Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

BN tewaskan DAP di TELUK INTAN

Imej
BN tewaskan DAP di TELUK INTAN. Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud pada PRK Teluk Intan dengan majoriti 238 undi.Siew Keong memperoleh 20, 157 undi manakala Dyana Sofya mendapat 19, 919 undi.

Tragedi Mataaf

Imej
Tragedi Mataaf. Semalam. Dapat pengkhabaran yang kurang enak. Banyak sangat versi. Tak tau mana yang sahih. Ada yang kata jemaah umrah jatuh. Ada yang kata jambatan mataaf roboh. Masih mencari berita sahih. Apapun. Mari Kita doakan kesihatan dan keselamatan semua jemaah terlibat. Video share dari http://azmyawangklanajaya.blogspot.com/ Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Jelajah lungsuri akar 2014 - melaka

Imej
Jelajah lungsuri akar 2014 - melaka. Mini Malaysia. Satu tempat yang sangat sinonim dengan kami. Asal gi melaka, mini malaysia la tempat utama. La ni. Aku bawak the kebudaks. Boleh tahan la ni. Cuma. Sayang. Mini asean tutup. Penambahbaikan. Kalau tak. Mesti lagi best. Tu pun. 3 benda kebudaks belasah lam ni. Main gasing. Joget lambak. Batik.

Jelajah Lungsuri Akar 2014 - bermula

Imej
Jelajah Lungsuri Akar 2014 - bermula. Target. Balik kampung sambil melawat tempat-tempat nostalgia. Buat masa ni. Laporan ringkas ja diberi. Pakai blogger apps sahaja. Tunggu bila ada masa baru haplod penuh laporan bergambar. Hari pertama. Melaka. D'Village. Sini memang banyak kenangan untuk aku dan mama. Dulu. Sini la tempat kursus untuk guru negeri sembilan dan selangor. Memang selalu ke sini. Kat sini juga aku menginap bersama kebudak cybee masa pertandingan multimedia kebangsaan suatu ketika dahulu. Aktiviti kat sini. Mengolam sampai kecut. Kekeke. Sebelah malam. Bertam hilir. Ni tempat semua orang tau. Ingat lim tat. Pujaan sirap. Sekolah tamil ulu bertam hilir. Hehehe. Tapi. Kami bukan cari lim tat. Gi lawat suha dan baby barunya. K. Setel laporan ringkas day 1.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah - Sultan Perak Yang Baharu

Imej
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah - Sultan Perak Yang Baharu IPOH, 29 Mei (Bernama) -- Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, 58, putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah yang dilantik sebagai Sultan Perak yang baharu, adalah seorang yang bijaksana dan berjiwa rakyat. Berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Ekonomi, Politik dan Kerajaan daripada Harvard University, baginda diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang baharu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah sebelum istiadat pemakaman ayahanda baginda. Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak petang semalam yang dipengerusikan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berikutan kemangkatan Sultan Azlan Shah semalam. Sultan Nazrin Shah, yang berkahwin dengan Tuanku Zara dan mempunyai seorang putera Raja Azlan Muzaffar Shah, empat tahun, dan seorang puteri Raja Nazira Safya, dua tah

MH370 Grand Finale : Kupasan dari Brado Kapak

Imej
MH370 Grand Finale : Kupasan dari Brado Kapak. Artikel ni aku baca dari blog brado kapak . Agak menarik. Dan aku dah ikut dari awal. Memang menarik sepertimana yang dikupasnya. Aku share untuk bacaan anda semua. *Artikel ini ditulis berdasarkan penelitian dan juga pemerhatian oleh Brado Kapak sendiri dan team members  nya selama lebih 40 hari. Sila baca dengan tenang untuk mengelakkan anda menjadi keliru. Ini artikel terakhir berkenaan MH370 oleh Brado Kapak. Sekiranya ia tepat, maka ia hanya kebetulan sahaja. Sekiranya ia tidak benar, maka ia berpunca dari kelemahan kami menganalisa dan meneliti. Bacalah dengan hati yang terbuka....

Penghormatan Terakhir Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah Bermula 9 Pagi

Imej
Penghormatan Terakhir Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah Bermula 9 Pagi. Orang ramai yang nak beri penghormatan terakhir pada Almarhum Sultan Azlan Shah boleh berbuat demikian hari ni bermula jam 9 pagi hingga jam 11.30 pagi bertempat di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Bukit Chandan. Penghormatan Terakhir Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah Bermula 9 Pagi Esok KUALA KANGSAR, 28 Mei (Bernama) -- Orang awam dijadual memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah bermula pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak malam ini, kumpulan kedua yang akan memberi penghormatan terakhir pada pukul 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari adalah orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan asing. Ia disusuli Raja-raja Melayu, Yang Dipertua Negeri, Ketua Negara dan Ketua Kerajaan pada 1.30 petang hingga

Restoran Azinur for lunch

Imej
Restoran Azinur for lunch. Cam biasa. Waktu puncak. Memang ramai orang. Baik yang bungkus. Baik yang makan situ. Semua berbaris panjang. Sib baik cepat. Tak tau la. Maybe. Kena ngan selera utara aku kot. Yang pasti. Memang penuh kedai ni time lunch. memilih lauk

Hari ini Livina full dengan kasut aku

Imej
Hari ini Livina full dengan kasut aku. Hehehehe. Buat la pilihan sendiri nak pakai yang mana. Mana pun tak kisah kan. Last last. Pakai yang crocodile hitam tu. Quite OK jugak la. sempat menung jap nak milih samada crocodile atau sportshoes

Sultan Azlan Shah mangkat

Imej
Sultan Azlan Shah mangkat DULI Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat tengah hari tadi. IPOH: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat tengah hari tadi. Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda termasuk Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berada di sisi ketika kemangkatan baginda. Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang disiarkan RTM. Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini. Almarhu

Cara Semak Arah Kiblat 28 Mei 2014

Imej
Cara Semak Arah Kiblat 28 Mei 2014. Minggu ni dalam mesyuarat pagi. Dikongsi bersama pasal perkara ni. 28 Mei 2014 adalah tarikh di mana umat Islam boleh menyemak arah kedudukan kiblat yang terkini melalui kaedah Istiwa’ matahari di Kaabah. Umat Islam boleh menyemak ketepatan arah kiblat pada hari ini, Rabu, 28 Mei 2014 jam 5:16 petang. Istiwa' matahari ni adalah ketika dan waktu dimana matahari berada tepat di atas Kaabah.

Hari Terbuka Pelan Suara hati Johor

Imej
Hari Terbuka Pelan Suara hati Johor Rakyat Johor di jemput hadir memberi maklum balas di makmal pameran hari terbuka Pelan Suara Hati Johor di Medini Mall Nusajaya pada 31 Mei 2014 pada hari Sabtu, bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Ikuti peluang ini untuk mengetahui lebih lanjut lagi maklumat dan pelan strategik ke arah memacu transformasi pentadbiran kerajaan negeri Johor. Jadilah sebahagian daripada citra baru negeri Johor. Pelan Suara Hati Johor inisiatif Kerajaan Negeri Johor bagi merakyatkan Kerajaan , melestarikan pembangunan Pro Rakyat dan memperkasa muafakat Johor bertemakan kerajaan berteras pencapaian Ayuh bersama melakar masa depan Johor! Aktiviti Hari Terbuka Pelan Suara hati Johor Pameran Pelan Suara Hati Johor Pendaftaran secara online Rumah Mampu Milik Johor Pendaftaran kerja secara online melalui Jobs Malaysia Pendaftaran Duta Muafakat Johor Sembang bersama EXCO EXCO bersama rakyat Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Kufi Murabba' tetiba melanda diriku

Imej
Kufi Murabba' tetiba melanda diriku. Tetiba semalam. Rasa sangat teruja dengan tulisan kufi murabba' nih. Terus study. Search for the huruf. Dapat. Aku study dari blog  http://kufiart.blogspot.com/ . Ni pautan untuk cara nak buat penulisan.  http://kufiart.blogspot.com/2013/06/blog-post.html . Tak tau tulis jawi. Takpe. Jawi converter kan ada. Gi ja sini  http://www.ejawi.net/converterV2.php . Dan e-jawi juga ada sedia editor khas untuk kufi. Gi sini  http://www.ejawi.net/v3/index?e=kufieditor . Jom kita ngetest. Aku dah demam la pulak nih. Demam nak mendesign. ni sample yang dah siap. pergghhh

Perkhemahan SMK Taman Nusajaya

Imej
Perkhemahan SMK Taman Nusajaya. Mama bertugas semalam di sekolah. So, dia share sedikit gambar untuk aku. Terbaeekkk!!! Tapi mama nyer shift sampai maghrib ja. So. Banyak gambar berkaitan pemasangan khemah ajer la. pelajar mula mendirikan khemah

It's time to refill

Imej
It's time to refill. Masak. Sampai simpang tasek ja. Polis dah berderet. Ni pasal kat STF ada function. Kawalan untuk VIP. Minyak dah sampai bar. Masak nak kena tahan kat Shell tu. Gasak terus sampai Gelang Patah. Ngam ngam beb. Hehehehe. 516km for RM84 with 39l of petrol. isi jangan tak isi

Hari yang gemilang

Imej
Hari yang gemilang. Cun sungguh langit pagi. Semalam. Makin slow la pulak dropbox aku berfungsi di komputer desktop rumah aku. Hari ni baru masuk. Tak kisah lah kan. Hapdet jer. cun sungguh langit sehingga aku terpaksa berhenti untuk snap the picas

Selamat Menyambut Hari Gawai dan Tadau Kaamatan 2014

Imej
Selamat Menyambut Hari Gawai dan Tadau Kaamatan 2014. Rakan-rakan Sabah dan Sarawak pakat dah balik ke kampung halaman. Baru terperasan. Kenapa cuti sekolah kali ni di awalkan. Camner la aku leh tak perasan. Nampak nor dok nengok cuti negeri sendiri sahaja. Takpa. Jom kita nengok sikit apa pakcik gogel cakap pasal kedua-dua perayaan ini. Tadau Kaamatan disambut pada 30 dan 31 Mei ini, manakala Hari Gawai pada 1 dan 2 Jun. Hari Gawai Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Rujuk sini untuk artikel penuh . Perayaan Gawai Dayak secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di Sarawak ada 25 kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban (atau dikenali Dayak Laut dahulunya) yang merupakan majoriti, Bidayuh (Dayak Darat), Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang lain-lain. Masyarakat Dayak

Edisi ngoder dinner at Tajri Restaurant Taman Nusantara

Imej
Edisi ngoder dinner at Tajri Restaurant Taman Nusantara. Actually. Ini cerita semalam. Terlupa nak on wifi pada henpon. So the picas masuk lambat ke dropbox. Kisahnya. Semalam amik iqa. Langsung ke Tajri pasal dah nak maghrib. Ada orang ngidam nak makan tomyam katanya. So. Lepak la sini jap. Kali ni ubah angin. Lepak kat atas jalan. Sekali. Ada sebijik kancil. Selamba ja cilok sebelah meja. Dekat sengsangat. Bukak tingkap. Terus ngoder. Perrgghhhh... Punya la malas nak parking bagai. Tunggu sampai siap lak tu. Takpe lah. Beliau mungkin seorang OKU yang kaya raya. Sampai enjin semua tak mati. Sesaja kasi aku hirup udara eksosnya yang serba nyaman lagi menyihatkan. TQ kak... dah dekat maghrib baru kami nyer setel. alhamdulillah

Selamat Bercuti Pertengahan Tahun pada semua pelajar

Imej
Selamat Bercuti Pertengahan Tahun pada semua pelajar. Cuti kali ni agak panjang. Manfaatkan masa dengan sebaiknya. Cuti bagi sekolah KUMPULAN A : Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor bermula dari 27 Mei sehinggalah 14 Jun 2014 melibatkan 19 hari. Manakala bagi sekolah KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya bermula esok  28 Mei sehinggalah 15 Jun 2014 . Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

SEMAKAN PENEMPATAN BAHARU BAGI GURU INTERIM J-QAF 2012 YANG DILANTIK SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG41

Imej
SEMAKAN PENEMPATAN BAHARU BAGI GURU INTERIM J-QAF 2012 YANG DILANTIK SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG41 Sukacita dimaklumkan bahawa Penempatan Baharu Bagi Guru Interim j-QAF 2012 yang dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 boleh disemak di Portal Rasmi KPM bermula 26 Mei 2014. Url semakan adalah seperti berikut :  http://apps.moe.gov.my/gsst/semakanMei2014ren/ Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri / Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Gambar terbaeekkk!!!! piala Thomas 2014

Imej
Gambar terbaeekkk!!!! piala Thomas 2014. And the winner goes to.... jeng jeng jeng the most shared widely on social media Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Hari Terbuka Suara Hati Johor 2014

Imej
Hari Terbuka Suara Hati Johor 2014. Aku pun tak berapa clear sangat dengan masa dia. Tapi bab tarikh dan tempat. Confirm! Orang ramai dijemput hadir ke hari terbuka Suara Hati Johor yang akan dijalankan bertempat di Mall of Medini, Nusajaya pada 31 Mei ini. Banyak program dan maklumat yang boleh diperolehi di sana. Yok!!! Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Jabatan Pendidikan Negeri Johor new signage and logo

Imej
Jabatan Pendidikan Negeri Johor new signage and logo. Tengahari tadi dah mula kerja kerja pemasangan pada bangunan. Cayalah. Kita nantikan bangunan JPN Johor new look. Johor!

Bengkel penggunaan 1GOVUC JPN Johor - edisi Lync

Imej
Bengkel penggunaan 1GOVUC JPN Johor - edisi Lync. Hari kedua. Lebih kepada penggunaan Microsoft Lync dalam memudahkan komunikasi dan perkongsian. iyaaa... cenggini besarnya manfaat benda alah ni... hehehe

Perhimpunan Bulanan Bil.5/2014 Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.5/2014 Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Dikelolakan oleh SPSPK. Termasuk sambutan hari guru dan hari pekerja. Timbalan Pengarah bersama penerima anugerah pekerja contoh

PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2015

Imej
PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2015. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2015 akan dibuka mulai 26 Mei 2014 – 5 September 2014. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Unit Pengurusan Sekolah Seni ditalian 03-88721620/ 1647 atau layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Pemohon boleh membuat permohonan melalui sistem e-SSeM di alamat berikut : http://apps5.moe.gov.my/essem/permohonan/  Syarat Kemasukan Warganegara Malaysia Berbakat dan berpotensi dalam mana-mana bidang kesenian berikut: (seni visual/seni tari/seni muzik/seni teater) Tidak Cacat Lulus Sesi Serlahan Seni (Uji Bakat) Memperoleh keputusan dengan minimum 3B atau setara dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014 Maklumat Am Tarikh tutup permohonan pada 6 September 2014 Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil ke Sesi Serlahan Seni (Uji Bakat) Borang permohonan