Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 4

Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 4

Imej
Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 4. Ish ish ish. Malam ni takleh lelap mata la pulak. Jadi macam malam pertama aku kena antibiotik kat wad. Satu lagi sebab balik je dari follow up tadi, lepas zohor aku terus lelap. Sampai jam 6.30 petang baru terjaga. Memang sesuai la kot aku habiskan siri telenovela ni. Kisah last day aku kat wad. Pagi tu doktor kata perkembangan aku bagus. So. Dia akan bagi pil untuk aku teruskan treatment kat rumah. Apa pun check dulu darah sebelum aku di discaj. Selang beberapa minit datang nurse untuk amik darah. Cuak jugak. Takut takut tetiba bacaan tak best. Maka tunggu lah aku dengan pelbagai perasaan. Next masuk nurse lain pulak. Meh saya nak buang benda yang paling awak tak suka tu. Aku tak kasi. Tunggu sampai keputusan darah keluar dulu. Kang kena tahan lagi, tak sanggup aku nak dipasang semula. Masa nunggu tu lama jugak aku dok borak ngan haji shamsurma dan hajah warni ni. Memang salute beb. Banyak Allah nak tunjuk kebesaranNya menerusi