mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label video games. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label video games. Papar semua catatan

Selasa, 28 April 2009

Final Fantasy 8

Photobucket

Lepas balik dari klinik tadi, tengok adik dulu. Pegang-pegang kepala dia. Suhu masih suam-suam kuku. Jelum-jelum sikit. Marah tul dia. Suruh makn ubat lagi la marah. Nanti adik muntah la, apa la. Tanya adik dah makan. Nak buah tak?

Lepas makan buah ajak makan nasik. Sendukkan satu untuk adik, satu untuk kakak dia. Kitaorang makan reramai kat depan. Lepas makan, jelum kepala dia lagi pastu ajak tido. Lepas tido nak bawak jalan-jalan keliling kampung ngan moto. Sumer masuk tido, pasal nak jalan punya pasal.

Sekali aku sedar dah bising-bising kat luar. Rupanya atuk pun dah balik kerja. Siap beli tomyam sama ikan siakap lagi. Lamanya aku tertidur. Penat sangat gamaknya + kepanasan tadi kot. Adoii.. dah malam rupaya. Adik ngan kakak bising kat luar makan.
Makan la.. Aku takde selera lagi ni.

Pas semayang aku dok depan komputer. Dok kemas CD-CD lama. Tu terjumpa lak CD-CD ori aku dedulu. Antara lam list simpanan giler aku dulu..

- Warcraft 2
- Warcraft 3
- Diablo
- Diablo 2
- WWF Smackdown 2
- Age of Empire 2
- Final Fantasy 8

Humang aiiiihh.. Memang CD-CD ni aku jaga gila. Tu yang aku secara tak sedar telah menginstall Final Fantasy 8. Tapi tak leh main sebab ayang nak wat kerja dia. Lain kali la eekkk.. Teringat jaman gegiler aku belasah Final Fantasy 8. Tak tido main. Sampai 2 minggu straight. Belasah jer. Best tul. Tapi bila dah habis main cam mati kutu. Tak tau nak wat per.

Sambung lain kali lak lah...

Ahad, 8 Februari 2009

Kejohanan Sepak Takraw Zon Skudai 2009

Hari yang dinanti-nantikan oleh semua ahli kelab takraw akhirnya menjelma. Berbagai perasaan timbul tenggelam di sanubari masing-masing. Seawal jam 6.45 pagi lagi semuanya sudahpun menunggu di sekolah. Sebaik aku sampai, aku terus keluarkan bihun goreng dan pisang. Sarapan dulu. Dalam 5 minit kemudiaan Ustaz Sajoli tiba. Takpe kita makan dulu..

Setelah membantu mempersiapkan dewan untuk majlis dialog ibu bapa, lebih kurang jam 7.45 pagi; terus kami bertolak ke Dewan Raya Desa Skudai. Sesampai disana, pasukan Taman U 2 sudahpun sampai. Jadi kami jadi sekolah kedua tiba.

Sesi Memanaskan badan.

Tengok dewan nampak kecik sikit. Lebih kepada gelanggang badminton. Tak kisah sangat pasal tu. Tapi ada 3 gelanggang jer. Rapat-rapat pulak tu. Bila main boleh masuk bola ke gelanggang lagi satu. Aku suruh jer budak masuk gelanggang, panaskan badan; lepas tu try buat servis kuda. Bebudak tu jangan cerita, memang semangat habis. Masa ni Ustaz Sajoli jer dok tengok budak pasal aku kena gi pendaftaran.


Sesambil dok pendaftaran tu dok jeling-jeling gak team lain yang bertanding. Lain macam team hijau nih. Sekali dok usha, oooo.. ni la team batu 10 ni. Nampak cam boleh pakai bebudak ni. Masalah juga ni untuk bebudak aku. Persepsi awal aku, diaorang ni akan masuk Final. Tengok gaya angkat bola, balas balik; sahih takraw ni makanan diaorang ni.








Pusingan awal - perlawanan pertama

Team A lawan Taman Universiti 1. Team B lawan Batu 10. Aku harap diaorang sekurang-kurangnya dapat bagi saingan jugak untuk dua-dua favourite ni. Namun memang tepat dengan ramalan. Dua-dua kalah straight set. Tapi takpe, masih ada satu game lagi.













Pusingan Awal - perlawanan kedua

Perlawanan ni adalah penentuan. Apa pun jadi, mesti menang. Team A & B dua-dua lawan Skudai Baru. Dua-dua drag ke Rubber Set. Alhamdulillah Team A berjaya menundukkan lawan dan berjaya mara ke Suku Akhir. Team B terkandas juga. Kesalahan terbesar aku adalah aku terlupa rubber set tak sampai ke mata 21. Sama la juga ngan bebudak. Jadi terpaksala terima kekalahan ni dengan hati yang berat.




Suku Akhir

Dari perkiraan aku memula tadi. Kita akan bertemu ngan team favourite balik iaitu Taman U 1. Sekali memang betul. Aku cakap senang jer. Korang menang ngan taman U, Marry Brown lam tangan. Bebudak mula suka balik. Jom kita gempur abis-abis. Tapi malangnya nasib tak menyebelahi kita. Bola takraw tu bulat. Macam-macam boleh berlaku. Kita terpaksa terima yang pihak lawan lebih kuat dari kita.






Separuh akhir

Memang team favourite jer yang tinggal. Sekudai Batu 10 A & B lawan Taman U 1 a & B. Tengok diaorang main memang best. Aku suruh bebudak tu tengok macamana diaorang main.






Final

Sekudai Batu 10 lawan Taman U 1. Memang menarik. Memang betul tekaan aku, Sekudai Batu 10 menang. Apa boleh buat. Terima kekalahan seadanya. Tahun depan kita cuba lagi.





















Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com