Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PPSMI

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Kembali Dalam Bahasa Melayu

Imej
Akhirnya... Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa ibunda masing-masing. Itupun ianya akan berkuatkuasa pada tahun 2012. Takpelah.. yang penting kembali ke bahasa ibunda. Alhamdulillah.. 08 Julai, 2009 15:06 PM Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Kembali Dalam Bahasa Melayu PUTRAJAYA, 8 Jun (Bernama) -- Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan kembali dikendalikan dalam Bahasa Melayu, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini Rabu. Beliau juga mengumumkan pengajaran dan pembelajaran bagi dua subjek itu di sekolah jenis kebangsaan akan diadakan dalam bahasa ibunda. Pelaksanaannya akan berkuatkuasa pada tahun 2012, katanya. --BERNAMA