mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label gerai raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gerai raya. Papar semua catatan

Ahad, 20 September 2009

1 Syawal 1430h - Edisi rombongan cik Iqa keluar beraya

Photos taken by mknace using Nikon D70s, videos by SE750i; compiled using Sony Vegas.



Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sempena hari raya ni Iqa nak keluar beraya sakan. Iqa nak kutip duit raya bebanyak tau. Pepagi lagi Iqa dah mintak kebenaran mama nak kuar beraya sama kak Fifi. Mama cakap mintak kat abah. Abah lak cakap mintak kat mama. Apa ni? Last-last abah kata boleh kuar. Sukanya Iqa.

Memula amik gambar keluarga dulu. Sumer ada. Iqa suka sangat. Nanti balik Kedah pun Iqa nak amik gambo lagi. Seronoknya dapat kumpul ramai-ramai camni.















Dah tu Iqa gi rumah nenek yang la pulak. Iqa salam sama nenek. Nenek Yang suka sangat Iqa datang. Iqa lompat-lompat lam rumah nenek sama adik Inaz dengan adik Eisya. Pastu ada bebudak datang. Bebudak cina sama india. Wah, rumah nenek Yang dah jadi 1Malaysia la.



Pastu gi rumah Atuk Ngah pulak. Ada kenduri kecil-kecilan la pulak. Iqa makan pulut kuning. Sedapnya...







Pastu Atuk Mis suruh abah ambik gambo semua sanak sedara yang datang. Bestnya. Ramai sangat orang. Masa ni abah panjat keter kancil. Iqa ingat abah nak buat apa. Rupanya abah ambik gambo dari bumbung keter kancil tu. Hihihihi.



Dahtu. Pergi rumah nenek Long la pulak. Iqa makan lagi kat sini. Sekali tengok kat TV ada Masquerade. Lagi Iqa suka hati.









Dah balik Iqa cakap abah Iqa nak kuar beraya sama kak Fifi tapi Iqa malu. Last-last Iqa kuar jugak. Ala dua rumah jer Iqa pergi sendiri. Best tau... Iqa nak tidur awal malam ni. Esok Iqa dah nak balik Kedah sama abah, mama dan adik Inaz. Nenek tak tahu la nak ikut ke tidak. Harap-harap nenek ikut la kan.


Video


Sabtu, 19 September 2009

Suasana raya di Angsana

Pic taken by mknace using Sony Ericson K750 and Din's newly bought D60



Ni semua sebab si Din ler ni. (Alasan ler tu). Kebetulan mama pun nak beli blaus kaler ungu. So, nak tak nak gi ler ke Angsana. Punya la jem jalan nak ke JB. Apakeheinyer ni. Esok baru cuti khas. Yang nak sibuk-sibuk jem petang ni apakeheinyer.. Sampai, terus parking. Cantik jer kat depan tapak gerai ramadhan. Aku sampai jer dah bukak. Baru kul 2 beb. Aiikkss. Apasal awal bebenonyer bukak. Lantak ler. Yang penting pergi berbelanja la dulu.







So, masuk jer Angsana; aku berpecah ngan mama. Aku ke kedai kamera (again?!?!) dan mama pergi ke gerai-gerai juai baju lam angsana tu. Sibuk memilih baju blaus. Sekali rupanya si win pun ada ka angsana. Hampes tul. Beli je ler sendiri. Tapi takpe, aku belasah jer kamera dia dulu. Ingatkan nak beli D3000, sib baik stok baru habis; malam baru sampai. Kalau tak memang aku yang beraya dulu la dengan D3000. Jumpa Rahim STF. Borak2 jap depa UO, sesambil dok ambik gambo guna kamera belasah. Akak deejay pun siap tegur aku. Kikikiki.. Dah ambik la gambo akak tu.









Pas setel sumer aku gi cari mama. Belasah lagi amik gambo. Snap sana snap sini. Mama ajak naik tingkat atas lak. Tak jumpa yang berkenan kat bawah. So naik atas. Aku berpecah lagi. Aku lepak kat badan. Aku ambik jer ler buku 25 rasul yang dah lama iqa idam-idamkan ni. Sian lak kat dia. Okey gak la siap dapat diskaun. Dari RM100 aku bayo RM91 jer.





Pastu turun bawah mama ajak nengok-nengok kuih raya. Mama sibuk dok cari "Mama Carrie" ker apa nama dia. Aku pun tak tau eja betul ke salah. Bantai jer ler. Aku lak ke gerai makan kat depan tu. Order tomyam ngan sup campur. Mama dah lama mengidam nak makan tomyam.







Dah settle semua baru aku ke bazar ramadan depan angsana tu. Macam tak menarik @ tak banyak sangat ah gerai. Maybe sebab semua dah sibuk nak beraya kan. Jeng jeng jeng. Aku ternampak kuih dangai. 5 ketui RM2. Beli aje la kan. Nenek johor pun ada gak cakap ituharu. Teringin nak makan dangai. Kes gi lepak Baling itu hari la. Sib bak berbaloi aku beli ni. Lemak berkrim. Kalau gi lagi mesti aku beli.



Malam tu nenek johor gi ambik baju raya. Penuh ruang tamu tu dengan baju raya. Iqa sama mama sam inaz sibuk bergumbira melanyak baju-baju raya tu. Iqa siap melaram lagi tu. Hehehehe