mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label mata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mata. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Disember 2010

Mato den sakit bonar nih

Klik untuk gambar yang lebih besar
Hahaha.. Dah bengkak ada sikit busar + sikit nanah dah kelopak mata aku nih.. Tengok tangan kanan aku pegang apa.. Haaa.. Tu la kamera yang selalu aku pakai kalau jengjalan biasa. Cap ayam ajer..
Pagi ni bangun.. Sakit lagi. ye la kan. Ingat makan ubat tu terus baik ka. Mana ada. Tapi sekurang-kurangnya aku dah usaha sesuatu kan. Harap nanah kat mata aku nanti cepat masak pastu leh ler aku gumbira tanpa perlu pergi jumpa doktor tu lagi kan. Ingat lagi apa yang doktor tu cakap.. potong sikit saja tau.. Aku tak nak kena potong walau sikit kalau boleh la.

Sebelum kerja belasah pisang dua bijik dulu. Kasi kejap sikit perut. Tapi tu orang lain punya perut la. Kalau perut aku terbalik. Lagi makan, lagi cepat lapar. Tu yang aku tak suka makan pagi. Nanti tak lama lagi aku mesti kena makan lagi kan.

Drive pagi ni macam biasa. Tensen lagi pasal kena drive dengan mata kanan separuh tertutup. Sampai ppd aku amik gambo ni kat cermin pandang belakang tu. Pergghhh.. lagi besar dari semalam. Nampak merah lak tu. Tak puas hati amik lagi sekali lam opis aku.

Perasan tak gambo kat atas tu. Haa.. tu la kamera yang selalu aku pakai kalau setakat jengjalan nih. Bukan apa.. Ramai sangat yang tanya beli kamera apa sampai gambar cantik. Ni ler kamera aku.. Kamera free yang majalah Click! bagi kat aku dulu tuh. Sejak tak pakai henpon SE yang aku sedekahkan kat bini aku tuh, ni ler kamera wajib aku, Aku nyer nikon duduk kat lam dry box ja menanti hari yang aku ada function atau aku nak amik gambar potrait famili aku.

Pastu cam biasa, bincang balik pasal sistem semakan online tuh. Parent pulak dah bertalu talu call bila boleh check. Aduiihh!! Pening paler aku. Yang list ni pun masih dok murnikan lagi nih. Kalau masuk yang salah nanti lagi bising. Dari nak semayang jemaat kat Larkin.. terus aku semayang jemaat kat sebelah saujana ajer.. Apa apa aje lah.. Pasal lepas semayang nak sambung pemurnian list ni lagi ni.. Klik cerita penuh untuk detail>>>


©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dua bijik pisang jadi alas perut pemangkin kelaparan aku. Lam kul 10.00 aku dah lapo balik. Sib baik hari ni meeting pagi, en. Tn.Hj. Hashim sponsor. Kenyang balik. Tu yang semua heran. Biasanya aku makan sikit ja.. Pagi ni terbalik terbaeekkk.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Adooiii.. Patutla aku lagi selesa pejam mata.. Dah la bengkak.. merah pulak tu.. Dah cam apa dah muka.. Sepet semacam dah..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Semayang sebelah saujana pun saujana la.. Habis tu dah lambat kan.. Kang langsung tak semayang lagi naya kan.. Habis ja semayang terus aku kuarkan kamera.. Hahahaha.. Semua pakat tengok aku..

Enjoice...Sharing is power!!!

Khamis, 16 Disember 2010

Moh ke Spital

Klik untuk gambar yang lebih besar
Ni ler bender yang aku dapat tadi nih masa kat spital kat mahmoodiah tu
Bangun ja pagi tadi, lain macam la pulak aku rasa. Apasal lak nih. Sebelah mata aku cam tak leh bukak nih. Alamek.. Problem nih. Dah tu dah janji la pulak nak buat sistem baru pagi nih. Last last mandi, bersiap dan terus drive ke tempat kije. Tapi memang rasa lain macam betul drive ngan mata kanan separuh ja terbukak.

Masuk opis terus aku mula setelkan sistem semak penempatan nih. Setel enjin ja. Data dari iskandar nanti. dua tiga kali tunjuk kat bos, rasanya dah ngam. Tinggal nak tunggu data ja lagi. Tunggu punya tunggu, aku rasa memang lama lagi nih. Terus mintak permisi nak gi spital. Belasah ajer la. Mata pun dah mula sakit dah nih. Lam 11.30 aku kuar ke spital.

Aku harap memang tak lama la, dan aku dapat apa yang aku nak. 11.55 dah setel pendaftaran, 12.03 dah setel checkup semua, 12.13 setel semua termasuk amik ubat. Pergghhh.. Memang agak mantap jugak sistem baru nombor kat spital nih.. Doktor kata dah nanah dah kat kelopak tu. Makan dulu ubat tu, lam 2 minggu kalau tak surut jugak, kita potong sikit la.. Aiiyaaa!!! Tak nak la sampai cenggitu..

Setel kat situ gi makan dulu. Ingat nak makan kat spital ja tapi lauk tak best la pulak. Makan kat ZZ bawah spital tuh. Balik sambung balik extract data untuk en. Azhar pulak. Ni pasal data jawatan untuk staf yang akan pencen tahun depan. Setel semua. Duk tak duk dah sampai masa balik. Balik ni nak makan ubat yang tahan gatal tuh. Doktor kata better makan lepas balik kerja pasal ubat tu memberi rasa mengantuk yang maha dasyat..

Balik ja nengok banyak betul surat atas printer aku. Akhirnya.. dapat jugak kad ceupac aku.. Kalau dapat semalam.. ada aku gi pakar puteri hari ni.. hmmm.. dah memang dah tertulis gamaknya.. Klik cerita penuh untuk detail>>>


©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ubat untuk mata aku.. Kena titis 2 titis 3 kali sehari.. Mak aiihh!!!

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Yang ni paling ganass.. memang dah tahap melantak ubat dah nih.. Antibiotik. 2 biji sekali makan, 4 kali sehari.. Memang penuh ubat la perut aku lepas nih

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni ubat tahan gatal super tidur punya.. Sila makan semasa berada di rumah sahaja..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Deretan surat yang menanti atas printer di rumahku

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni toksah citer.. memang datang on time ajer..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Yang ditunggu tunggu telah tiba..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Semua nama kasi masuk.. senang

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Satu kad untuk aku, dan satu kad untuk mama

Enjoice...Sharing is power!!!