Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pengumuman

Majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan UPSR 2015 SK Taman Nusa Perintis

Imej
Majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan UPSR 2015 SK Taman Nusa Perintis. Selesai urusan awal di Sutera Mall, terus bergegas ke SK Taman Nusa Perintis. Around 11.30 pagi juga baru aku sampai. Dah mula lama dah majlis dia. Alhamdulillah. Seramai 28 orang murid memperoleh keputusan 5A, manakala 21 orang murid lagi memperoleh 4A. Tahniah pada semua murid, guru dan ibu bapa yang terlibat. Alhamdulillah.

TEMA UMUM MATA PELAJARAN SEJARAH 3 (1249/3) UNTUK CALON PERSENDIRIAN BAGI PEPERIKSAAN SPM (U) JUN 2015

Imej
TEMA UMUM MATA PELAJARAN SEJARAH 3 (1249/3) UNTUK CALON PERSENDIRIAN BAGI PEPERIKSAAN SPM (U) JUN 2015 Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan berkenaan tema umum kertas peperiksaan Sejarah 3 (1249/3) peperiksaan SPM (U) 2015 telah dimuatnaik ke portal rasmi Lembaga Peperiksaan mulai April hingga 10 Jun 2015. Semua calon persendirian bagi SPM (U) 2015 boleh memuat turun tema umum bagi kertas peperiksaan Sejarah 3 (1249/3)  di portal www.moe.gov.my/lp  sebagai persediaan sebelum peperiksaan bertulis mata pelajaran tersebut dilaksanakan pada 10 Jun 2015. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Majlis pengumuman keputusan pmr 2013 peringkat negeri Johor majlis penyampaian anugerah

Imej
Majlis pengumuman keputusan pmr 2013 peringkat negeri Johor. Majlis penyampaian anugerah oleh tuan pengarah. Tak dapat nak amik gambar sebab terlalu ramai photog kat depan tu. Dapat la sekeping dua. Antara anugerah yang disampaikan adalah :  1. Anugerah sekolah cemerlang mengikut jenis sekolah 2. Anugerah sekolah paling ramai calon cemerlang 3. Anugerah sekolah peratus tertinggi cemerlang 4. Anugerah sekolah integrasi 5. Anugerah sekolah cemerlang mencapai etr 6. Anugerah sekolah cemerlang anjakan saujana 7. PPD pencapaian paling cemerlang 8. PPD anjakan saujana 9. PPD peratus calon cemerlang tertinggi 10. PPD peratus calon lulus tertinggi 11. PPD mencapai etr 12. Anugerah pelajar cemerlang calon asli 13. Anugerah pelajar cemerlang calon berkeperluan khas

Majlis pengumuman keputusan pmr 2013 peringkat negeri Johor

Imej
Majlis pengumuman keputusan pmr 2013 peringkat negeri Johor. Tahniah. Johor berjaya mengekalkan kecemerlangannya. Gred purata negeri 2.65. Peratus menguasai 72.02%. Peratus cemerlang 7.67%. Pengumuman telah dilakukan oleh tuan Pengarah Pendidikan Johor.

Majlis pengumuman keputusan pmr 2013 sesi pendaftaran

Imej
Majlis pengumuman keputusan pmr 2013 sesi pendaftaran. Ramai jemputan dan penerima anugerah hadir sama.

Ukuran sebenar bendera Johor Darul Ta’zim

Imej
Skecthing semula bendera berdasarkan ukuran rasmi yang dikeluarkan. Satu pengumuman rasmi telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui portal rasmi JohorDT pada 16 Ogos berkaitan ukuran sebenar untuk bendera negeri Johor. Ini disebabkan terdapat banyak hebahan tidak benar mengenai ukuran sebenar bendera negeri Johor Darul Ta’zim terutama dari segi saiz dan kedudukan bulan bintang. Pengumuman ini boleh dicapai di pautan ini. Di bawah ini disertakan ukuran sebenar bendera Johor Darul Ta’zim untuk makluman semua pihak. Harap maklum. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!! Bentuk ukuran bendera-bendera negeri dan rakyat Johor yang betul R1 = 3/4 dari bidang MERAH (canto) R2 = 5/8 dari bidang MERAH R3 = 1/3 dari R2 Dah siap dah pun ps : Selama ni main pakai taruk ajer apa yang jumpa kat Google. Ni baru start guna mengikut ukuran sebenar.