mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label gerai tomyam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gerai tomyam. Papar semua catatan

Ahad, 4 Julai 2010

Jom Ronda-Ronda : Tomyam Food Court Tesco Bukit Indah

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Satu kelainan sikit. Jarang kat food court ni yang jual makanan ikut set. Aku nak makan lain sebenarnya, tapi pasal mama kata kita beli jer set ni, kira terpaksa on la jugak. Set ni harga dia RM17. Dalam set dia ada sup cendawan, ayam black pepper, telur bungkus, sayur campur dan dua pinggan nasi. Memang aku rasa 4 orang pun masih leh makan lagi, or aku memang makan sikit kot. Tapi memang berbaloi la kan..

Klik untuk cerita penuh



Ni ler yang ada untuk set ini. Siap amik gambo ngan Ziqri lagi..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 13 Jun 2010

Jom Ronda-Ronda : Restoran Mana Lagi, Pontian



Jenuh cari tempat makan. Sama macam dulu. Pasal kat Batu Pahat memang kurang tempat makan yang kena ngan taste aku dan famili aku agaknya. Last-last cam dulu gak.. Cari restoran on the way balik, pasal kitaorang ikut jalan lama. Derian toksah cerita la. Memang bertabur tepi-tepi jalan tu.

Nak jadi cerita, masa dok sibuk milih derian lepas pada senggarang tu, nampak la pulak restoran mana lagi ni kat tepi jalan sebelah kanan. Alamak. Belasah jer la. Pasal perut pun dah lapar. Mama order ikan siakap sederhana masak tiga rasa, tomyam campur tolak daging 2 orang makan, kailan ikan masin dua orang makan, sotong goreng tepung. Aku lak sesaja wat kelainan order mee ladna, pasal lama aku tak makan mee nih.. Rasa dia memang boleh tahan. Aku kasi 3 setengah bintang. Harga pun leh tahan. Baru RM67.. Boleh la kan.

ps : tapi dia punya mee ladna aku leh kasi 4 bintang la.. ngam

Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 4 April 2010

Gerai Tomyam Seafood

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarPetang jemaat lepas mama suruh kuar jugak untuk belanja bulan. Tak yah jejauh.. Pergi YOS jer.. OK ler.. Ajak ucu ngan iqa sekali. Banyak jugak yang aku nak beli sebenarnya. Dari hardware sampaila ke barang dapur. Memula pergi kedai sparepart. Nak beli minyak power stereng untuk keter sawi. Dah kering.. Pelik gak pasal leh kering tuh.. Beli minyak proton nyer. Dia kasi kat aku RM22 jer.. Kalau kat proton mesti lebih nyer.. Dah settle kat situ pergi belanja bulan kat Yos.

Tetiba iqa kata dia nak makan. Aku tanya nak makan apa? Ntah la.. Iqa tak tahu, tapi iqa nak makan. Hahaha.. Iqa ni kelakar la.. So terus aku bawak ke area Awana sana tu..

::Klik untuk cerita penuh::





Aku terus parking sebelah awana. Abah nak makan sini ker.. ha'ah.. iqa tak suka, iqa nak makan tempat lain. Pastu aku nengok kat depan ada gerai Char Kue Teow.. Nak makan kat sana. Nakk.. Eleh.. Takyah la.. Tu ada Char Kue Teow jer.. Iqa mana makan.. Last-last aku bawak ke kedai selang 2 pintu dari awana. Gerai tomyam. Aku tau iqa suka tomyam.. Tapi nama kedai aku pun dah tak ingat.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Kedai ni dia pakai satu kedai dia just untuk jadi dapur. Makan semua kat luar. So terus amik port depan tv besor.. Layan astro jer la. Pastu datang la sorang awek amik order.. Iqa order mihun tomyam sama teh ais.. ucu order kue teow tomyam sama air teh-o.. Aku??? aku order mango ice blended jer.. hahaha.. gila tul.. hujan-hujan pun bantai ais..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Aku cakap boboi kan kerja kat lionmas sebelah ni. Panggil la dia join kita makan sekali.. Ucu sms jer.. Cheiitt.. haram la dia nak kuar.. Bukan jauh pun.. depan kedai jer..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Kalau tak jumpa kedai ni, carik lionmas.. dia sebelah lionmas jer..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Ada dua level tempat makan dia.. Ni level atas.. Tapi aku tak suka..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Aku suka level bawak, sebab atas tar dan ada tv besor.. kekurangan cuma tak berbumbung jer..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Haaa.. air dah sampai haaa.. tengok aku nyer mango..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Tengok.. dah start mengacau dah..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Buat-buat minum air teh dia balik..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Dah sampai dah ucu nyer kue teow tomyam..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Iqa nyer mihun tomyam pun dah sampai..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Apa tunggu lagi.. makannn...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Banyak tul benda yang dia masukkan.. sotong la, udang la, ayam la, yang tak tahan ada kupang tu.. dalam 3 gak jumpa..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Close-up kue teow ucu. Dah habis makan tapau mihun tomyam untuk inaz yang tidur kat umah. Harga semua sekali RM10.. Kira leh tahan la tu. Dah tu pi tapau nasi kat awana untuk aku. hahaha..



Enjoice...Sharing is power!!!