Dari semalam dok sibuk membalut buku. Penat weiihh.. Satu satu dok balut. Sib baik mama pun nolong gak. Buku si Inaz jer dah baper, buku Iqa lagi, buku sekolah agama dia lagi.. Hahaha.. Penat. Baru siap balut semua sekali. Ngam-ngam plastik balut buku yang dibeli semalam tu. Sib baik tak amik yang 5 meter. 10 meter ni pun tinggai belen 15x15 cm jer. Hari Khamis ituhari, ada dapat bungkusan dari atuk ngan nenek kedah. Tengok kotak, Iqa dah sukati. Kotak mainan. Tapi aku tak rasa tu mainan lam dia. Yang pasti, isi dalam bungkusan tu adalah... baju yang diaorang pakai lam gambar kat sebelah ni. Suka tul ngan baju ni. Tiap-tiap hari depa nak pakai. Lepas settle jer balut buku semua, pakat sibuk dok isi buku-buku untuk hari senin nanti. Tengok la beg depa tu. Makaih.. Punya la penuh. Tu ikut jadual tu. Kalau tak ikut, tak tau la lagu mana besaqnya beg si Iqa tu. Yang digalaih tu beg sekolah agama dia, yang besaq kena seret tu beg sekolah. Pas settle semua tu, terus siapkan segala-gala untuk