mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelantan. Papar semua catatan

Khamis, 1 Januari 2015

Empat Terselamat Dalam Insiden Helikopter PDRM Terhempas Di Kelantan

Empat Terselamat Dalam Insiden Helikopter PDRM Terhempas Di Kelantan


Empat orang yang menaiki helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) terselamat apabila pesawat itu terhempas ketika misi menghantar barangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan, 6.30 petang, 31 Disember 2014.

Dua juruterbang dan dua anggota kru pesawat itu terselamat dan difahamkan keempat-empat mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Tanah Merah.

Saksi mengatakan mereka melihat pesawat itu berlegar rendah di udara sebelum terdengar letupan lalu menjunam ke bawah.

Kejadian helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan hari ini, ialah yang ketiga melibatkan helikopter pasukan itu terhempas dalam tempoh 15 tahun, kebetulan daripada jenis yang sama iaitu AS355 Ecureuil buatan Perancis.

Sebelum ini, sebuah helikopter PDRM terhempas pada 14 Dec 2010, di kawasan bekas lombong di Malim Nawar, dekat Kampar, Perak, yang mengorbankan seorang juruterbang pelatih polis, Inspektor Mohammad Sukri Othman, 31 semasa beliau menjalani sesi latihan penerbangan solo.

Pada 10 Feb 1999 - tiga anggota unit PDRM dan dua kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan cedera apabila helikopter yang mereka naiki, terhempas ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan, semasa mereka terlibat dalam tugasan menjalankan kerja pemantauan alam sekitar melalui udara.

Sehingga kini PDRM mempunyai 10 unit helikopter dan beberapa kapal terbang jenis Pilatus, Cessna and Beech craft King Air 350

-- BERNAMA
Foto : Berita harian

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Khamis, 25 September 2014

BN Kekalkan Kerusi N01 DUN Pengkalan Kubor Dengan Majoriti Bertambah


BN Kekalkan Kerusi N01 DUN Pengkalan Kubor Dengan Majoriti Bertambah. Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Tumpat, Kelantan dengan majoriti 2,625 undi.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Jumlah mengundi : 17,555 (73%)
Undi Rosak : 230
Majoriti : 2,625

PRK itu diadakan susulan kematian wakil rakyat DUN itu daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 20 September 2014

Karnival Sukan GM1M di SK Seri Neting, Tumpat, Kelantan


Karnival Sukan GM1M di SK Seri Neting, Tumpat, Kelantan. Karnival Sukan GM1M telah dijalankan pada hari ini bertempat di SK Seri Neting, Tumpat, Kelantan. Karnival ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Karnival ini berlangsung bermula jam 8 pagi dengan Senamrobik Perdana. Banyak aktiviti menarik dijalankan sepanjang karnival. Karnival ini diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. Tahniah dan syabas pada semua yang hadir dan terlibat dengan karnival ini. Jumpa lagi! Foto-foto dikongsi bersama oleh GM1M Kelantan.

Ahad, 3 November 2013

Piala Malaysia 2013 Siaran Langsung Kelantan vs Pahang Live Streaming



Piala Malaysia 2013 Siaran Langsung Kelantan vs Pahang Live Streaming

Tarikh : 3 November 2013
Masa : 8.45 malam
Tempat : Stadium Melawati, Shah Alam

Penyiar Rasmi : TV1, Astro Maya, Astro Arena, Live Streaming

This is Pantai Timur!

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ahad, 21 April 2013

PILIHAN RAYA UMUM KE13 SENARAI CALON PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI KELANTAN

PILIHAN RAYA UMUM KE13 SENARAI CALON PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI KELANTAN
PILIHAN RAYA UMUM KE13 
SENARAI CALON PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI KELANTAN

Berikut merupakan calon untuk Parlimen dan DUN negeri Kelantan bagi PRU13 ini. Senarai ini akan sentiasa dikemaskini bersama dengan senarai terkini dari Bernama.com. Untuk mengetahui pengumuman dan keputusan terkini, sentiasa bersama Dashboard PRU13 dari SPR.

Parlimen : 14
Dewan Undangan Negeri : 45

Rabu, 7 November 2012

Really reaaally worried

Seriuously, bila pilus called dari kelantan maklumkan pasal tak nampak flyer gm1m, diikuti pulak ngan husmira pasal aktiviti tpm di booth; cukup untuk membuatkan aku tak senang duduk. Ditambah ngan team Johor yang masih lum sampai tu, menyebabkan aku laaaagi risau. Kadang kadang aku rasa marah ngan sikap terlalu tak boleh gagal yang Tuhan dah bagi pada aku ni. Aku tokleh senang duduk dengar cerita cerita gini. Aku nak booth gm1m mesti perfect, waima perancangan atau peralatan. Semoga semua dapat berjalan lancar hari khamis ni..