Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bengkel Precouncil JPMN dan JPICT Bil.1/2017 JPN Johor

Bengkel Precouncil JPMN dan JPICT Bil.1/2017 JPN Johor

Imej
Bengkel Precouncil JPMN dan JPICT Bil.1/2017 JPN Johor. Setel semalam. Tunggu nak meeting JPMN dan JPICT aje 15 Februari ni. Cuma aku rasa kesipan besar aku adalah mulakan bengkel ni agak lewat, jam 10 pagi. Patut aku kena mulakan macam biasa iaitu jam 8 pagi. Dah drag sampai half lunch hour. Sorry to all. Bengkel untuk dua mesyuarat besar tak patut mula jam 10. Dah biasanya pun bengkel preconcil JPMN pun dah drag half day. Cabaran aku nak memendekkan masa aku rasa fail. Memang perlu masa yang agak lama untuk lihat setiap pieces of the data. Lesson learned! in a hard way. Alhamdulillah. Semua dapat dijalankan, dapat dibentangkan, dapat dibincangkan. Walaupun tak secara detail out, tapi in the know. Banyak penambahbaikan lagi yang perlu aku fikirkan supaya ianya dapat disampaikan dengan baik dalam mesyuarat sebenar minggu depan kelak. Kekadang aku terfikir. Aku ni selalu dapat pembelajaran dan pengalaman melalui kaedah yang sukar. Jarang jarang aku dapat cantik dan mudah aje gitu.