Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel shopping

The Colours of Life - Ici’s Day Out : Kenduri Kahwin & Shopping

Imej
The Colours of Life - Ici’s Day Out : Kenduri Kahwin & Shopping. Sakan si ici ni. Dari semalam sibuk nak ajak berjalan. Saja cakap dia tokleh ikut. Marah dia. Budak lain boleh je ikut katanya. Hari ni kita keluar awal sikit. Gi kenduri dulu. Ada jemputan kat wawasan 4. Seronok ici dapat ikut. Selesai aje terus dia ajak semua sekali gi Mydin. Nak gi mydin beso. Cam biasa. Semua dia amik. Hahaha. Siap sandal lagi gitu. Layan. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Double team @ Angsana

Imej
Double team @ Angsana. Sejak aku masuk wad hari tu. Memang akan pecah dua. Satu team shopping. Satu team lepak. Dah sah sah team aku ler kan. Hahaha. Seronok team shopping hari ni. Sakan. Aku start ngan ngurut. Pastu lepak di Medan Selera. Team Shopping pun akan bergerak sama ke Medan Selera. Setel semua makan aku sambung lepak lagi. Kali ni ngan Fiqri la. Seronok pulak nengok keletah dia dok main kipas kipas tu. Pakai gigi tu yang tak tahan tu. Kekeke.

Misi Bunga Api @ Pasar Selasa, Pekan Nenas

Imej
Misi Bunga Api @ Pasar Selasa, Pekan Nenas. Mama ada benda nak cari. Tudung. Aku. Nak cari bunga api la. Kalau dapat kat sini. Aku amik kat sini la. Kalau idak. Pasnni misi berterusan sampai dapat. Alhamdulillah. Sempat meronda dua gerai. Amik ajer ler dua jenis lam tiga kotak. Malam ni baru namanya bako duit.

Jakel Uda Walkabout : Padat lagi sesak

Imej
Jakel Uda Walkabout : Padat lagi sesak. Aku dari jalan seberang lagi dah mula rasa sesak. Perghhh. Ni yang malas keluar Sabtu ni. Dari berdepan jakel jalan seberang, sampai ke Angsana. Boleh tahan la. Slow sangat trafik. Nampak jalan masuk depan Hasil sangat slow. Semua nak ke situ. Cadang awalnya pun nak ke situ jugak. Cari kasut Fiqri, baru la ke Jakel. Tapi pasal terlalu la teruknya keadaan nak ke sana, terus lajak ke Jakel aje. Sekali dah lepas baru perasan. Jalan banyak ditutup. So. Nak ke Angsana pun memang kena buat u turn kat depan. Ahh.. Memang betulla terus aje ke Jakel. Tengok dari jauh lagi ada rela, kereta park side jalan besar pun leh tahan. Alamak. Cakap kat mama, jangan jadi cam hari tu udahla. Masuk. Ramai orang. Terus keluar. Hahaha. Ni pun alhamdulillah, sib baik ada satu ruang kosong. Terus masuk park. Mama sorang ja yang pergi. Kami. Pakat lepak lam kete je. Hehehe. Layan muvi kat player. Harap mama berjaya ngan misi nak siapkan langsirnya.

Plaza Angsana Getaway 20160624

Imej
Plaza Angsana Getaway 20160624. Pakat ke Angsana semalam. Alhamdulillah. Dapat la park kat depan Angsana. Masuk je kebetulan ada yang keluar. Mama ngan Iqa terus ke destinasi. Aku cuba gerak. Hmmm... Tak lama. Lenguh. Penat. Cari port lepak lah. At last aku fikir baik lepak kat medan selera dia. Bukan ada pelanggan sangat bulan bulan puasa cenggini. Maka lepak lah aku depan mee rebus wahid. Dari tak buka lagi, sampai pelanggan dah mula beratur. Sempat sembang sembang lagi dengan beberapa pelanggan yang tumpang lepak bersama. Balik sempat lepak layan kereta masa mama nak bayar parking. Promosi ramadan katanya. Harga suku juta tu. Perghhh...

Pasar Kemboja Pekan Nenas : The Return

Imej
Pasar Kemboja Pekan Nenas : The Return. Ingatkan dapat beli something lagi lah. Tapi mama pulang tangan kosong. Design yang sama. Harga yang berbeza. Lebih tinggi daripada sebelum puasa. Rugi tak pilih trivago. Wakakaka. Nampaknya. Sama aje modus operandi mana-mana tempat. Harga pasti naik a bit bila dah mula masuk bulan puasa. Nak raya la katakan. Nak buek camno. Hehehe. Window shopping aje la. Aku. Cam biasa. Ronda jap aje. Pastu lepak lam kete ngan Fiqri.

Lifestyle Bargains Galore @SOGO

Imej
Lifestyle Bargains Galore @SOGO. Singgah jap kat sini. Kebetulan pulak ada sales. Adooooiii. Punya la jem. Dari depan Bangunan Mara sampai ke SOGO. Just packed dengan kereta yang just nak parking aje di SOGO. At last. Buat sekali pusingan. Parking area Dang Wangi. A bit of menapak. Tapi sampai lebih awal dari kereta yang masih dok queue nak parking area SOGO. Masuk dalam. Ehhhmmm.. Betul la. Ada sale. Lifestyle Bargains Galore. Mula hari tu. 3 Jun sampai la ke 12 Jun. So. Tinggal mama and the ladies untuk shopping. Kami nak gi semejid.

Yok Raya Johor 2015 : Busu @ Johor Bahru City Centre

Imej
Yok Raya Johor 2015 : Busu @ Johor Bahru City Centre. Haa kau. Sampai ke JBCC nak beraya. Hehehe. Sempat lagi berposing-posing di hiasan Aidil Fitri yang disediakan. Selamat Hari Raya Busu. Sambil-sambil merayap ke Bazar Karat. Sayangnya. Tutup la pulak. Tak berani la pulak nak explore ke dalam lagi. Ngeri pasal suasana tak berapa nak best. First time sampai ke situ tambah pulak.

Back to school shopping the beginning

Imej
Back to school shopping the beginning. Hari ni kalau ikut hati, aku nak baring baring kat rumah sambil makan ubat. Nak lepakkan kaki. Tapi. Bila lagi nak gi membeli barang kelengkapan baru sekolah kan. So. Akhirnya keluar jugak untuk menyetelkan round satu episod pembelian untuk tahun depan. Round satu ni kira round beli baju la dulu. Tu lum masuk buku alatulis lagi tu. Huhuhu. So. Off we go for KIP Mart. Tapi kami sampai a bit early. Jam 10 baru nak bukak. Poning palo wehhh.. Dok kat makan spot pun hanya dua gerai yang baru bukak. Last last minum ajer la dulu.

Hari Jumaat yang packed

Imej
Hari Jumaat yang packed. Patutnya. Hari ni nak gi beli baju baby kat Jusco. Tapi. Sebab schedule doktor pun dah lari, menyebabkan kami pun terpaksa mengubah plan. Gi sarap dulu sebelah paginya. A bit late than usual sebab paginya hanya check darah sahaja. Setel around 9.30 am di hospital. Jusco of coz la masih lum bukak. Terus shoot ke Danga City Mall. Beli gedebak gedebuk. Siap henpon pun dapat accessories. Balik rumah. Lepas jumaat keluar semula ke hospital. Then. Ke Danga City Mall semula. Kebetulan nak tukar cover henpon yang tak ngam tadi dan jumpa kawan lama dari selangor. Singgah rumah ucu jap sebelum balik. Dah full satu hari aku...

Aeon Bukit Indah Shopping DIY stuff and minum minum

Imej
Aeon Bukit Indah Shopping DIY stuff and minum minum. Mama ajak lepak sini jap. Layan baju kebudaks dan bakal si comel. Sesambil tu layan transformer jap. Pastu cam biasa. Ke daiso. Carik barang yang best ikut mata aku. Dapat la beg kamera cenonet sama protector film untuk projek petang ni

Merayap ke Columbia Asia Hospital di pagi Jumaat

Imej
Merayap ke Columbia Asia Hospital di pagi Jumaat. Rutin jemaat sekali setiap bulan sekarang adalah check-up mama di Columbia Asia. Awal pagi dah terpacak. Nak kejo nombor. Pagi ni lewat sikit bangun. Biasanya lepas subuh aku akan lepak depan PC. Tapi pagi ni aku leh baring balik. Udahnya terlajak. Isi minyak lagi. Bla bla bla. 7.30 pagi baru bertolak ke sana. Dapat la giliran ketiga. Takpe la. Sarap dulu. Pastu lepak balik nunggu doktor. Sekali nurse datang masa dok lelepak layan Kompleks Bunga Raya nyer upacara. Doktor akan lewat. So dah kena ubah schedule ke petang. Lepas Jemaat. Langsung gerak ke KIP Mart. Kekonon nak beli peralatan Iqa. Tapi malang. Kedai semua lum bukak. Balik ajer la cenggini. Tunggu...

Lima kompleks dalam dua hari

Imej
Lima kompleks dalam dua hari. Sempena melengkapkan persiapan hari raya aidilfitri yang bakal menjelang, kasi can kebudaks pilih sendiri kelengkapan mereka. Bermula dari Tesco untuk beli kasut. Bukan di Tesco, tapi kedai-kedai yang ada di situ. Next is KIPMart untuk baju raya. Hari Sabtu kami gerak lagi ke Mydin. Songkok dan sampin untuk si ensem. Pastu ke Danga City Mall. Kat sini a bit frustrated. Tak dapat apa kecuali cadar. And lastly Aeon untuk baju raya casual. Setel semua.

Lama betul tak meronda Aeon Bukit Indah

Imej
Lama betul tak meronda Aeon Bukit Indah. Lepas Jumaat. Mama ajak gi cari barang. Hadiah hari guru actually. Terus ke Aeon. Lama tul tak merayau kat sini. Asyik tesco ja. Sini barang branded sikit. Harga pun a bit high jugak la. Sekali sekala. OK lah kot. lepak depan daiso. ramai pulak orang kat arcade nih. semua dok tengok sorang brader menghabiskan duitnya untuk cuba nasib main apa kebenda ntah. Malas aku nak gi nengok.

Penuh bonet kereta

Imej
Hujan sepanjang jalan dari kulai ke gelang patah. 2 kereta sarat ngan barang nak kenduri ahad depan. Pergghhh!!!! sampai gelang patah dah clear kereta aku kereta ucu Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Super Cowboy shopping getaway

Imej
Petang ni kuar ke super cowboy, kulai. Ni first time sampai sini. Teraba jugak mencari. Tak berapa nak clear sangat signboard dia kalau dari JB. Pasal dia terletak lam kulai centre point. Kulai inn lebih dominan kalau kita datang dari jb. Nak kata murah tu, agak boleh la kan. Lebih kurang sama cam air hitam gak la. Cuma lebih dekat banding ngan air hitam. Semua ada kat sini. Leh tahan la menyopping untuk kenduri minggu depannya nanti. dah jumpa... yeayyy jom masuk jom ada lif kat dalam, tapi lama tul nak nunggu.. plus 2 troli jer lepas masuk pilih goodies bag rambang mata kauuu bunga manggar pilih semua kaler yang ada, yang dah siap kat lidi la tempat telur ada lagi tak yang terlepas... penuh troli haaa bunga la pulak hambik apa yang ada signboard pintu masuk belakang lepak nunggukan atuk membayo atuk membayo ngepau makcik baru cool bear la pulek eskrem sampai comot antara deretan kedai yang ada k

Jusco Bukit Indah

Imej
Petang ni kuar jugak ke jusco. Beg tangan mama dah koyak teruk gara gara semua device aku masuk lam beg dia masa sesi pelancongan tempoh hari. So tanya dia nak gi mana. Jusco katanya. Ok. Sekali pusing pusing, tarak satu pun yang berkenan di hati. So amik keputusan nak ke jpo. Sementara nunggu iqa milih eskrem kat baskin robbin, sempat aku snap kedai nih... Btw sempat beli ubi bakar buat alas perut

Jalan Tunku Abdul Rahman

Imej
Dulu, kawasan ni memang tumpuan aku n family. Dari zaman hankyu jaya, pastu kami beralih ke globe silk store, tang. La ni, usya dari jauh aje. ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway mknace xperia

Sogo

Imej
As always, and forever will be... This is the nature here. ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway mknace xperia

Parking Sogo

Imej
Camni la pulak parking Sogo. Token. Cari mesin bayar tak jumpa la pulak. Tanya tanya rupanya bayar tshirt kat kaunter pondok bayaran... ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway mknace xperia