Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bertambah

BN Kekalkan Kerusi N01 DUN Pengkalan Kubor Dengan Majoriti Bertambah

Imej
BN Kekalkan Kerusi N01 DUN Pengkalan Kubor Dengan Majoriti Bertambah. Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Tumpat, Kelantan dengan majoriti 2,625 undi. PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary. Jumlah mengundi : 17,555 (73%) Undi Rosak : 230 Majoriti : 2,625 PRK itu diadakan susulan kematian wakil rakyat DUN itu daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas. Pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!