Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Baling 1440

Baling 1440 : The night of Eid

Imej
Baling 1440 : The night of Eid. Projek malam raya. Pelita. Sekali. Hujan lebat malam ni. Dah semua termenung jap. Tunggu reda sikit. Tak reda reda jugak. Pasang kat dalam aje ler. Layannzzz. Siap berbideo bagai. Dapat mercun masuk angin. Photoshoot reramai lepas selesai semua. Lupa pulak nak wat bideo ucap selamat hari raya reramai.

Baling 1440 : The Preparation

Imej
Baling 1440 : The Preparation. Sekarang ni dah kurang thrill berbanding zaman kebudaks dulu. Risau ja memasing depan tv tunggu pakcik pemegang mohor besar umum. Takut-takut raya esok. Sekarang ni. memasing dah tau. Umum bila pun dah tau bila raya. Yang ditunggu, dia pakai baju kaler apa je. Hehehe. Hari ni baru prepare untuk raya esok. Atuk dengan sup tulang. Mama dengan soto. Nenek dengan ketupat palasnya. Sambung potong dan cuci daging dan ayam untuk rendang. Kebudaks. Semua sibuk bermain kat luar. Layan. Siap buat bideo tu. Hehehe.

Baling 1440 : Meronda

Imej
Baling 1440 : Meronda. Banyak juga target hari ni. Memula. Kita cuba join the rush. Mana lagi kalau bukan kat Billion. Leh tahan nak parking. Nampak ruang terus masuk. Dapat la park kat depan 7E. Terus meronda sambil snap snap. Tetiba teringat Akademi Brighter Brain. Apakata kita terjah sat. Hehehe. Saja buat surprise. Snap snap sambil borak borak ngan staf dia. Leh tahan juga tempat dan fasiliti dia. Memang terbaeekkk!!!! Keluar. Lepak kat Billion sementara mama meronda lagi. Setel. Balik. Sempat nyinggah Fresh Mart yang juga kawasan panas. Jem beb. Layan aje ler. Petangnya gi jumpa Pak Lang lagi dengan Pakcik, Paksu dan Iqi. Sempat nyinggah Buhari's on the way back.

Baling 1440 : All is here!

Imej
Baling 1440 : All is here! Iftar petang ni gamat sikit. Semua dah sampai. Penuh rumah tok wan petang ni. Meriah. Sampai tak tau nak susun macam mana.

Baling 1440 : Madu Kelulut & Tualang Fitri

Imej
Baling 1440 : Madu Kelulut & Tualang Fitri. Pakcik bawak gi jumpa Pak Lang kat kampung bandar. Tengokkan kaki jap. Balik. Singgah rumah Fitri kat tanjung pari. Fitri ni dia buat madu kelulut dan tualang. Borak sikit. Beli sebotol besar. Sempat dibawa meronda nengokkan sarang kelulut ni. Memang best. Tak lupa juga air tebu.

Baling 1440 : Pekan Ahad

Imej
Baling 1440 : Pekan Ahad. Satu kemestian sekiranya cuti jatuh pada hari Ahad. Marbeles beb. Park macam biasa belakang stesen bas sebelah yeok chee. Menapak sikit. Sempat gi cari jersi gitu. Kekeke. Mama sempat tapau ikan masin dan belacan. Layan.

Baling 1440 : Dusun Mak

Imej
Baling 1440 : Dusun Mak. Singgah di Dusun Mak. Banyak derian kat pokok. Yang ni paling banyak nostalgia. Bukak sama dengan arwah Pak Long dulu. Dusun ni jugak nanti yang first akan dibuat ecotourism, masuk; makan sampai puas. Layan.

Baling 1440 : Rimba Cafe Kuala Kedua

Imej
Baling 1440 : Rimba Cafe Kuala Kedua. Selesai kat legong kami gerak keluar. On the way back kami singgah jap kat sini. Nak makan makanan kampung sambil berendam dalam sungai. Di sinilah tempatnya. Makanan disediakan ikut set. Better booking dulu sebelum datang supaya lebih lancar. Cuma masa bulan puasa ni dia tak beroperasi. Raya keempat baru mula semula. Kena return balik ni. Jom! TQ Alina sudi assist kami sepanjang di sini.

Baling 1440 : Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling

Imej
Baling 1440 : Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling. Kami bergerak ke Air Panas Ulu Legong pula. Perjalanan terbaeekkk!!!! Masuk dan snap snap picas dan video. Puas la merakam dari hujung ke hujung. Terima kasih pada pihak pengurusan yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang kami berada di sini. Persoalan yang nyata terjawab, memang kolam sentiasa dicuci. Terbaeekkk!!!!

Baling 1440 : Dusun Abah, Bongor

Imej
Baling 1440 : Dusun Abah, Bongor. Kami sambung meronda lagi pagi ni. Terus ke Dusun Abah kat Bongor. Bakal nak dijadikan projek ecotourism. Makan sampai puas. Nampak derian dah bertaburan kat atas pokok. Tangkai Panjang, D29, Batil Emas. Rambutan pun sama ni. Hmmm. Macam takde rezeki jugak kali ni. Rasa-rasa Julai baru luruh ni. Meronda. Memvideo. Layan.

Baling 1440 : Pendakian Gunung Baling

Imej
Baling 1440 : Pendakian Gunung Baling. Sesi meronda tempat menarik di Baling dimulakan. Pagi ni kami meronda kejap di Pendakian Gunung Baling. Ni adalah tempat mula untuk siri pendakian. Ada Malim Gunung disediakan. Cuma. Buat masa ni masih ditutup selepas kejadian Gunung Baling terbakar tempoh hari gara-gara puntung rokok yang ditinggalkan oleh pendaki. Bayaran yang dikenakan adalah RM100 bagi kumpulan 4 orang, 5 hingga 8 orang dikenakan RM20 seorang manakala kumpulan melebihi 9 orang dikenakan bayaran RM15 seorang. Apapun. Harap ianya akan beroperasi seperti biasa dalam masa terdekat. InsyaAllah.

Baling 1440 : All Here!

Imej
Baling 1440 : All Here! Pagi ni mak yang sampai. Semua dah ada kat Baling. Meriah la berbuka petang ni kan. Sempat merakamkan gunung baling yang masih tebal kabusnya.

Baling 1440 : Iftar

Imej
Baling 1440 : Iftar. Semakin ramai ahli berbuka. Siap main lego dulu sebelum berbuka. Dah hampir penuh ruang makan. Makan Nasi Ayam Nepal kata mak ngah. Kekeke. Yang penting, memang best. Apapun. Kita tunggu petang esok. Harus penuh ruang makan dengan kehadiran semua ahli keluarga.

Baling 1440 : Homestay Abah

Imej
Baling 1440 : Homestay Abah. Sempat merakamkan foto-foto Homestay Abah. Dedua. Dan update pages dan web. Nampaknya setiap kali update memang bulan Jun. Hehehe.

Baling 1440 : Meronda Pekan

Imej
Baling 1440 : Meronda Pekan. Target hari ni membeli belah kat Long Wan. Boleh tahan juga orang hari ni, Sib baik dapat parking kat depan. Meronda kawasan berdekatan untuk snap snap. Singgah jap kedai semekum kat pekan. Dapat la snap snap lagi. Layan.