mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label TAHUN 2016. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAHUN 2016. Papar semua catatan

Khamis, 19 November 2015

UCAPAN BAJET NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM TAHUN 2016 - INKLUSIF, LESTARI DAN SEJAHTERA UNTUK JOHOR

UCAPAN BAJET NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM TAHUN 2016 - INKLUSIF, LESTARI DAN SEJAHTERA UNTUK JOHOR

UCAPAN BAJET NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM TAHUN 2016 - INKLUSIF, LESTARI DAN SEJAHTERA UNTUK JOHOR

OLEH:
YANG AMAT BERHORMAT DATO’ MOHAMED KHALED BIN NORDIN
MENTERI BESAR JOHOR

PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
BERTARIKH 19 NOVEMBER 2015

PEMBUKAAN

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, izinkan saya membentangkan kepada Dewan yang Mulia ini, cadangan Belanjawan Negeri Johor bagi tahun 2016.

Terlebih dahulu saya merafakkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana berpeluang untuk sekali lagi membentangkan Bajet bagi negeri Johor.

Kita sedia maklum, Bajet adalah pembentangan rancangan pembangunan, pengurusan dan penambahbaikan oleh Kerajaan Negeri bagi tahun mendatang.

Bagi tahun ini, selain menjadi panduan pembangunan dan pengurusan, Bajet Johor 2016 ini telah dirangka dan disusun dengan beberapa keutamaan.

Pertama, ia adalah pelan terancang untuk mengangkat kesejahteraan rakyat Johor pada tahap yang lebih baik. Kesejahteraan yang seiring dengan kepesatan pembangunan dan pemodenan yang kita kecapi. Kesejahteraan yang akan menjadikan kita sebuah masyarakat yang lebih baik,  bersatu padu, madani dan berbudaya tinggi.

Kedua, Bajet 2016 ini adalah manifestasi pengiktirafan Kerajaan Negeri di atas segala kerja keras, pengorbanan dan sokongan rakyat Johor selama ini. Kerja keras dan sokongan yang tidak berbelah bahagi inilah yang telah banyak menyumbang kepada Johor yang semakin membangun, berdaya saing dan sejahtera.

Ketiga, Bajet 2016 adalah sebahagian daripada perancangan jangka masa panjang Johor untuk beralih dari sebuah negeri berpendapatan sederhana kepada sebuah ekonomi berkesejahteraan. Dari sebuah ekonomi material yang membangun kepada sebuah kuasa ekonomi yang inklusif, melangkaui unjuran dan perkiraan KDNK semata-mata.

Dan keempat, Bajet 2016 adalah landasan menyerlahkan lagi budaya muafakat Johor. Kemuafakatan yang mengizinkan kebersamaan dalam perbezaan pada tahap tertinggi. Agar kesepaduan erat masyarakat Johor yang majmuk ini, menjadi kekuatan yang mampu melonjak pembangunan negeri ini.

Selasa, 13 Oktober 2015

SISTEM PERMOHONAN ATAS TALIAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2016, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SISTEM PERMOHONAN ATAS TALIAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2016, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Sukacita di maklumkan bahawa Sistem Permohonan Atas Talian ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2016, Kementerian Pendidikan Malaysia akan di buka mulai 15 Oktober - 15 November 2015. Sila klik url berikut :




Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Rabu, 19 Ogos 2015

PENANGGUHAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI SYARAT WAJIB LULUS DAN PEPERIKSAAN PUSAT AMALI SAINS BAGI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2016

PENANGGUHAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI SYARAT WAJIB LULUS DAN PEPERIKSAAN PUSAT AMALI SAINS BAGI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2016


KENYATAAN MEDIA
  
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib lulus dan Peperiksaan Pusat Amali Sains bakal dilaksanakan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai Tahun 2016. Pelaksanaan tersebut bertujuan melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan.

Penangguhan bagi syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris ini dilakukan untuk memberi ruang dan peluang kepada guru, murid serta pihak berkaitan dalam membuat persediaan yang lebih rapi.

Penangguhan Peperiksaan Pusat Amali Sains mata pelajaran Physics (Kod 4531), Chemistry (Kod 4541), Biology (Kod 4551) dan Additional Science (Kod 4561) pula bertujuan untuk memastikan fasiliti dan kelengkapan bilik makmal sains sekolah di seluruh negara mencapai piawai yang ditetapkan sebelum peperiksaan tersebut dilaksanakan.

Kementerian Pendidikan Malaysia berharap agar semua pihak yang berkaitan mengambil maklum berkenaan penangguhan ini.  

Lembaga Peperiksaan Kementerian
Pendidikan Malaysia  
Ogos 2015 

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free