mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label 2017. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2017. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Mac 2017

Masjid Jamek Gelang Patah : 20170324


Masjid Jamek Gelang Patah : 20170324. Ramai betul orang hari ni. Maybe semua dah pakat balik dari kampung kot. Khutbah terasa pendek pulak hari ni. Khutbah bertajuk "Hari Kebangkitan" boleh dimuat turun menerusi url berikut : http://jainj.johor.gov.my/khutbah/2017/mac/HariKebangkitan.pdf

Yok Jenjalan : Bazar Mydin @ Anjung, Nusajaya


Yok Jenjalan : Bazar Mydin @ Anjung, Nusajaya. Macam biasa. Hujung bulan gi belanja bulan kat Mydin. Kebetulan susu ici tengah sale. Mama borong aje. Sambil-sambil. Gi meronda kawasan yang dah fully upgraded dan furnished. Memang terbaeekkk!!!! Siap tak nak balik tu the kebudaks. Cuma. A bit tak best bila nengokkan kebanyakan penjual lama dah takde kat medan selera tu. Especially yee mee yang kebudaks ni semua suka. Huhuhu. Paling aku suka design bendera johor guna motherboard tu. Cool beb!

Gebooz Gedikz : Edisi Santai


Gebooz Gedikz : Edisi Santai. Kerja merayap ja sekarang ni. Malam ja ada rumah. Kekeke. Dah dapat nature kucen dia dah ni. Suka tul lepak bawah kereta.

Ici nak gi school


Ici nak gi school. Gaya old school sengsangat. Baju kotak. Kepiah senget. Kekeke. Ici. Ici. Ici. Dicapainya beg. Dicapainya tag nama abangnya. Dicapainya kasut aku. Nak gi school. Layan ajelah. Yang penting. Amik gambo mesti mode selfie. Kalau tak dia tak nak. Wakakaka. Yang lagi penting. Orang lain semua holiday blues lagi ni.

Khamis, 23 Mac 2017

Yok Jenjalan : The Zone


Yok Jenjalan : The Zone. Tak sangka dah jadi cenggini. Dah takde pape dah kat sini. Lengang semua floor 1 dan ke atas. Yang ground floor pun dah tinggal kat lobi utama aje. Sedih weh. Berhati-hati dengan ATM Maybank. Kerap telan kad. Baru beratur orang depan aku dah kena telan kad. Pastu leh pakai semula. Dua orang lagi kena. Kensel niat terus. Masa balik. Jem abis. Sultan bagi rumah kan kat Kotaraya.

Yok Jenjalan : Muzium Tokoh Johor


Yok Jenjalan : Muzium Tokoh Johor. Singgah di Muzium Tokoh Johor pulak. Memang terbaeekkk!!!! Semua susurgalur ada di sini. Menteri Besar di tingkat bawah. Sultan di tingkat satu. Banyak informasi berharga dapat diperolehi di sini.

Rabu, 22 Mac 2017

Yok Jenjalan : Zoo Johor


Yok Jenjalan : Zoo Johor. Siang tadi tunai janji. Nak jalan nengok Bam Bam gajah comel kat zoo. Sampai awal. Layan dulu menatang lain sementara nunggu gajah dikeluarkan. Jam 10 pakat gi kandang gajah. Nengok aje. Pastu jenjalan lagi. Nengok pak atan, nengok sappie, nengok rimo. Layan jap bagi makan unta. Ingatkan nak naik kuda. Punya la lama nunggu. Last last ici kata nak naik bot. Sekali tiba giliran dia nak naik, dia lari. Dah tak naik. Nengok aje dari jauh. Selesai bot. Naik bagi makan gajah jap. Setel. Makan tengahari kat Restoran Mak Teh.

Hari Keputeraan Sultan Johor 2017


Hari Keputeraan Sultan Johor 2017. Daulat Tuanku!

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Selasa, 21 Mac 2017

Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim


Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim. Hari ni hangat dengan berita ni. Sana sini semua bercerita pasal rumah impian Sultan Ibrahim. Mana taknya. Banglo dengan harga RM100k. Memang terbaik. Macam-macam spekulasi keluar. Apapun. Semua ini akan terungkai esok di Galleria@Kotaraya. Majlis pelancaran ni akan dijalankan bermula jam 2.00 petang, di mana Sultan Johor sendiri akan mengumumkan butiran terperinci berkenaan dengannya.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar yang prihatin mengenai masalah perumahan rakyatnya sanggup rugi dalam melaksanakan program perumahan untuk Bangsa Johor di negeri itu. Baginda bertitah, butiran fasa pertama yang dinamakan Rumah Impian Sultan Ibrahim itu akan diumumkan esok sempena prapelancaran projek.
"Fasa pertama saya nak buat dalam 600 unit termasuk banglo dan Semi-D. Rumah atas tanah. Mana ada banglo yang boleh bawah RM100,000 dan Semi-D. Tak ada lagi wayar-wayar elektrik macam sarang labah-labah kat atas. Tak ada lagi. Semua (longkang) ditutup... bersih. "Saya percaya benda ini saya tak akan rugi, tetapi kalau rugi pun saya akan tanggung. Kalau rugi pun saya tak banyak, saya rasa tak apa itu amal jariah saya kepada rakyat saya. "Jikalau Rumah Impian Sultan Ibrahim ini menjadi betul-betul impian rakyat seluruh negara, kalau saya dapat sokongan daripada kerajaan Persekutuan untuk saya bina rumah rakyat untuk negara, saya buatkan dengan tidak mengambil untung satu sen pun. Biar rakyat semua ada rumah," titahnya dalam temubual eksklusif bersama agensi media di bawah Media Prima Berhad baru-baru ini.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan melancarkan Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim (RIBJ YSI) bagi membantu setiap rakyat Johor memiliki rumah sendiri.

Bagi tujuan itu, Bank Rakyat bersetuju memperuntukkan dana berjumlah RM500 juta untuk kemudahan pembiayaan.

Manakala pembeli yang layak juga hanya perlu membayar wang deposit serendah RM1.00 dengan tawaran pinjaman 100 peratus.

Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim berkata pembangunan projek tersebut akan dilaksanakan di tiga lokasi  di kawasan bandar raya Johor Bahru, selain rancangan untuk membinanya di daerah-daerah lain di negeri Johor.

“Ia akan dibina di Bandar Dato’ Onn, Bandar Baru Majidee dan Bukit Saujana, yang merangkumi dua kategori iaitu Rumah Impian Sultan Ibrahim dan Rumah Impian Bangsa Johor.

“Bagi Kategori Rumah Impian Sultan Ibrahim di Bandar Dato’ Onn, sebanyak 520 unit rumah akan dibina melibatkan komponen 190 unit rumah teres, 130 unit rumah berkembar dan 200 unit rumah sebuah.

“Ia akan dibina di atas tanah seluas 52.7 ekar, yang berharga dari RM80,000 hingga RM100,000 seunit.

“Bagi Kategori Rumah Impian Bangsa Johor di Bandar Baru Majidee, sebanyak 320 unit rumah akan dibina terdiri daripada dua blok yang masing-masing mempunyai 12 tingkat kediaman.

“Ia ditawarkan dengan harga kurang dari RM150,000 seunit, dan akan dibina di atas tanah seluas 6.8 ekar,” katanya.

Kerja-kerja pembinaan bagi kedua-dua kategori tersebut akan bermula pada pertengahan tahun ini dan dijangka siap pada penghujung 2019.

Menurutnya lagi, bagi Rumah Impian Bangsa Johor di Bukit Saujana pula, sebanyak 1,000 unit rumah ditawarkan dengan harga dari RM297,000 hingga RM420,000 seunit.

“Ia akan dibina di atas tanah rizab Melayu seluas 7.55 ekar dengan keluasan 850 kaki persegi, 1,000 kaki persegi dan 1,200 kaki persegi per unit.

“Kesemua jenis kategori rumah akan turut dilengkapi kemudahan lain seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh dan ‘cook tap’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pra-pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim di Galleria @ Kotaraya, di sini hari ini.

Turut berangkat Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hadir sama ialah Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Kira-kira 10,000 orang memenuhi Galleria @ Kotaraya bagi membuat pra-pendaftaran, bertempat di aras bawah Galleria @ Kotaraya.

Bagi orang ramai yang tidak dapat mendaftar pada petang ini, mereka boleh melayari laman sesawang www.yayasansultanibrahim.org.my yang akan dibuka pada pukul 5.00 petang ini.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Jenjalan Cari Makan : Asam Pedas Madu Tiga, Pekan Nenas


Jenjalan Cari Makan : Asam Pedas Madu Tiga, Pekan Nenas. Tempat biasa lunch kalau ke Pekan Nenas. Macam biasa amiknya. Cuma aku tukar sikit menunya. Tambah ayam goreng kunyit. Paling best bila dengo ada orang tanya mana kamera kecik aku. Hehehe. Memang dah kenal aku. Tu yang aku cakap mama. Bebanyak orang datang sini. Aku sorang aje makan dengan kamera. Tu la pasal. Si ici pantang betul bila ajak wefie.

Jenjalan Cari Makan : Durian Segamat @ Gerai Buah Kampung Sepakat Jaya


Jenjalan Cari Makan : Durian Segamat @ Gerai Buah Kampung Sepakat Jaya. On the way back dari kehampaan, singgah jap kat gerai buah area Kampung Sepakat Jaya. Kebetulan ada durian segamat baru turun lori. Sekilo RM20. Layankan aje. Memang terbaeekkk!!!!lah.

Yok Jenjalan : Muzium Nenas Johor


Yok Jenjalan : Muzium Nenas Johor. Frust gile lah hari ni. Kengkonon dapat la masuk muzium nenas. Nengok baju benang nenas bagai. Sekali tutup daa... Bukan tutup sejati. Ade orang ngeteh bak kat pak guard tu. Boleh pulak kuar ngeteh. Baru jam 11.30 pagi kot. Ish ish ish. Sedih aku nengok muzium kosong cenggini. Dapat snap luar aje ler. Kebudaks pun malas nak turun.

Yok Jenjalan : Pasar Selasa, Pekan Nenas


Yok Jenjalan : Pasar Selasa, Pekan Nenas. Mana lagi yang nak dituju kat pekan nenas pada hari selasa kecuali dari ... Pasar Selasa ni la. Kekeke. Hari ni aku banyak lepak aje kat wakaf depan semejid dia. Biar la golongan ibu ibu gumbira meronda tanpa dengar bebelan manja dari bapa bapa ni. Kekeke. By the way. Air jagung 75 kat sini memang marbeles.

Jenjalan Cari Makan : Kafeteria Dful, Pekan Nenas


Jenjalan Cari Makan : Kafeteria Dful, Pekan Nenas. Hari ni aku cuti. Plan hari ni Pekan Nenas. Singgah ke Pasar Selasa kalau tak gi sini memang rugi la. Yang best kat sini of coz lempeng dia. Tapi aku makan roti tampal. Kekeke. Nasi lemak pun boleh tahan jugak. Pastikan korang order air dulu sebab air memang akan sampai lambat sebab nak nunggu orang pun satu hal jugak. Ramai!

TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT PERSEDIAAN DAN IJAZAH PERTAMA DI BAWAH PROGRAM KHAS JPA MARA TAHUN 2017


TAWARAN PENAJAAN  JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)  BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT PERSEDIAAN  DAN IJAZAH PERTAMA DI BAWAH PROGRAM KHAS JPA MARA  TAHUN 2017. Penawaran Penajaan bagi Program Khas PKJM tahun 2017 untuk
pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016 akan dibuka secara atas talian di pautan www.mara.gov.my mulai 16 Mac 2017 (Khamis) jam 3.00 petang hingga 22 Mac 2017 (Rabu) jam 5.00 petang.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2017.

Sila layari http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PKJM&auth=9039

Program ini merupakan program penajaan kepada pelajar bumiputera cemerlang untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di negara Jepun dan New Zealand dalam bidang Kejuruteraan, Sains Dan Teknologi (S&T), pengajian berteraskan Perdagangan dan Sains Sosial. Program ini terdiri daripada tiga (3) sub program utama iaitu Program Akademik Jepun, Program Berkembar New Zealand dan Program Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP).

Isnin, 20 Mac 2017

Majlis Jamuan Teh Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor 2017


Majlis Jamuan Teh Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor 2017. Majlis akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 23 Mac 2017 (Khamis)
Masa : 2.30 hingga 6.00 petang
Tempat : Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Seluruh Rakyat Negeri Johor Dipersilakan Hadir

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sesi Penyemakan dan Pemurnian Manual Prosedur Kerja JPN Johor


Sesi Penyemakan dan Pemurnian Manual Prosedur Kerja JPN Johor. Alhamdulillah. Setel untuk SPMICT petang ni. Sesi gabung aku pilih hari Ahad depanlah. Kasi can pada rerakan yang lain gabungkan dahulu. Tahniah dan terima kasih pada semua atas kerjasama.

Jenjalan Cari Makan : Restoran Nasi Vanggey, Johor Bahru


Jenjalan Cari Makan : Restoran Nasi Vanggey, Johor Bahru. Tengahari tadi sempat keluar lunch ke tempat idaman si Adi. Actually aku puasa hari ni. Tapi 75% memang dah was was nak buka aje. Banyak kali jugak dok mikir. Sekali si Mustakim hulur cekelat tiramisu; terus buka. Sambung lagi dengan nasi vanggey ni. OK. Tempat OK. Makan OK. Harga a bit high berbanding mamak. Tapi kalau aku. Maybe aku lebih prefer Azinur Taman Tun lagi kot. Layan. Kekeke. Cam biasa. Sapa layan aku kena la layan amik gambo sekali. Hehehe.

Sesi Penyemakan dan Pemurnian Manual Prosedur Kerja SPMICT JPN Johor


Sesi Penyemakan dan Pemurnian Manual Prosedur Kerja SPMICT JPN Johor. Pagi ni sambung sikit lagi untuk peringkat sektoral. Alhamdulillah semua ada termasuk KS sekali. Terus clear out je. Terbaeekkk!!!! Bilik kecik aku ja jadi tempat perbincangan. Tahniah pada semua.

Ahad, 19 Mac 2017

Bengkel Penyemakan dan Pemurnian Manual Prosedur Kerja JPN Johor


Bengkel Penyemakan dan Pemurnian Manual Prosedur Kerja JPN Johor. Hari ni seharian duduk kat bengkel SJQ. Ada bengkel. Cuma lalok sikit. Tak cukup tido semalam. Ish ish ish.