mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label jerebu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jerebu. Papar semua catatan

Ahad, 4 Oktober 2015

Yok jenjalan kenduri di Melaka

Yok jenjalan kenduri di Melaka


Sabtu lepas atuk, nenek, inaz dan ziqri ke melaka. Jemputan. Jalan tak berapa best. Jerebu tebal. Siap sesat gitu walau pakai GPS. Sian semua.

Rabu, 23 September 2015

Ribut Taufan Dijangka Bawa Semula Jerebu Ke Malaysia Mulai Hari Ini

Ribut Taufan Dijangka Bawa Semula Jerebu Ke Malaysia Mulai Hari Ini


Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak dijangka terjejas ekoran ribut taufan (cyclone) di timur Filipina yang menolak angin dan membawa jerebu dari Indonesia kembali ke Malaysia mulai Rabu.

Pegawai Meteorologi Kanan Pusat Cuaca Nasional, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata kawasan terlibat di Semenanjung termasuk bahagian selatan Perak ke bawah, pantai Barat hingga ke Johor serta sebahagian Pahang dan beberapa kawasan di Sarawak.

"Kawasan-kawasan ini akan menerima angin ribut taufan yang membawa jerebu dari Indonesia namun tidak dapat dipastikan sejauh mana tahap keadaan jerebu yang akan berlaku," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata terdapat kemungkinan berlaku semula jerebu selepas keadaan beransur pulih dalam tempoh seminggu lepas, tetapi ia bergantung kepada tiupan angin sama ada sangat perlahan atau kuat dalam masa peralihan monsun yang sentiasa berubah-ubah.

"Mungkin sukar untuk jerebu kembali tetapi sekiranya terdapat angin taufan yang baharu terbentuk, maka tidak mustahil jerebu akan kembali semula... semuanya bergantung kepada keadaan semasa," katanya.

Beliau berkata memandangkan angin yang bergerak itu berlaku di kawasan tekanan tinggi ke rendah, taufan akan tetap terjadi pada kawasan mempunyai tekanan rendah kerana kedudukan Malaysia berhampiran dengan tempat berlakunya jerebu.

"Itu punca mengapa negara kita mudah menerima asap dari negara jiran dan saya jangkakan ia akan berakhir pada penghujung bulan ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Hisham berkata musim peralihan monsun yang melanda negara kini masih dalam keadaan baik dengan tiupan angin kencang dan ribut petir serta hujan juga dijangka berkurangan sehingga tiupan angin berubah menjadi normal.

"Musim ribut petir dan kilat dijangka berkurang dalam masa seminggu akan datang tetapi tetap hujan, namun tidak secara menyeluruh di semua tempat," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga menjangkakan selepas tiupan angin taufan itu berakhir akhir bulan ini, keadaan seperti ribut petir dan banjir kilat akan berlaku seperti sebelum ini.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Isnin, 24 November 2014

Setiap pagi JB berjerebu


Setiap pagi JB berjerebu. Setiap pagi lalu jalan ni. Lebuhraya Pesisir Pantai. Memang lalu atas laut. Memang ketara jerebu setiap pagi. Walau tak seberapa tebal. Still. Masih ada jerebu.

Isnin, 30 Disember 2013

Teruk jugak jerebu hari ni

Teruk jugak jerebu hari ni. Perasan tak perasan la.


Sent from Samsung Mobile

Ahad, 30 Jun 2013

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2/2013



2 minggu lepas aku ke Melaka. Khusus untuk mesyuarat MAP. Dari 18 sampai la ke 20. Dari jerebu sikit ke jerebu mula menebal. quite ok. found new eating place. hajah rahmah kari kepala ikan kat bukit katil. memang best. read on...

Rabu, 11 Januari 2012

Berasap



Berasap bilik cemerlang pagi ni, sampai berjerebu. Ni baru mula integrate 2 sistem ni. Kalau jadi Sistem Maklumat Pendidikan Johor, perghh.. Rasa masak terus kot.



^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway

Ahad, 24 Oktober 2010

Jerebu lagi

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tarikh : 23 Oktober 2010
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Depan Rumah
Mood : Tak OK

Masih jerebu lagi pagi ni. Harap-harap petang ni hujan ker. Sejuk sikit. Pastu dapat la bersihkan sekali jerebu nih..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Enjoice...Sharing is power!!!