Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel uksbp 2019

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2019 : Syafinaz session @ STF

Imej
Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2019 : Syafinaz session @ STF. Inaz dapat sesi kedua di STF hari ni. Sesi kedua bermula jam 11.30 pagi dan calon dikehendaki datang sekurang-kurangnya 45 minit lebih awal. So. Pagi ni terus gerak ke STF dengan Inaz. Daftar dan terus masuk dewan untuk kuarantin. Inaz berdua aje dengan Hana dari Nusa Perintis. Memang saja aku pilih STF sebab nak bagi rasa suasana ditempat yang dipilih tu sendiri. Pastu aku terus gerak ke pejabat untuk urusan kerja. Dah dekat nak selesai baru aku pergi semula. Inaz kata OK. Moga dipermudahkan untuknya. Ada rezeki, dapat la tambahan 5 tahun lagi berulang ke STF.

Semakan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2019

Imej
Semakan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2019. Semakan UKSBP 2019 sudah boleh dibuat pada pautan  https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon/ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm . Sila Pastikan Maklumat ANGKA GILIRAN Seperti Yang Tercatat Dalam Slip Pendaftaran UPSR 2018. Buat semakan untuk Inaz. Alhamdulillah. Dapat sesi di STF pada 16 Oktober ni. Sempat browse Info UKSBP dari portal STF Perhatian kepada calon-calon yang bakal menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Pusat Ujian di Sekolah Tun Fatimah anda diminta untuk memberi perhatian kepada perkara berikut : Sila bawa kad pengenalan dan Slip Menduduki UKSBP yang dicetak daripada laman sesawang KPM untuk ditunjukkan di kaunter pendaftaran. Sila berpakaian kemas dan berkasut.Pemakaian baju sekolah rendah amat digalakkan. Pastikan tarikh dan sesi yang dipaparkan pada slip supaya tidak berlaku kekeliruan. Sila hadir ke kaunter pendaftaran dilaman aktiviti pelajar (Bersebelahan Dewan Bestari) sekurang- kurang