mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Movie Release. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Movie Release. Papar semua catatan

Ahad, 5 September 2010

Upcoming attraction | Legend of the fist : The return of Chen Zhen

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tak sabar rasanya nak nengok ini filim. apa pasat. Pasat hero dia Donnie Yen. Lagi satu pasat donnie Yen memang best lia punya kung fu maa.. Cerita ni ada kesinambungan dari filim bruce lee dulu.. aiyaaa.. mau tengok maaa.. mau tengok.. apa pun layan tlailer lia lulu aaa...

Klik untuk pigi lia punya website official



Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 22 Ogos 2010

Movie Review - Salt (2010)

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Image courtesy of extramirchi.com

Cerita yang paling best setakat ni untuk aku bagi tahun 2010. Kisah pasal Evelyn Salt, Sorang ejen CIA yang jugak double ejen Rusia yang dilatih khas oleh Rusia sejak kecil untuk menjalankan satu misi rahsia di Amerika, Day-X. Rupanya bukan setakat dia sorang yang diseludup masuk ke US dengan target yang sama, berderet lagi. Dan tu yang best pasal cerita ni. Tak dapat nak jangka.

Lepas dia ditawan dan pertemuan dia dengan suami dia Mike, dia dah mula berubah. Dan lepas trainer dia Orlov tiba ke US dan bunuh Mike. Dia mula menjalankan misi dia yang tersendiri. Bunuh semua double-double ejen yang ada di US. Dan ini yang thrill giler pasal semua orang dah tak boleh dijangka. Diaorang ni memang dah diseludup oleh si Orlov ni dengan begitu rapi sehingga takde sapa leh jangka diaorang ni orang rusia.

Sehinggakan takde sapa lagi yang boleh dipercayai...


Mknace's meter : belang tarung

Enjoice...Sharing is power!!!

Rabu, 11 Ogos 2010

Tekken the Movie 2010

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
image courtesy of www.ps3blog.net

Malam Isnin lepas aku layan citer Tekken nih. Macam biasa. Agak mengecewakan aku. Memang kena erase habis-habis imej-imej tekken lam kepala hotak baru leh layan. Cam biasa. Pengarah ada cara dia sendiri nak bawak adaptasi tekken dalam filem dia.

Citer ni pasal Jin Kazama. Camner dia leh terjebak lam Iron fist tournament. Camner bapak dia arah supaya mak dia, Jun dan dia dibunuh. Camner dia berjaya survive sampai ke last dan jadi juara pertandingan nih.

Overall, boleh la. Aku kasi 3 bintang jer. Plot ringan. Jalan citer straight forward. Terlalu banyak dok ulang flashback pesan mak dia masa kecik, berkali-kali. Terutama bila dia kena hentam teruk dalam setiap event. Pemilihan watak kira boleh la. Cuma banyak watak cam aku tak perasan pun mamat nih.. cam brucesteve (aku tersalah tulis la pulak.. sib baik tajul bagitau hahaha), kazuya dan especially marshall law.. Paling tak best banyak sangat adegan-adegan tak sepatutnya.. or maybe sebab aku nengok yang director cut kot..

ps : aku tak suka sangat pasal banyak watak yang aku suka tarak cam king dan hwoarang. Dan yang peliknya.. apasal Heihachi baik lak lam citer nih..??

Enjoice...Sharing is power!!!

Jumaat, 2 April 2010

Clash of the titans - pre movie review

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarClash of the titans.. Perghhh.. Aku tertengok lak the making kat tv3 tadi. Nice. Memang nampak menarik betul. Citer ni sebenarnya dah pernah dibuat dedulu. Tahun 1981. Kisah yang sama. Tapi mana leh celen ngan versi 2010 nih. Tengok tadi pun dah terlopong aku ngan efek cerita dia. Kalau jalan cerita memang tak yah cari jejauh. Sama jer ngan versi asal dia.

Kisah pasal sorang budak, Perseus; sorang demi-god yang perlu melalui pelbagai ujian dalam mematangkan dirinya .. Perasan ayat demi-god nih. Tahun ni saja, ni dah kali kedua ayat demi-god tu kuar. Kat mana lagi satu.. Yaaasss.. Percy Jackson and the lightning thief.. So, korang boleh agak la kan.. Semua watak yang sama akan kuar, medusa, segala nenek moyang hades, zeus.. Tapi kalau ikut mitologi yang ni, perseus anak kepada zeus. Dan akhirnya dia mesti menewaskan kraken.

Ni poster versi asal dia.. Kalau versi asal, yang hanya pakai stop-motion animation pun aku dah suka gila; apa lagi dengan yang ni.. Tu yang agak ternganga nengokkan tadi. Pergghhh superb.. Cuma tak puas hati pasal apa pegasus leh warna hitam lak ni.. Apa-apa pun.. citer ni dah tersenarai lam senarai must see aku.. Nak tengok ada adromeda tak lam citer ni..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

ps : aku suka percy jackson pasal dia berjaya memodenkan watak-watak mitologi greek.. Uma Thurman jadik medusa tu.. harap-harap citer ni dapat memenuhi citarasa aku, efek memang aku dah akui, jalan citer jer tinggal..








Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 15 Mac 2009

Queen of Langkasuka

Photobucket

Queen of Langkasuka

Cambest lak cerita ni. Tajuk asal dia Queen of Pattani. Tapi pasal takut jadi kontroversi ditukar tajuk menjadi Queen of Langkasuka.

Tadi baru aku tengok trailer dia
Cambest tul
Masa ananda naik pari timbul kat laut tu macam dewa parang lak aku nengok
wahlaowei
memang cam cerita yang aku idam-idamkan
geng dok tepi laut tu memang cam suku laut citer wira tempur
lagi best bila ratu kuning tu kaum dia memang cam kaum melayu
siap berbaju melayu berkeris
aku rasa cam cik siti wan kembang jer
tengok
thailand pun leh wat citer camni
terus aku carik torrent pilem ni
dah jumpa
1.18 Gb
Donlod jer
nanti aku wat full review citer ni
tapi memang cambest tul

Gi sini

Sabtu, 14 Mac 2009

House renovation rechecking

Photobucket

Hari ni kena gak pergi ke Pulai Perdana
Sebab Lee dah nak pasang lampu


Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket Photobucket

Sesampai kat sana, dia dah siap pasang kipas dah rupanya
Sekali nak pasang lampu kat main hall, tak kena la pulak
So kena la tukar lampu tu

Apapun gi ker Mah Sing dulu
Aku nak report bocor itu hari
Sekali jalan kat taman teratai
Mah Sing dah takder
Bior betul
Riki punya riki
Mah Sing dah pindah tetap ke Pulai Perdana 2
So off we go to Pulai Perdana 2

Photobucket

Leh tahan gak
Aku cam biasa kuarkan laptop
tunjuk gambo2 yang aku ambik
terkejut gak dia
mana ada orang bengong cam aku
siap amik gambo sendiri lagi
lawak pun ada
pastu gi nengok rumah contoh pp2 lak
kecik sikit dari pp1
tapi harga mak datok lagi mahal

Photobucket

dah habis semua urusan
pi balik tampoi lighting
tukar lampu baru
bawak balik rumah kat pp
siap sempat test lagi

Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket
Photobucket

Yang ni jer yang lain
Yang lain sumer kalimantang bodo jer

Khamis, 12 Mac 2009

Logo baru Pejabat Pelajaran Daerah PPD Johor Bahru now in 3D

Photobucket

Logo baru ni memang dibuat khas untuk Video Korporat PPDJB
Boleh tahan la nak buat
Ingatkan dapat settlekan kejap jer
Rupernyer makan masa separuh hari gak
Final product dah ditouch-up ngan tambahan jumpback oleh Wan Kerol

Sabtu, 21 Februari 2009

Geng the movie - Pengembaraan Bermula | A simple review by me

Geng the movie - Pengembaraan Bermula oleh Les' Copaque


Photobucket
Apa-apapun tahniah kerana berjaya menjadikan filem animasi pertama terbitan tempatan ini menjadi tarikan kepada semua. Memang betul-betul nyer tarikan kerana setelah hampir 10 tahun aku tak pergi pawagam, aku leh pergi ke TGV bersama seisi keluarga lagi.




Cerita berkisar lebih kepada Rajoo, Badrul dan Lim serta pertemuan mereka dengan Oopet. Kisah bermula pasal Badrul ngan Lim yang nak balik kampung pasal nak makan durian. Semasa menunggu durian tetiba durian yang jatuh hilang. Dan di sinilah ceritanya bermula. Perkembangan cerita memang menarik. Timbulnya Oopet dan perkaitan hantu durian.

Photobucket

Cerita dia simple, boleh kata terpaku gak ler mengikuti jalan cerita; walaupun aku dah boleh agak sikit-sikit jalan cerita dia, sapa yang jadi bandit n what so ever. Bini aku pun asik dok tanya aku. Aku pulak dok cerita macam aku dah tengok lak cerita ni. Pelik gak kan. Watak Upin dan Ipin cuma tempelan jer. Kat situ yang jadi sedih sikit tu pasal bebudak datang demi upin dan ipin. Tapi kat movie ni kureng sikit watak diaorang ni. Kekadang tu suara pun tenggelam ngan suara watak utama dia.

Yang paling tak best cerita lam gua yang kira cam warping zone oopet tu. Adoooihh.. Terus melangkau realiti dan alam pikiran. Ada ular besar, ada lintah besau. Cam tengok cerita ultraman lak. Terutama bina mama oopet lawan resakse ulau tu. Lagi satu part ending cerita ni. Aku bangun duduk dua kali. Aih.. dah kuar jata negara, dikeluarkan oleh sapa. Tup tup sambung balik. Pastu kuar balik nama pengarah ke apa. List pelakon, pastu tup tup sambung balik. Aku cakap kat iqa pasni kalau lampu dia pasang baru kita kuar. Adoiihh pening tul. Bukan apa pasal lama jugak benda macam ending tu kuar. So, ingatkan dah abih..

Photobucket

Apa-apa pun tahniah pada les' copaque kerana berjaya mengeluarkan filem ini. Memang satu lonjakan yang baik. Lain kali kuarkan movie pasal upin dan ipin. Pasal anda berjaya kerana mereka, anda terkenal pun kerana mereka. Teruskan kesinambungan upin dan ipin.

ps : jangan join ngan en razak atau en david. nanti pilem anda jadi geli orang nak tengok. stereotaip tul.




Jumaat, 20 Februari 2009

TGV Tebrau City

Iqa ngan adik dok sibuk sangat nak tengok upin dan ipin kat wayang. So hari ni aku bawak jer diaorang gi Jusco Tebrau City. Aku dah booking awal-awal semalam. 3 seat dewasa 2 seat kekanak. Tayangan lam kum 5.30 pm. Aku perabis lu setting AP, hanto emel kat GITN dan sebagainya. Lam kul 4 aku bertolak dari sekolah.

Sekali jam boleh tahan la kat Lebuhraya pasir gudang tu. Bengkerk gak ler kepala ni. Sampai jer kat sana terus gi ambik tiket. Kena RM 42. Layan jer ler. Panggung dia leh tahan la. Sejuk mak datuk. Semua dah tak tahan dah ni.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Keluar jer dari panggung gi cari makan. Mama cam biasa pilih Hutan Bandar. Sukati la. Layann... Sampai rumah semua terbongkang.. Review is coming sooon..

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket





Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com
 

Selasa, 3 Februari 2009

Dragonball Evolution



Adakah filem ini akan dapat memuaskan hati semua nanti. Ataupun bakal mengecewakan? Sama-sama kita nantikan. Yang pasti aku dah nampak satu jalan cerita yang lain. Mesti aku tak puas hati giler babi nyer. Tak kena langsung. Wajib la Goku ni tak bodoh-bodoh alang cam Son Goku manga. Yang tak tahan tu ada kamehameha tang last tu





Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com
 

Khamis, 15 Januari 2009

Taken (2008)


Semalam lepak-lepak nak lelap tu sempat aku layan satu movie. Taken. Filem tahun 2008 ni dibintangi oleh Liam Neeson, ala yang jadi Qui-gon Jinn tu lam Star Wars episode 1 tu. Nampak beza sangat pasal ni citer moden kan. Tinggi gak mamat ni.

Apa yang best pasal filem ni adalah pasal citer dia original. Memang lain. Aku suker sangat. Citer simple, pasal sorang bapa yang sayang sangat ngan anak dia. Walaupun bercerai ngan bini dia dia tetap gi cari anak dia. Nampak biasa jer kan citer dia. Layan punya layan tahulah dia ni bekas spy. Layan punya layan dia tunjuk lak dia jadi bodyguard. Layan lagi, anak dia bersekongkol ngan bekas bini dia nak gi jengjalan sendiri ke paris.

Kat sini baru citer dia berkembang. Memang giler. Anak dia kena culik kat Paris. Dia sempat cakap lagi kat tepon. Dia siap bagi warning kalau tak lepas anak dia dia akan cari orang tu dan kalau dah jumpa mati jer ler jawab dia (bersi asal dia cakap baca kat gambo sebelah). So memang best ler citer ni. Siap polis Paris buru dia. Bayangkan 2 hari kat Paris 7 orang dah mati, satu bangunan musnah dan berbagai lagi la. Yang lagi ganas aku rasa orang-orang yang dia jumpa reraser 1 orang jer kot yang hidup. Yang lain sumer mati.

Memang best citer ni. Salute untuk originality dia.


 Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com