mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Sabah dan Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sabah dan Sarawak. Papar semua catatan

Ahad, 4 Oktober 2015

Semua sekolah Ditutup KECUALI Kelantan, Labuan, Sabah dan Sarawak pada 5 dan 6 Oktober 2015 - KENYATAAN MEDIA KPM

Semua sekolah Ditutup KECUALI Kelantan, Labuan, Sabah dan Sarawak pada 5 dan 6 Oktober 2015 - KENYATAAN MEDIA KPM


Pemakluman kepada semua sekolah di Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia KECUALI Kelantan, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak perlu ditutup pada 5 dan 6 Oktober 2015 (Isnin dan Selasa).

Kesemua 1,178 buah sekolah di Negeri Johor yang menempatkan seramai 618,326 orang murid ditutup pada hari esok dan lusa, 5 dan 6 Oktober (Isnin dan Selasa) berikutan keadaan jerebu yang masih tidak berubah di Negeri Johor.

Sabtu, 14 Februari 2015

Garis panduan baharu pengambilan guru di Sabah dan Sarawak diperkenal

Garis panduan baharu pengambilan guru di Sabah dan Sarawak diperkenal


KUCHING – Kementerian Pen­didikan akan memperkenalkan garis panduan baharu dalam pengambilan kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sabah dan Sarawak untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelaksanaan garis panduan itu dalam masa terdekat dijangka dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru tempatan di kedua-dua negeri ini.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan memberitahu, syarat-syarat kemasukan pelajar cemerlang lepasan SPM ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dari Sabah dan Sarawak turut dilonggarkan agar mereka memilih bidang perguruan sebagai kerjaya pilihan.

“Kelonggaran minimum 5A diberikan kepada calon atau pemohon yang berasal dari Sabah dan Sarawak sejajar dengan hasrat kementerian mahukan 30 peratus lulusan SPM terbaik menyertai profesion perguruan.

“Pada masa sama, kita mene­tapkan syarat baharu minimum 7A bagi pelajar lepasan SPM dari Se­menanjung untuk memohon men­ceburi profesion perguruan mu­lai ta­hun ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjum­paan tertutup dengan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan presiden-presiden parti komponen BN di sebuah hotel di sini hari ini.

Sebelum ini, kemasukan ramai guru dari Semenanjung mengajar di Sarawak telah dipolitikkan oleh pembangkang di dua negeri ini dengan mendakwa kerajaan sengaja menghantar guru dari Sarawak ke Semenanjung dan tidak memberikan keutamaan kepada guru tempatan untuk mengajar di negeri sendiri.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, seramai 5,293 lepasan pelajar SPM dari negeri ini telah mengemukakan permohonan mereka untuk melanjutkan pengajian ke IPGM pada tahun lalu.
“Daripada jumlah tersebut, seramai 1,713 pemohon berjaya melepasi tapisan awal dengan 665 orang calon layak ditemuduga.

“Akhirnya, seramai 398 calon dari Sarawak telah ditawarkan mengikuti PISMP pengambilan Jun tahun lalu di IPG di seluruh negara,” ujarnya.

Jika dibandingkan bilangan ca­lon yang berjaya, katanya, sebanyak 59.85 peratus pemohon dari Sarawak berjaya ditawarkan kemasukan mengikuti pengajian selama lima tahun di IPG.
Beliau berkata, sepanjang lima tahun berada di IPG, bakal guru terbabit akan diberikan latihan pengkhususan dalam bidang tertentu agar mereka dapat menjadi guru terbaik apabila mengajar di sekolah nanti.

Tambahnya, kerajaan jika boleh memang ingin menempatkan lebih ramai guru tempatan di Sabah dan Sarawak bagi menjimatkan kos perpindahan, di samping kelebihan mereka dapat menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat setempat.

---Utusan Malaysia


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free