mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label sktta1. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sktta1. Papar semua catatan

Sabtu, 10 April 2010

Hari terakhir iqa bergelar pelajar SKTTA1

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarRabu lepas, aku memang kena gi PPD juga untuk proses lapor diri. Nak wat camner kan. Tapi nasib aku baik sikit pasal kebanyakan orang besar tiada. Jadi ambik surat arahan perlantikan dan sedia untuk lapor diri pagi esoknya.

Pagi esoknya, iqa memang dah sedia maklum pasal proses perpindahan dia. Lepas hantar dia masuk kelas, terus aku uruskan borang-borang untuk proses pertukaran iqa ke sekolah baru dia. Dah settle kat sekolah langsung aku bergerak ke PPD. Dah agak, aku terus lapor diri dan terus bertugas hari pertama di sini. Minta kebenaran untuk menguruskan hal iqa selama dua hari dan dapat. Walau macamana pun bila on-call tetap kena pergi juga. Yang buat lama hari ni sebenarnya proses kat sekolah agama dia. Aku pergi, cakap pasal pertukaran; pastu kerani dia suruh aku datang balik pukul 3.30 petang. Waaahh.. lama tu.

Pergi balik sekolah, cakap kat cikgu kelas, ambik iqa. Masa proses iqa salam ngan semua kawan dia tu aku gi jejauh; pasal nanti aku yang terlebih sedih. Lam setengah jam pastu baru aku gi balik. Ambik la gambar semua sekali sebagai kenangan. Babai semua.. Ada jodoh pertemuan boleh berjumpa lagi. Terima kasih semua..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

ps : antara semua kes pertukaran aku, yang ni la yang paling ekspress.. Tau semalamnya, hari ni dah siap bertukar terus.. esoknya dah settle semua; dari kemasukan iqa ke sekolah baru dan serah tugas.








Enjoice...Sharing is power!!!

Jumaat, 5 Mac 2010

Petang yang hening di SKTTA1

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarMurung jer petang ni. Semurung bebudak sekolah aku. Kisahnya lepas balik dari rehearsal tadi, aku sesaja lalu depan sekolah aku. Sekali nengok bebudak jersi oren lawan. Apa lagi.. Singgah la kejap.

Sesampai jer baru tahu tu lawan penentuan.. Sapa menang masuk quarter final esok. Sekali kena la pulak.. 1-0.. Bengkerk tul la.. Sikit lagi nak skor. Adooohaaiii.. Yang cikgu sekolah takyah citer la. Aku rasa semua dah pakat berdiri tepi padang dah. Memula aku pun amik dari atas jer.. Sekali camni.. Rasa bengang giler. Turun bawah gak.. Tak puas hati beb..

Lepas habis game lepak-lepak jap ngan cikgu maarop, usop, ustaz sajoli, aishah n hazim.. Borak-borak jap sambil dok mengutuk bebudak tadi.. hahaha.. yang bebudak pun dok termenung jer kat tangga.. tensen la tu.. Takpa.. lain tahun kita terus johan mssd lah.. Sebelum balik nengok langit ni cantik la pulak. Terus snap.. Tu tandanya pas ni awan mendung akan pergi membawa cahaya kegemilangan pada sktta1.. Betuiii!!!

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ko bentes kaki kiri dia, aku bentes kaki kanan dia... haaa.. ingat dia terel sangat ka. hahaha..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tendangan super duper yummy yang kurang berjaya menghasilkan gol.. ko ingat ko beckam ker??

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah berjaya lepas defence.. pun kurang berjaya hasilkan gol.. len kali kena tanam siong khinzir kat padang nih..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ko nak tengok main bola sambl shuffle tak?? tengok ni ha..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ko kalau bola tu sampai kat sini siap ko.. kami belasah nyer..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah sepak belum ni.. eheh.. dah sepak la.. camner nak buat nih..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Aku sepak bola ni dengan gaya tikus mondok menari.. hiyaaaa...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Eheheh.. taknak pergi lak bola ni. nah.. rasakan tendangan lutut tidak berbesiku ini.. woii.. ko nak sepak bola ka orang beb..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni lah hasil perlawanan tadi.. layan tensen di tepi tangga.. by bebudak sktta..


Enjoice...Sharing is power!!!

Jumaat, 26 Februari 2010

SKTTA1 fully linked

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarKerja-kerja pemasangan fiber optik, cat6 & access point untuk SK Taman Tn Aminah 1 telah pun siap sepenuhnya pada hari Selasa. Sempat jugak aku gi test beberapa port, sebelum aku gi PKG untuk meneruskan kerja-kerja multimedia ni. Antara port yang aku test semestinya port Pendidikan Khas. Satu sebabnya sebab port ni bakal menjadi punca utama untuk blok C dan blok bengkel dan makmal kat belakang tu. Blok A & B memang semua bilik-bilik khasnya fully wired dan seluruh kawasan dicover dengan wifi. Sekarang tinggal blok belakang yang merangkumi bengkel, makmal, bilik muzik, stor sukan, bilik seni dan bilik SAL yang masih belum disambung talian berwayar.. Walaupun wifi dapat mengatasi maalah ni tapi bagi aku bilik-bilik khas ni lebih sesuai disambung secara wired. Aku akan cuba usahakan dimasa hadapan.. InsyaAllah..

Petang ni sekolah aku dipenuhi dengan bala tentera dari PKG dan PPD, dibantu oleh 4 technician. Sebenarnya projek serampang dua mata jugak ni. Satunya untuk meluluskan projek fiber ni, yang keduanya untuk dimasukkan dalam dokumentasi dan video korporat PPDJB. Kira jalan ajelah kan.. TQ all.

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
En. Kadir in action.. Rack kedua di bilik guru..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
OK.. semua line linked.. Kita gi tempat lain lak..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sesi tengok plan..banyak jugak ko pau fiber ekk.. Sampai 3 line..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Main station.. dah makin sempit dah bilik server nih.. dah dua rack tinggi tu..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Makmal semua ok kan.. wauuu.. giler babas laju tu.. ping sambungan ke luar la.. makmal aku masih kekal line lama..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Briefing Pn. Raila yang mewakili GB oleh En. Kadir..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sesi meluluskan projek..


Enjoice...Sharing is power!!!