mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label nusa perintis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nusa perintis. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Ogos 2015

Ikan Laga untuk Projek Sains Adik Inaz


Ikan Laga untuk Projek Sains Adik Inaz. Dari tengah minggu adik inaz dok ajak aku pi beli ikan. Mulanya ingatkan ikan nak makan, sebab hari tu pakat buat fruit punch kan. Sekali... Nak ikan hidup. Terus gerak keluar petang tadi nak mencari ikan. Dalam kepala, kedai ikan kat nusantara la dulu. Lebih dekat ngan rumah kan. Sekali bila sampai... Aiyoo.. Nama ja kedai ikan dan burung, sekor mender yang dinamakan tu pun tadak. Yang ada... Kucen. Adusss...

Terus gerak ke nusa perintis. Sib baik ada lagi, walau dah tak banyak. Mulanya nak beli ikan gapi tapi salesgirl tu terus cadang beli ikan laga. Senang bang. Tak perlu jaga rapi cam ikan gapi. Semua budak yang datang pun cari ikan laga ni la. Ahahahaha. Last last beli dua ekor. Sekor RM2. Betina dedua. Jantan mahal sikit. RM5. Suka berlaga lak tu. Dah lepas ikan untuk adik inaz. Yihuuu...

Jumaat, 7 Ogos 2015

Eating out at nusa perintis before activities


Eating out at nusa perintis before activities. Cam biasa. Roti tampal. Bungkus lontong. Layannn...

Ahad, 12 Oktober 2014

Lepak lepak steamboat nusa perintis


Lepak lepak steamboat nusa perintis. Layankan ajer la. Nyambil nyambil.

Jumaat, 19 September 2014

Benda paling menyampah kat Nusa Perintis


Benda paling menyampah kat Nusa Perintis. Ni ler masalah utama kat sini. Parking kenderaan. Isu pertama. Bas ke Singapore. So. Ramai yang parking sini seawal pagi dan amik semula lewat petang. Isu kedua. Kedai tapau parking sesuka suki dia ajer. Tengok sendiri la. Tak cukup yang kereta Singapore. Topup lagi ngan kedai nyer tapau. Kalau aku jadi Majlis. Aku dah lama perkenal sistem kupon kat sini. Setiap jam ronda. Taruk saman. Perghhh.... Kaya raya dah tu. Kereta pun takde la parking ikut dan lagi. Ni taknyer. Dah la dengan kedai yang sampai amik tiga empat lot just untuk dia ajer. Takde customer lak tu.  Cam hampeh ja.

Sabtu, 7 September 2013

Jumaat yang gemilang


Jumaat yang gemilang. Banyak yang aku dapat semalam. Memang gemilang sungguh semalam. Happy. Full seharian. Tapi, hari ni aku drop seharian jugak. Penat sehhh... Apa pun layannnzzz....

Ahad, 25 Ogos 2013

Beraya edisi Gelang Patah


Beraya edisi Gelang Patah. Hari ni pun sambung beraya lagi. Petangnya ke rumah kawannya si Iqa. Pastu merayap jap kat gelang patah sebelum gi beraya rumah abang izat sebelah malamnya. Read on...

Ahad, 28 Julai 2013

Ramadan tiba, param menjelma


Ramadan tiba, param menjelma. Ramadan tahun ini, 2013; jatuh pada 10 Julai 2013. Hari Rabu. Bagi kami kat Johor, dapatlah bercuti satu hari; cuti awal Ramadan. Kat Malaysia ni, bila Ramadan tiba, satu fenomena juga akan berlaku. Sesak, jem; bermula jam 5.00 petang. Semua pakat bertumpu ke PARAM. Param ni short form for Pasar Ramadan. Dulu pun aku tak familiar ngan istilah ni. Iqa pun sebut paso mamadan ja. Ahahaha..

Apa yang sepesel sangat ngan param ni. Kalau ikut, aku pun tetiap hari menyinggah. Tapi aku menyinggah cuci mata ngan amik bau aje. Beli ala kadar. Bukan makan semua pun. Walau hampir semua jenis makanan ada kat sini. Tak caya gi ler memantau. Sedia duit, semua dapat. Agaknya la kot. Tapi macam dah lari sikit kan bila kita memborong sakan ja bila gi param nih. Kan ramadan tu mengajar kita untuk menahan nafsu, rasa bagaimana yang dirasa oleh orang yang kurang mampu. Macam terbalik pun ada.

Berbalik pada aku dan param. Biasanya aku beli sejenis lauk ja. Pasal kat rumah pun memang makan sesikit ja. Minggu first beli ayam goreng aje. Minggu kedua beli separuh ayam golek aje. Minggu ni.. tomyam 2 orang makan ajer la pulak. Tambah, kuih karipap lam dua hinggit. Kira OK ler tu... Air?... buat sendiri aje..

Selasa, 28 Mei 2013

Pasar Malam Nusa Perintis bersama Balqis


Pasar Malam Nusa Perintis bersama Balqis. Lama aku tak bawak kebudak ni ke pasar malam. Kebetulan hari ni, balik ja dari Danga; sengaja belok ke taman nusa perintis. Sesekali bawak ke pasar malam. Dah lama pun tak gi bersama. Asyik pesan dari jauh ja. Jom kita...

Ahad, 18 November 2012

Pengesahan dan pembelian kitab sekolah agama johor 2013

Hari ni, sebelah pagi, sekolah agama nusa perintis buka kaunter. Kaunter pengesahan dan pembelian kitab sekolah agama 2013. So. Lam 10 pagi aku dah terpacak kat sana. Kaunter darjah 4 kosong. Terus masuk. Bayo. Pergi kaunter darjah 1. Walaowei... Panjangnya giliran. Tunggu aje la kejap. Setel. Terus gerak balik.

ni list bayaran untuk sekolah agama tahun depan. so, hari ni kena gi setelkan la .

hari ni lebih kepada bayar buku tulis dan kitab dulu. yuran lain tarikh

cocok duit dulu daaa... aku dah kering dompet nih

jom gi bayo

aaa... gi kaunter darjah 4 dulu

pastu baru gi kaunter darjah 1

humang aiii... aku sampai nombor 19. kena tinggal 10 nombor tu

snap snap cam biasa

kaunter lain ada orang walaupun tak sesak cam darjah 1

kosong lagi kan

ni akak ke 22... sabo... sabo...

orang dah mula ramai

nampak tak ramainya tu

kelas adik tahun depan... senang jer cari. cari nama paling panjang. sama naik anak ngan ayah

setel semua... yeaaa


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Khamis, 16 Ogos 2012

Operasi cari pelita raya

mknace unlimited™ | Operasi cari pelita raya
dapat jugak pelita ni, dengan harga yang ok la kan
Petang ahad lepas, diulang; ahad lepas (nampak nao bila kije aku memang tak sempat nak nulih blog dah, hahahaha), kitaorang gi merayau carik pelita raya. Memula singgah kat mydin, pasal aku rasa mesti murah kan kat pembekal barang kedai 1 mesia nih. Sekali nengokkan.. seketui RM5. Pergghhh... Ini janji terburai dompet nih...

Pastu terus ler buat keputusan gi nengokkan kedai dua hinggit dulu. Berapa dia taruk, sebat ajer la pasal aku dah malas nak mengulang ke medin ni lagi. Bukannya dekat weeiii... Siap kena pusing roundabout satu pusingan penuh lagi, padahal dekat jer.. Berenti jap kat luar pasal ucu nak bayo zakat fitrah.

So.. sampau kedai 2N. Tarak. Singgah kedai RM2.. Sib baik ada. Habis aku selongkar. Dapat 5 ketui. Kira ok la kan. Sekali masa bayo, ucu gi amik lagi satu. Apahei la pulak. Ucu pun cerita. Chaiiittt.. Ada ka patut satu RM2, 3 RM5.. apa nih... Dah kena amik 6 nak kasik cukup RM10.. Kuikuikui.. Sib baik ada kedai nih..

Pastu singgah KFC pasal duit dah save kan. Hahahaha... Terus beli pakej yang dapat flask tu..



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

mknace unlimited™ | Operasi cari pelita raya
memula carik kat mydin nusajaya

mknace unlimited™ | Operasi cari pelita raya
sempat bayo zakat fitrah si ucu nih

mknace unlimited™ | Operasi cari pelita raya
sib baik ada kedai nih
mknace unlimited™ | Operasi cari pelita raya
duit lebih leh beli kfc.. yihaaa


mknace unlimited™ | Operasi cari pelita raya
sempat membeli kfc n dapat flask, terus ambik dua, kang bergaduh pulak

Selasa, 19 Jun 2012

Pasar malam nusa perintis walkabout

mknace unlimited™ | Suasana Pasar Malam Nusa Perintis
Jom merayap
Petang ni, singgah jap pasar malam nusa perintis masa balik kije. Saja beli kunyah kunyah kat sini. Beli kentang lenyek dan ayam goreng untuk kebudak. Aku nyer burger ajer la. Asal boleh kunyah ajer la.



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | Gerai Barang Kering Pasar Malam Nusa Perintis
Gerai barang kering
mknace unlimited™ | Gerai Pakaian Pasar Malam Nusa Perintis
Gerai baju
mknace unlimited™ | Gerai Ayam Goreng Pasar Malam Nusa Perintis
Ayam goreng
mknace unlimited™ | Gerai Ayam Goreng Pasar Malam Nusa Perintis
Kentang lenyek
mknace unlimited™ | Gerai Burger Pasar Malam Nusa Perintis
Burger daging

Isnin, 18 Jun 2012

Soup for Iqa

mknace unlimited™ | Gerai makan gulai ikan sembilang nusa perintis
Tinggal kami jer kat sini.. hehehe makan tengahari jam 3
Selesai kat klinik (fuhhh... penat, lapo bagai. Semua cukup pakej), terus kepala aku pusing jap. Mana aku nak cari bubur atau sup tengahari buta ni. Ingatkan satu gerai nih kat nusa perintis. Gerai Gulai Ikan Sembilang tak silap aku. Senang jer cari. Paling hujung, ada jual cendol sekali. So, kat sini la aku bermastautin jap ngan iqa. Alas perut. Dapat la jugak aku belikan sup untuk iqa. Belasah ajer la. Yang penting bagi yang ringan bak kata doktor tadi. Kekeke... tak tahu ler aku samada sup ayam ni ringan ker berat, dah nama jantan tu jantan jugak la kan. Kuikuikui. Yang penting dapat aku kasi iqa makan sup ayam petang tengahari nih.. Walau petang, tapi kami makan tengahari. Mama pun buat sup ayam dan bubur untuk iqa kat rumah.

mknace unlimited™ | sup ayam untuk iqa
Adakah sup ini sup berat.. hmmm..
ps: pas ni hantar iqa balik makan ubat and then ... back to office for meeting. Harap sempat la kan..



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!




Selasa, 29 Mei 2012

Pasar Malam Gelang Patah

Aktiviti rutin setiap selasa. Tapau ration ruji cam biasa...

Via x8jer






Sabtu, 26 Mei 2012

Roti satu...

Sarap dulu...

Posted via Blogger X8