Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 15 Januari

Bonus Kakitangan Awam disegerakan 15 Januari 2015

Imej
Bonus Kakitangan Awam disegerakan 15 Januari 2015. Alhamdulillah. Bonus Kakitangan Awam Diawalkan, Pembayaran Pada 15 Jan KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kerajaan bersetuju pembayaran bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan diawalkan iaitu pada 15 Jan ini. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata keputusan itu berikutan kerajaan prihatin dan memahami situasi semasa terutama sekali penjawat awam yang terlibat dalam bencana banjir. "Kerajaan berharap pemberian ini (pembayaran awal bonus) dapat meringankan beban penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Banjir yang berlaku di beberapa negeri sejak pertengahan Disember lalu mengakibatkan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan dengan angka semasa menunjukkan sejumlah 41,421 orang masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan. Dal