mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Hospital Pakar Puteri : Follow-up Dr. Lim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hospital Pakar Puteri : Follow-up Dr. Lim. Papar semua catatan

Isnin, 27 Jun 2016

Hospital Pakar Puteri : Follow-up Dr. Lim


Hospital Pakar Puteri : Follow-up Dr. Lim. Hari ni banyak persoalan akan terjawab. Cerita telenovela aku pun ada dua siri lagi. Tapi sebab ramai dah tanya dan aku pun dah selesai follow-up ni so terus kita cerita dulu lah. Part telenovela tu nanti aku sambung lagi bila tiap saat dan tika waktunya.
Maka pagi ni terpacak ler aku kat depan spital ni lam jam 8. Atuk yang ngantor. Gi daftar. Pastu terus ke klinik dr lim. Dapat nombor 9 tu. Aiyoo. Pepagi pun dah nombor 9.

Duduk menanti. Jumpa rakan rakan sewad. Borak selfie gitu. Pastu nama aku kena panggil. Hmmm. Doktor suruh buat test darah lagi. Perghh. Kena lagi. Terus ke lab.

Punya la ramai. Tunggu turn. Setel. Gerak balik ke bilik doktor. Haiyo. Memang ramai. Orang sebelah aku baru datang nombor 34 tu. Ish ish ish.

Aku dah nak terlelap dah tetiba misi datang panggil. Terus masuk ye. Doktor nak jumpa. Masuk. Doktor takde. Keluar jap. Kat monitor semua gambo lutut aku je. Sempat la layan jap.

Doktor masuk. Hmmm. Nampaknya dah bertambah baik. Kita sambung sikit lagi antibiotik untuk seminggu lagi. Dari segi keadaan kaki tinggal tak boleh lurus penuh ja lagi dan ada sedikit tension bila berjalan. Bengkok habis dah takde masalah.

So. Apa masalah sebenar aku yang menjadi persoalan selama ini? Masalah jangkitan kuman di bahagian dalam belakang tempurung lutut. Masalah ni menarik sebab kaki aku nampak normal aja dari segi luaran tapi di bahagian dalam bengkak teruk menyebabkan kaki aku tak boleh bengkok atau lurus.
Masa aku masuk. Bacaan protein darah tak salah aku adalah 122. Lepas treatment awal di wad menurun kepada 22. Masa tu aku didiscaj. Tapi tetap masih tak boleh bengkok atau lurus penuh lagi. Cuma bisa dah tak macam yang awalnya.

Hari ni bacaan pun dah makin baik. Dah below 5. Cuma tinggal isu tak boleh lurus penuh dan tension pada kiri lutut bila berjalan. So. Another 1 week aku kena pulun antibiotik lagi dan kalau ikut dr lim nak kasi aku mc lagi seminggu. Tak larat dah baring baring aje.

So. Setel ngan Dr. Lim rasa gembira sikit. Kuman sahaja. Alhamdulillah. Dah hampir selesai dah. Yang lain semua negatif. Gula ka, gout ka. Nope. Mintak simpang.