mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label bola sepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bola sepak. Papar semua catatan

Isnin, 26 Ogos 2013

Kembara Mahkota Johor 2013 - Day 2


Kembara Mahkota Johor 2013 - Day 2
25 Ogos 2013 (Ahad)

8.00 pagi
MAJLIS PELEPASAN DI TANGGA AGONG BANGUNAN SULTAN ABU BAKAR 

8.45 pagi
TAMAN TANGKAK JAYA, LEDANG
Lawatan tapak pameran kesihatan
Lawatan ke Medan Selera Taman Tangkak Jaya
Majlis ramah mesra DYMM Sultan Johor bersama rakyat
Demonstrasi masakan roti canai terbang, wi-cang dan tosei
Penyampaian bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan
Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor

11.00 pagi
KOMPLEKS BELI BELAH 1SEGAMAT, SEGAMAT
Perasmian Kompleks beli belah 1Segamat
Restoran Sushi Octopus
Aktiviti bermain bola keranjang
Tayangan dokumentari khas Kembara Mahkota Johor
Demo gubahan bunga
Demo mewarna lukisan
Persembahan oleh OKU dan PDK
Persembahan kereta kawalan jauh.
Pertandingan penalty shootout di antara pasukan KMJ dan pasukan Segamat
Pertandingan paintball target shooting di antara pasukan KMJ dan pasukan Segamat
Penyampaian bungkusan dan sumbangan kepada para penerima bantuan
Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor


12.45 tengahari
GELANGGANG BOLA KERANJANG, JALAN YEW CHOR, PEKAN CHAAH, SEGAMAT
Majlis ramah mesra bersama-sama masyarakat kaum Tiong Hua

1.15 petang
SMK SERI BALI, CHAAH, SEGAMAT
Persembahan kawad formasi dan persembahan gajet badan beruniform
Demo pembuatan dodol dan kuih-kuih tradisional pelbagai kaum
Pertandingan kaligrafi Cina, kolum dan khat jawi
Persembahan choral speaking dan sesi motivasi bersama pelajar
Sesi menanam pokok
Pertandingan memanah
Pertandingan futsal kain pelikat

3.20 petang
KANGKAR BARU, BATU PAHAT
Majlis ramah mesra bersama-sama masyarakat setempat


4.00 petang
PADANG MPK PALOH, KLUANG
Lawatan tapak pameran
Demonstrasi mengopek kelapa secara tradisional dan moden
Pertandingan mengopek kelapa secara moden di antara pasukan KMJ dan pasukan rakyat
Penyampaian bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima-penerima bantuan
Persembahan daripada KEMAS
Sukan rakyat berupa sukan sorong rim

5.00 petang
KOMPLEKS SUKAN, PERBADANAN STADIUM KLUANG
PROGRAM DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Perlawanan bola sepak


5.45 petang
SERI LAMBAK, KLUANG
Bermalam

8.45 malam
DEWAN JUBLI INTAN KLUANG
MAJLIS TAZKIRAH DYMM RAJA ZARITH SOFIAH
Majlis Tazkirah bersama-sama penduduk kampung


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 19 November 2011

Final jugak akhirnya

Alhamdulillah. Masuk gak final. Walau game langsung tak berseri, gol pun bagi aku lebih pada nasib ja; yang penting dapat gak ke final.

Ntah sapa la yang bakal kita jumpa. Kalau masih main cenggini.. Memang jadi lauk la final nanti. Apa pun perak dah lam tangan...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Isnin, 3 Januari 2011

Harimau Malaya - the logo

Klik untuk gambar yang lebih besar
Logo harimau malaya ni sempoi sungguh la..
Aku suka nengok logo harimau malaya nih. Tu la pasal aku sanggup trace balik. Kat tenet kebanyakannya saiz kicik kicik. So, aku trace ajerlah supaya dapat yang puas hati aku. Leh print lagi tu. Pastu taruk kat fotolia. Hehehe.. sempat lagi tu..

Tapi tu la pasal. Lepas team bola malaysia pakai bendera malaysia kat baju, baru nak mula main dengan baik dan menang lebih banyak. Dari dulu lagi orang dok tegur part nih. Apasal nak letak logo FAM kan. Kata wakil malaysia. Taruk la bendera malaysia kat jersi tu. Baru leh menang kan..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni logo rimau semata-mata, yang atas tu sesaja taruk tulisan. Tapi aku rasa kena cari jenis lain yang lebih garang la..

Enjoice...Sharing is power!!!

Sabtu, 18 Disember 2010

Piala Suzuki : Semi Final Malaysia Vietnam Part 2

Klik untuk gambar yang lebih besar
Gambo dicilok dengan jayanya dari web rasmi suzuki cup
Walaupun aku terpaksa melayan game ni kat web rasmi ja.. (tensen ni tau) tapi semangat aku tetap membara. Harapan nak nengok pemain bermain dengan mata kepala tetap diteruskan jugak. Sampai ke masa rehat usaha masih sesia. Nama ja dok malaysia, tv aku masih tak dapat nak cenel ke tv1 jugak. Online pun hampes. Nak tak nak layan kat web rasmi ja la.

Walaubagaimanapun, tahniah pada team malaysia dengan keputusan 0-0 menentang Vietnam malam ni. Anda Bolehhhh!!!! Tahniah... Malaysia ke Final dengan agregat 2-0. Hidup sukan untuk malaysia. (Lama tul tak ucap ayat nih)


Enjoice...Sharing is power!!!

Rabu, 15 Disember 2010

Piala Suzuki : Semi Final Malaysia Vietnam

Klik untuk gambar yang lebih besar
Sumber pencilokan gambar: Pen Merah Pen Biru
Malam ni memang team malaysia main dengan bagus. Puas hati gak nengok. Separuh masa pertama memang banyak asakan ja dari kedua-dua pihak. Tapi nampak permainan vietnam lebih bahaya dari malaysia.

Separuh masa kedua, memang dah mula malaysia bermain garang. Gol pertama dalam minit ke 60++ oleh Safee. Aku pun tak tengok sangat masa dia. Yang aku tau. Gol. Minit keberapa apa nak kisah kan. Pastu mula la sesi main gaduh gaduh. Biasa la.. Dah start stress kan. Lam minit 75++ sebijik lagi gol malaysia dapat. Safee lagi yang boh. Memang terer la hang..

Tengah dok layan syok syok mak pulak call pasal masalah sistem. Layan.. Sambil nengok bola, sambil nengok sistem.. Dah setel dah pun.. Tak kisah.. Bola tetap bola, sistem tetap sistem.. dedua boleh jalan sekali nyer.. Dari dulu orang selalu gelar aku multitasking.. boleh buat banyak kije serentak..

Key sambung balik pasal bola.. Malaysia kena terus bertahan dan score lagi.. Pasai nak bawak ke vietnam pulak nanti. Kang sampai sana kampung sudah kena tinggal, jaguh sudah terbang sapa yang susah kan..

Dah tambah lagi 3 minit la pulak.. Bertahan dan terus bertahan. Apapun tahniah pada Malaysia atas kemenangan 2-0 malam ni. Tambah lagi score masa kat vietnam nanti. Baru la malaysia boleh!!! Ke final kita nanti hendaknya..

Enjoice...Sharing is power!!!

Jumaat, 5 Mac 2010

Petang yang hening di SKTTA1

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarMurung jer petang ni. Semurung bebudak sekolah aku. Kisahnya lepas balik dari rehearsal tadi, aku sesaja lalu depan sekolah aku. Sekali nengok bebudak jersi oren lawan. Apa lagi.. Singgah la kejap.

Sesampai jer baru tahu tu lawan penentuan.. Sapa menang masuk quarter final esok. Sekali kena la pulak.. 1-0.. Bengkerk tul la.. Sikit lagi nak skor. Adooohaaiii.. Yang cikgu sekolah takyah citer la. Aku rasa semua dah pakat berdiri tepi padang dah. Memula aku pun amik dari atas jer.. Sekali camni.. Rasa bengang giler. Turun bawah gak.. Tak puas hati beb..

Lepas habis game lepak-lepak jap ngan cikgu maarop, usop, ustaz sajoli, aishah n hazim.. Borak-borak jap sambil dok mengutuk bebudak tadi.. hahaha.. yang bebudak pun dok termenung jer kat tangga.. tensen la tu.. Takpa.. lain tahun kita terus johan mssd lah.. Sebelum balik nengok langit ni cantik la pulak. Terus snap.. Tu tandanya pas ni awan mendung akan pergi membawa cahaya kegemilangan pada sktta1.. Betuiii!!!

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ko bentes kaki kiri dia, aku bentes kaki kanan dia... haaa.. ingat dia terel sangat ka. hahaha..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tendangan super duper yummy yang kurang berjaya menghasilkan gol.. ko ingat ko beckam ker??

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah berjaya lepas defence.. pun kurang berjaya hasilkan gol.. len kali kena tanam siong khinzir kat padang nih..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ko nak tengok main bola sambl shuffle tak?? tengok ni ha..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ko kalau bola tu sampai kat sini siap ko.. kami belasah nyer..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah sepak belum ni.. eheh.. dah sepak la.. camner nak buat nih..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Aku sepak bola ni dengan gaya tikus mondok menari.. hiyaaaa...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Eheheh.. taknak pergi lak bola ni. nah.. rasakan tendangan lutut tidak berbesiku ini.. woii.. ko nak sepak bola ka orang beb..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni lah hasil perlawanan tadi.. layan tensen di tepi tangga.. by bebudak sktta..


Enjoice...Sharing is power!!!

Rabu, 3 Mac 2010

Sambil menyelam minum airnya

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarWahh.. lepas jer en.kadir bagitau pasal cara nak settle masalah fiber optik tadi, aku makin eager nak balik ke sekolah. Wauu.. Baru aku tau, bila kilat atau trip automatik dia akan putuskan. Pastu kena reset balik, dengan cara cabut line di kedua-dua hujung point, Pastu sambung balik. sampai jer sekolah tengok shahir ada lagi kat makmal. Suh dia jangan tutup lagi. Aku masuk. Off power. Pastu cabut semua. Pastu gi semua rack-rack lain, off, cabut semua point fiber gak. Dah tu baru aku sambung balik. Test kat pusat akses.. Takdepapeyeiii jer.. alamak.. tensen ni. Gi lak lab.. Teringat lak kata Che Din pasal teropong lam kabel tu. Cari cahaya katanya. Sekali aku nengok memang ada cahaya merah tu.. waaa.. ingat aku kena bohong tadi. hahaha.. buat dua kali lagi.. Pastu hasil sama jer.. Gi hantar Iqa dulu la..

Sekali aku balik. Nampak shahir kat kantin. Dok urus bola. Yelah.. sekolah aku handle bola zon skudai lagi. Sekali soalan dia pada aku.. ada kunci makmal tak? aku nyer tertinggal lam makmal.. Sudah.. Tensen nyer.. terus tak leh wat paper.. huhuhuhu.. tunggu cnn datang jer la esok.. Sesambil tu aku dok lepak jap kat padang melepaskan kebosanan yang melanda..

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sesi pendaftaran kat kantin.. best gak lelepak kat kantin ni. dan tetiba aku terasa lapar.. tadi en.kadir suruh makan dulu aku taknak.. eager nyer pasal.. padan muka aku. sib baik aishah kasi makanan; bahagian dia kat aku pasal dia diet.. hehehehe.. aku doakan kau bertambah slim lepas ni.. Aminnn...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni la tangan si aishah.. dia ngan shahir bertugas untuk pendaftaran hari ni. esok orang lain la pulak..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
shahir tengah memeriksa senarai pemain.. takut semua budak tu. cam nak kena masuk kem tahanan jer kan.. sib baik kunci keter ada lam kocek dia.. kalau tak... harus disebat sorang-sorang budak tu.. hehehehe

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Cam nak nangis pun ada dah tu... haaa.. tu lum lawan lagi tu..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Pemeriksaan bersenjata perjalanan majlis oleh komander abang usop.. lagi nangis bebudak ni kalau abang usop yang memeriksa pemain nih..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni pulak abang ustaz sajoli, tadi dia nak pinjam card reader aku, pasal bluetooth dia wat hal. Sekali aku check beg aku tak ade la pulak.. apo kono ni kerol..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sesi memanaskan badan ditengahhari yang dah sedia panas.. adooohaiii.. korang tak panas ka.. pengadil pun lum cukup lagi woii...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Barisan pengadil.. sekali sorang datang lambat daa.. bak kata hazim.. bola zon skudai lagi terel dari epl.. pasal zon skudai player tunggu pengadil, epl mana ada beb..



Enjoice...Sharing is power!!!