bawak. Sekali rupanya nak pasang esok. Alamak. Ni yang susah ni. Pasal tinggal aku sorang jer kat sekolah. Layan punya layan sib baik Kuo Kuang 2 ada lam list. So aku terus suruh diaorang buat Kuo Kuang 2 dulu. Minggu depan baru buat sekolah aku. Takpe la lambat seminggu jer kan. Lagipun aku ada banyak masa sikit nak berfikir.. mana aku nak reshuffle point point UTP lebih yang aku dapat tu. Hehehe