mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label taman nusantara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label taman nusantara. Papar semua catatan

Jumaat, 21 April 2017

Yok jenjalan : Southern Launderette, Taman Nusantara


Yok jenjalan : Southern Launderette, Taman Nusantara. Pagi tadi nyinggah dobi. Hujan sepagian. Just nak gi keringkan baju aje. Basic RM4. Tapi. Sebab nak pastikan betul-betul kering, dan baju pun dah over garis RM4 tu. Tambah RM2 untuk tambahan 10 minit. Quite cozy la tempat dia. Wifi semua ok.

Sabtu, 4 Mac 2017

Iqi Haircut @ Ravi's Barber


Iqi Haircut @ Ravi's Barber. Petang semalam. Singgah barber. Macam biasa. Iqi's turn. Dah makin seronok si iqi gunting rambut sekarang ni.

Rabu, 1 Jun 2016

Iftar @ Barami Seafood, Taman Nusantara

Iftar @ Barami Seafood, Taman Nusantara

Iftar @ Barami Seafood, Taman Nusantara. Ni masih senin lepas punya cerita.Kalau ikutkan, aku nak berbuka di Medan Selera Mydin. Nak makan Yee Mee. Sekali. Tutup untuk renpvate lah pulops. Ahh sudah. Belanja bulan je dulu cam biasa. Pastu beli wafel kat Daily Fresh. Masuk je kereta dah Azan. Makan jap wafel tu sambil dok mikir nak berbuka kat mana. Mulanya nak ke Tajri. Sekali lalu kat area Maybank. Terbuka minda untuk ronda ronda area ni. Awalnya berenti depan chicken chop. Lupa pulak nama kedai dia. Tapi orang punya la ramai. Aku cadang ke seafood ni. Yang selang 5-6 kedai dari chicken chop tu. Masuk. Mulanya nak order biasa biasa. Sekali adik inaz nak tomyam dan of coz siakap tiga rasa dia. Dah sudah. Lain pulak jadinya. Hehehe. Makan aje ler. Secara keseluruhan memang OK kedai ni. Siakap dia marbeles. RM70. Standard la harga tu. Siap bungkus sate untuk yang berada kat rumah. Sate dia aku baru makan semalam. Balik. Cam biasa lepas isya' aku akan tido. Lupa semuanya.

Khamis, 10 Mac 2016

Perjumpaan Pertama Tadika SRI Al Azhar, Taman Nusantara

Perjumpaan Pertama Tadika SRI Al Azhar, Taman Nusantara

Perjumpaan Pertama Tadika SRI Al Azhar, Taman Nusantara. Pagi ni masuk lewat sikit ke opis. Gerak ke tadika iqi dulu. Ada perjumpaan antara guru dan ibu bapa. OK. Kata cikgu Maria, cikgu iqi. Budaknya cepat tangkap, laju, pintar. Tanya dia. Noti tak? Tak. Baik budaknya. Ehehehe. Ok ler tu.

Khamis, 19 November 2015

Sate Ikan @Pasar Tani Taman Nusantara 20151119

Sate Ikan @Pasar Tani Taman Nusantara 20151119

Sate Ikan @Pasar Tani Taman Nusantara 20151119. Ini hari ada dua gerai baru yang aku detect. Selain Uncle Bob Fried Chicken, yang mama pun terkejut nengok drumstick beso aku beli untuk ziqri; sate ikan ni satu kelainan la kan. Rasa dia. OK ler. Dah buka baru aku rasa. Tokleh lawan rasa masa panas panas la kan. Tapi quite OK la. Kalau balik baling memang aku cari ja mender alah ni.

Jumaat, 30 Oktober 2015

Sarap Nasi Lemak Singgit Taman Nusantara


Sarap Nasi Lemak Singgit Taman Nusantara. Lepak jap sini. Layan nasi lemak singgit. Cam biasa. Datang la around 9.00 am. Datang awal lum buka.

Sabtu, 24 Oktober 2015

Teh Tarik Gelang Patah Sarap Experience

Teh Tarik Gelang Patah Sarap Experience

Teh Tarik Gelang Patah Sarap Experience. Pagi ni sarap jap ngan mama kat sini. Biasa biasa aje. Mama kata tak kena ngan taste dia. Aku? Biasa biasa aje. Aku pekena roti tampal, mama makan mee soto. Lokasi korang leh waze for Teh Tarik Gelang Patah.

Jumaat, 23 Oktober 2015

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Taman Nusantara

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Taman Nusantara

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Taman Nusantara. Singgah jap. Tapau untuk berbuka. Biasa-biasa aje. Alhamdulillah. RM5 for 1.

Sabtu, 17 Oktober 2015

Jenjalan Cari Makan di Taman Nusantara

Jenjalan Cari Makan di Taman Nusantara

Jenjalan Cari Makan di Taman Nusantara. Jenjalan jap pagi ni. Gi napau sarap. Gerai pertama dari simpang nak masuk ke Taman Nusantara. Tapi. Jangan gi awal. Sebab gerai ni buka mula jam 9 pagi. Sampai awal. Ngam. Masih penuh ngan aneka pilihan. Layankan aje.

Rabu, 23 September 2015

Fiqri ke Klinik 1Malaysia Taman Nusantara

Fiqri ke Klinik 1Malaysia Taman Nusantara. Nak gamble time time nak raya ni tak berapa best. Semalam bawak dia ke Klinik 1Malaysia. Jamin bukak punya. Demam. Dah semalaman merengek ja. Campur semalam, dah dua malam. Semoga cepat sembuh ye nak. Tak sempat nak ngambik gambo pun. Tinggal mama kat depan. Aku gi cari parking. Masuk dah setel dah pun. Aku sorang jer kot kat dalam tu, Parking penuh pasal ni kawasan flat nusantara.



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ahad, 6 September 2015

Studygroup Iqa @Taman Nusantara


Studygroup Iqa @Taman Nusantara. Semalam lebih panjang masanya. Pagi seawal jam 8 sampai jam 12.30 tengahari. Sambung pulak kat rumah najwa sampai jam 5.30 petang. Hope for the best!

Khamis, 13 Ogos 2015

Char Koey Teow Coconut Shake Pasar Tani Taman Nusantara


Char Koey Teow Coconut Shake Pasar Tani Taman Nusantara. Lama tak pekena. Adik Inaz yang bebetul nak sangat tadi. OK ler kot. Sepanjang puasa diaorang tutup. Layan ajer ler. Char Koey Teow Kerang for RM4.50 each dan Coconut Shake for RM2.50 each. Masyukkk!!!

Sabtu, 8 Ogos 2015

Klinik 1Malaysia Taman Nusantara First Visit


Klinik 1Malaysia Taman Nusantara First Visit. Balik ja dari sesi mencari ikan laga, mama cakap Fiqri makin panas ni. Ingat pulak klinik banyak yang tutup hari ni; hasil ronda satu gelang patah cari ikan tadi. Takpe la. Jalan aje la. Nengok untung nasib.

Sekali sampai kat lampu trafik taman nusantara tu, terpandang satu papantanda yang memang selalu pun aku nengok, tapi tak pernah gi. Apa kata kita try gi situ. Boleh jugak kata mama. Terus belok walau diri sendiri pun tak tau di mana letaknya klinik ni. Sekali sampai simpang empat depan flat, signboard dah arah masuk ke flat. Bio betui. Sekali memang betui. Letaknya kat tingkat paling bawah flat taman nusantara tu.

Tempatnya ok. Orang pun tak berapa ramai. OK la untuk sakit sakit ringan kan. Bukak setiap hari dari jam 10 pagi sampai 10 malam. Tahniah. Jap ja setel. TQVM.

Yok Raya Johor 2015 : Cik Juliana


Yok Raya Johor 2015 : Cik Juliana. Khas untuk rakan-rakan sekelas 6A iqa. Cuma iqa yang datang lambat sebab mama pun nak beraya sekali dengan ex rakannya dulu.

Jumaat, 7 Ogos 2015

Yok Raya Johor 2015 : Cikgu Diyana


Yok Raya Johor 2015 : Cikgu Diyana. Raya lagi kat Johor ni yer. Sebulan beraya ja. Layan aje ler.

Sabtu, 25 Julai 2015

Yok Raya Johor 2015 : Cikgu Farhana


Yok Raya Johor 2015 : Cikgu Farhana. Semalam, sebelah malam; pakat gi rumah cikgu farhana kat taman nusantara. Ramai orang. Selamat Hari Raya. Sempat bergambar bersama ex student. Singgah isi minyak kat petron masa balik.

Jumaat, 5 Jun 2015

Nasi Goreng Tajri suatu kelainan baharu


Nasi Goreng Tajri suatu kelainan baharu. Actually dah lama tak makan luar bersama keluarga cenggini. Dan dah lama tak minta makanan berbeza. Semalam saja mintak menu. Dan ni ler yang aku rasa aku nak test. Nasi goreng biasa dicampur telur cincang dan bersama ayam, sotong serta udang yang digoreng kunyit. Leh tahan. Order siakap tiga rasa kecil, tapi yang datang... besar. Tomyam campur. Mee goreng mamak. Milo 4 termasuk satu ditabur, satu panas. dan Limau ais. Harga... Tak cecah RM70. OK ler tu kan.

Khamis, 14 Mei 2015

Pizza Hut Delivery Gelang Patah


Pizza Hut Delivery Gelang Patah. Yeay! Dah bukak dah cawangan baru pizza hut di gelang patah. Letaknya di kawasan baru taman nusantara. Area Maybank. Quite cozy. Tapi bagi aku memang lebih mudah order kot. Pasal lepak nunggu kat rumah lebih best dari lepak nunggu kat sini. Ekekeke.

Isnin, 20 April 2015

Burger Nusantara late checkout


Burger Nusantara late checkout. Last of today. Hari ni jadi a bit tiring, sebab banyak benda yang luar jangka. Benda rutin, tapi aku sendiri terlupa. Iaitu tuisyen malam iqa. Petang kena amik dari sekolah. 8 dah patut ada balik kat sekolah. So, a bit terkejo la. Maybe sebab aku agak banyak outstation sebulan dua ni, jadi aku terlepas pandang bab ni. Tu ler, asyik kuar jer. Kan dah terlupa. Masa amik dia around 9.30 tu sebenonya aku dah mula lapo balik. Sekali dia pun kata lapo. Apo laie. Yok ke gerai burger nusantara depan maybank nu ha. Layan ajer ler. Sambil nunggu burger sempat layan kuciang gitu. Wakakaka

Rabu, 10 Disember 2014

4 must visit food stall in Taman Nusantara


4 must visit food stall in Taman Nusantara. Ni beberapa gerai wajib lawat kalau gi Taman Nusantara area Maybank. Jom kita layan.