Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Yok Jenjalan

Yok Jenjalan : 20180513 Tasek Central

Imej
Yok Jenjalan : 20180513 Tasek Central. Jenjalan jap kat sini semalam. Rebranding. Tapi tak sepenuhnya lagi. Lepak ngan kebudaks jantan je depan kedai toys main lego cilok sementara nunggu mama ngan angah. Sempat tukau bateri jam kesayangan aku ni ha.

Yok Jenjalan : Coklat Murah JB

Imej
Yok Jenjalan : Coklat Murah JB. Tengah hari tadi keluar jap. Gi amik iqa kat STF. Ada la satu hari cuti sebelum kena balik semula ke STF esok. OK lah tu. Dapat la nengokkan kertas projek sejarah tu. Sabtu dah nak kena submit. Dan. Pasal dah area ni. Layankan jugak la permintaan inaz nak ke sini. Sekali lagi. Aiishhh. Aku masih dok study harga ya. Nak kata murah ke idok tu susah jugak sebab aku bukan penggemar coklat. Ni just layankan si kenit ni jer ni. Pasni kena study dulu lagi.

Yok Jenjalan : Coklat Murah JB

Imej
Yok Jenjalan : Coklat Murah JB. Dari hari tu si inaz sibuk nak gi sini. Nak cari coklat banyak-banyak. Kan kita nak ke Langkawi hujung tahun nanti. Belasah aje la masa tu. Inaz nak jugak pergi katanya. Lepas hantar iqa tadi aku kotakan janji. Sampai jugak kami ke sini. Kawasan gerai kontena. Boleh tahan susunletak kawasan ni. Aku lepak aje kat luar sementara deme semua masuk cuci mata. Keluar. Memasing pakat beli sepeket. Yang iqi beli aje yang OK bagi aku. Yang lain ke laut. Kekeke. Nak gi lagi tak inaz. Tak nak katanya. Hehehe. Layan aje le. Tapi OK jugak la. Banyak juga pilihan coklat dengan harga yang boleh tahan. Dia juga ada sediakan perkhidmatan gubahan pakai coklat terutama untuk yang nak buat surprise gitu.

Yok Jenjalan : 20180320 Lata Sri Pulai

Imej
Yok Jenjalan : 20180320 Lata Sri Pulai. Balik dulu. Amik inaz dari tuisyen sebelum gerak ke lata sri pulai. Dalam perjalanan dok tercari cari goreng pisang. Sekali dah jumpa dah berdepan dengan Lata Sri Pulai. Turun je kereta dah macam tak jadi masuk aje. Ramainya umat. Borak borak dengan peniaga situ. Ni biasa biasa je bang. Kalau ramai ada dalam 3k. Parking sampai ujung sawit sana. Pergghhh. Nasib agak baik. Dapat park berdekatan pintu masuk, dalam sawit jugak la tapi. Kui kui kui. First time aku masuk macam ni punya ramai. Nak main gelongsor pun siap beratur dan tunggu bunyi wisel. Satu wave. Satu wave. Layan. Kebudaks bukan main happy hari ni. Tetambah si ici. Dalam sejam jugak kami kat sini. Dah puas berendam terus salin baju. Gerak. MEntang mentang dekat. Kakaka. Tu namanya rezeki.

Yok Jenjalan : 20180320 Pasar Selasa, Pekan Nenas

Imej
Yok Jenjalan : 20180320 Pasar Selasa, Pekan Nenas. Asal cuti aja Selasa. Asal Selasa aje cuti. Hehehe. Benda ni berlaku masa cuti sekolah aje. Sesaja jenjalan ngan mama dan kebudaks. Banyak pilihan pakaian kat sini. Ingat hari ni nak ronda sama. Baru masuk sikit dah menangkap kaki. Terus belok ke wakaf. Huhuhu. Balik. Sempat singgah kedai donut RM1 kat situ. Terbaeekkk!!!!

Yok Jenjalan : Laman Serene, Johor Bahru on daylight

Imej
Yok Jenjalan : Laman Serene, Johor Bahru on daylight. Setel kat Angsana kami terus gerak ke Jakel. Nak cari kain untuk lebaran. Aku lepak kat kerusi luar aje. TQ Jakel. Dah ada kerusi. Dapat la orang kurang berupaya macam aku ni lepak sementara nunggu jap. Kat sini habih aku search the tenet for buku iqa tu. Alhamdulillah. Setel semua. Dua hari lagi insyaAllah akan sampai ke rumah melalui pos. Selesai situ kami meronda jap kat gerai di kaki lima. Ada teh padu. Ada Putu piring. Sampai dua set dibeli untuk dedua. Memang best sungguh kata deme yang makan ni. Selesai kat jakel baru kami gerak ke laman serene. Saja nak layan suasana pada sebelah siang. Nampaknya malam lebih show. Siang just bangunan aje tanpa permainan cahaya. Ronda sepusing dua. Posing posing. Tanya nak ronda tak ke gerbang mahkota atau kolam lazer. Semua tak nak. Elok la. Pasal langit pun dah mula gelap. Masuk je kereta terus hujan turun. Alhamdulillah.

Yok Jenjalan : Bazar Karat Johor Bahru

Imej
Yok Jenjalan : Bazar Karat Johor Bahru. Selesai di Laman Serene langsung lajak ke JB. Dah janji ngan kebudaks nak gi Bazar Karat ni. First time kot aku sampai. Masuk dalam. Dah dapat parking dekat sengsangat. Tapi tak jadi sebab semua tak nak kereta di park kat situ. Kat mana? Depan kedai keranda. Keh keh keh. Takpe. Pusing JB sekali. Park depan pejabat pos. Pastu. Menapak aje ler. Lagi satu. Aku nak ngetest stamina aku jugak. Ni nanti nak gerak ke Putrajaya esok ni. Alhamdulillah. Slow slow la tapi. Boleh la. Balik. Rendam kaki. Hmmm. Nak kena beli baldi kecik satu la. Pasni nak duduk rumah transit ni. Mana ada tub.

Yok Jenjalan : Laman Serene

Imej
Yok Jenjalan : Laman Serene. Semalam berkesempatan meronda ke sini. Menarik juga tempat ni. Orang memang ramai mengambil peluang cuti Tahun Baru Cina. Laman Serene ikon baharu melengkapkan kesinambungan daripada pembangunan Laman Mahkota dan Laser Fountain yang diilhamkan oleh Tuanku Sultan Johor. Laman Serene yang berkonsepkan arca bulan bintang, menara dan dataran yang dibina di hadapan Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Arca bulan dan bintang dengan ketinggian 12 meter diinspirasikan daripada bulan bintang yang terdapat dalam bendera negeri Johor. Konsep menara pula hasil adaptasi daripada Menara Istana Bukit Serene, manakala konsep reka bentuk Dataran merupakan bintang lima sebagaimana terdapat pada bendera negeri Johor. Majlis perasmian Laman Serene disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato' Haji Azmi Bin Rohani yang juga wakil rasmi DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 28 Januari yang lepas.

Yok Jenjalan : Mydin Mall Mutiara Rini

Imej
Yok Jenjalan : Mydin Mall Mutiara Rini. Hari ni baru berkesempatan ke sini. Terbaeekkk!!!! tempat dia. 3 Aras. Mydin ambil dua aras atas. Aras paling atas menempatkan barangan kering. Barangan elektrik, peralatan dan alat tulis. Baju memang banyak. Siap ada ruangan barangan RM2. Dapat la beli pak atan ici barang dua. Iqi macam biasa. Nak beli pistol. Belasah aje ler. Luas bangat. Penat aku jalan. Turun aras 1 menempatkan makanan dan kelengkapan diri. Aku dah lepak kat luar. Penat weh jalan. At last lepak kat Medan Selera aje. Menarik jugak tempat medan selera ni . Open air berbumbung. Yang ni yang korang nampak kalau dari jalan besar. Cuma memang spoil la. Maybe last la aku gi medan selera ni. Serius.

Yok Jenjalan : G-Kids Theme Park on KSK JPN Johor's Day Out

Imej
Yok Jenjalan : G-Kids Theme Park on KSK JPN Johor's Day Out. Actually. Memang menarik tempat ni. Cuma aku tak lama sangat dalam tempat ni. Sibuk ke sana ke sini.Memula paginya hantar angah ke kelas tuisyen. Tetiba aje tukar lagi. Dah jadi 7.30 pagi sampai 12.30 tengah hari. Adesss. Hari jemaat kot. Mana ada orang nak amik kalau dah sampai 12.30 tengah hari. Opis hour pun sampai 12.10 tengah hari kot. Apa pun. Mama dah mesej pada cikgu dia untuk dia keluar awal. Jam 12 tengah hari. Kalau idak. Memang takde sapa la yang nak gi jemput. So. Kami bertolak awal dari Gelang Patah. Berbeza dengan plan awal iaitu selepas kelas tuisyen angah selesai. Memang dah ketentuan Tuhan. Iqa telefon. Esok full day bengkel. Jam 3 kami dah terpaksa beredar. Alhamdulillah dapat la jugak semua anak merasa. OK. Berbalik pada cerita ni semula. Tempat ni letaknya kat Senibong. Kalau Senibong Cove sebelah kiri, Helios Cove  di mana terletaknya G-Kids ni ke kanan. Nampak je sign parking tu terus aje belok

Yok Jenjalan : Gerai Buah Ulu Pulai

Imej
Yok Jenjalan : Gerai Buah Ulu Pulai. Kalau korang ingat gerai ni la yang meletup masa musim deroyan bebaru ni. Berbaris panjang manusia, walau takde sebijik pun deroyan. Layan aje la kan. Lepas beli tempeyek tadi singgah jap sini. Ni keadaan biasa dia la. Saja riki cempedak. Harga buah la ni memang boleh tahan kan. Semua dah main timbang kilo. Yang mama nengok tu sekilo RM13, sebelah kiri pulak RM12. Tanya apa beza? Gred aje katanya. Tup tup timbang RM22 la jugak. Memang beruntung la pada penanam buah sebelum ni. Rezeki deme kan. Segala buah dah ada prestij tersendiri. siap ada tambah gred, madu bagai. Rambutan, pulasan, kelapa; deroyan pun ada lagi. Sekilo RM8. Tanya. Ada lagi orang datang untuk deroyan. Ada la sikit sikit. Tu pun ni bukan deroyan sini dah. Deroyan pahang katanya. Layan aje la. Dah jadi kawasan buah dah sini. Meme terbaeekkk!!!!lah.

Yok Jenjalan : Last Kopek @ Mydin Anjung Nusajaya

Imej
Yok Jenjalan : Last Kopek @ Mydin Anjung Nusajaya. Hari ni dah nak nganto iqa ke STF untuk Band Camp siri 2 sebelum gerak ke Jakarta pada 27 Disember ni. Singgah dulu kat Mydin untuk beli sabun basuh dan all the barang kelengkapan diri. Kami? Cam biasa la. Sementara nunggu mama, kita lepak la kat playground main gelongsor yang tinggi tu. Suka tul ici. Pas main nak ecerem katanya. Sambung lepak ngan mama makan ecerem ngan ici. Suka tul makan yang butterfly tu. Udap katanya. Penuh dedua tangan weh.

Yok Jenjalan : AEON Bukit Indah

Imej
Yok Jenjalan : AEON Bukit Indah. Semalam. Dapat jugak keluar ke AEON Bukit Indah. Tu pun asalnya nak di AEON Taman Universiti. Sebab memandangkan hujan yang super lebat memang aku twist ke Bukit Indah sebab jalan ke situ OK berbanding ke Taman U. Alhamdulillah. Jalan kami OK berbanding jalan lima kedai yang dinaiki air. Tu pun aku baca status rerakan yang lain la sebelah malamnya. Target. Baju renang dan barang iqa yang masih tak lengkap untuk ke Jakarta nanti. Alhamdulillah. Setel semua. Penat memang penat. Tapi ni ja masa yang aku ada. Balik. Singgah jap talent untuk beli stationary kebudaks. Dan. Burst macam biasa. Ici lagi best. Semua benda dikaut masuk bakul. Dan ada beberapa yang tak sempat nak dikeluarkan balik sebab masing masing ingat masing masing yang punya. Kekeke. Pengalaman bersama ici ni. Yang best dapat pusing pusing. Dapat air mineral aje dua gelas. Huhuhu.

Yok Jenjalan : 20171208 Meronda Gelang Patah

Imej
Yok Jenjalan : 20171208 Meronda Gelang Patah. Kalau ikut pelan asal, ada la sampai ke IKEA kami petang ni. Tapi. At last. Macam terus tenggelam kan pelan tu. Bagus jugak untuk aku. Takde la nak dera kaki jenjalan tekan minyak jejauh. Tu lum cerita nak menapak lagi kan. Kali ni. Kasut cam biasa aku pakai kasut kulit penuh la. Dah fisio suruh kan itu hari. No more other shoes. Jangan manjakan kaki awak. Jap bagi full support. Jap bagi selesa semula pakai sandal. Tak nak kasut terus kaki ayam aje. Hahaha. So. Kita ronda gelang patah aje ler petang ni ye. Start kereta. Langsung ke Everjoy. Beli la barang yang kurang. Pastu gi cari telur glamer kat Sridista. Cam biasa la. Harus penuh sebab harga dia the best kat Gelang Patah ni. Sebelum balik kita singgah jap kat Pizza Hut. Iqi dengan angah dok meratib pizza yang sungguh enak sejak sebelum solat jemaat lagi. Kang balik ada diratib lagi kang kalau tak dibeli. Baru nak melintas jalan sekali nampak pulak kedai perabot baharu. Nova. Wah. IKE

Yok Jenjalan : Tesco Bukit Indah

Imej
Yok Jenjalan : Tesco Bukit Indah. 2 Disember. Hari last sebelum Tesco kenakan bayaran parking. Hehehe. Banyak juga renovation sedang dibuat kat luar dan dalam. Suka kebudaks layan game kat pintu keluar tu.

Yok Jenjalan : Pasar Nelayan Teluk Buih, Mersing

Imej
Yok Jenjalan : Pasar Nelayan Teluk Buih, Mersing. Dah jadi tabiat. Kalau dok kat pantai, lepas subuh aku mesti meronda sepanjang pantai tu. Dah selesai pantai, sempat meronda ke pasar nelayan. Terus sampai ke hujung jeti tu. Amik udara segar laut. Sesambil layan langit bersih.

Yok Jenjalan : Lata Seri Pulai, Pontian

Imej
Yok Jenjalan : Lata Seri Pulai, Pontian. Hari ni. Sepanjang pagi aku sibuk berbalas mesej. Aku dah janji ngan kebudaks untuk bawa mandi manda. Habis satu Johor aku search. Legoland. Austin Height. Lotus Desaru. Dinosaur KSL. Forest City. Sampai ke Desaru Cove yang bukak tahun depan pun aku layan. Semua harga memang kurang mampu milik la senang cerita bagi aku. At last aku gi Lata Seri Pulai ni. Berbalas mesej dengan admin dia. Salam dari Lata Seri Pulai Swimming Pools. Waktu operasi kami dari 8.30 pagi hingga 6.00 petang. Pengguna dibenarkan bawa makanan tapi tidak dibenarkan makan di pinggir atau di dalam kolam. (Restoran kami masih dalam pembinaan). Pakaian renang, tidak menyerap air, tidak tebal dan menurun warna. Dewasa RM10 Kanak kanak RM5 Tidak dibenarkan masuk ke kawasan banglo atau chalet yang telah disewa. Penting ***** Keselamatan atas tanggungjawab sendiri. Pihak Lata Seri Pulai tidak bertanggungjawab  atas kemalangan atau kehilangan nyawa serta kehilangan ba

Yok Jenjalan : Perniagaan Indah Muara

Imej
Yok Jenjalan : Perniagaan Indah Muara. Nak beli roti aje pun. Kekeke. Sekali dah abis liau kat kedai cik ani. Nak tak nak kena la mengembara jauh sikit. Dah kena pau aiskrim upin ipin pulak ngan si ici.

Yok Jenjalan : Aeon Mall Tebrau City

Imej
Yok Jenjalan : Aeon Mall Tebrau City. Masih lagi semalam. Last sekali baharulah kami singgah ke Aeon Mall. Nak sangat cari beg kat Kaison katanya. Sekali sampai lobi, ada sale untuk beg Universal Traveller's. Sesambil dok nunggu kat depan Kaison tu aku search sale online. Dapat dua beg dengan harga RM299. Satu 24 inch satu 20 inch. Singgah Universal Traveller's, dia bagi aku dua beg dengan mana-mana saiz dengan harga RM299 jugak. Terus suruh iqa cari. Mulanya nak amik dedua 28 inch. At last kami gerak dengan 28 dan 24. Mana nak taruk beb. Kereta dah penuh kot. Saleman siap ucap Good luck kat Jakarta pada Iqa. Kekeke.

Yok Jenjalan : Mini Kelantan @ Bazar Kota Tinggi

Imej
Yok Jenjalan : Mini Kelantan @ Bazar Kota Tinggi. Semalam. Masih lagi meronda. Setelah semua bersetuju. Kami lajak ke atas sikit. Kota Tinggi. Meronda lagi kat Mini Kelantan ni. Masih arah tuju yang sama. Memang menarik la sikit. Beg, kasut, baju tidur yang sampai malam ni sibuk kebudaks berdua tu tak sabo nak tunggu malam. Baju spiderman dan baju ultraman. Siap lengkap bertopeng tu yang tak tahan tu. Cuma. Tak banyak aku ngambik gambo. Banyak lepak kat kereta aje. Makan tengahari kat Idda Aping. Pakat tenung je reramai belangkas tu takde sapa nak amik. Kekeke. Setel lunch sambung lagi meronda. Alhamdulillah. Attire kebudaks semua dah setel kecuali Iqa/