Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2019

Permohonan Geran Penubuhan TASKA di Tempat Kerja Bagi Tahun 2020

Imej
Permohonan Geran Penubuhan TASKA di Tempat Kerja Bagi Tahun 2020. Menteri Kewangan dalam Ucapan Bajet 2019 telah mengumumkan peruntukan RM10 juta disediakan untuk menambah 50 buah TASKA baharu di bangunan Kerajaan. Lanjutan dari itu, Kerajaan meningkatkan peruntukan kepada RM30 juta untuk menyediakan lebih banyak lagi TASKA terutamanya di hospital dan sekolah pada tahun 2020. Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan asuhan gantian kepada kanak-kanak di bawah umur empat tahun dan membantu meringankan bebanan wanita bekerja pada masa yang sama menggalakkan mereka menghantar anak ke TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Penubuhan TASKA di Tempat Kerja dapat menggalakkan wanita berkeluarga bekerja dan menyumbang tenaga serta kemahiran secara produktif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara.  Berikut adalah panduan dan borang yang menjelaskan peraturan-peraturan permohonan geran penubuhan bagi pejabat-pejabat agensi kerajaan yang men

TAWARAN BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Imej
TAWARAN BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN. Permohonan akan dibuka secara atas talian mulai Jumaat, 10 Januari 2020 sehingga Jumaat, 31 Januari 2020 melalui sistem ePenawaran di url https://epenawaran.moe.gov.my . Maklumat lanjut sila klik untuk  muat turun dokumen . --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Jenjalan Cari Makan : Pizza Hut Capital City

Imej
Jenjalan Cari Makan : Pizza Hut Capital City. Bila dah nama dia naik kereta api keliling aras bawah Capital City, harus la nampak kepelbagaian kedai yang masih ada kat sini. Terus diajak makan lewat petang kat Pizza. Layankan aje la kan. Hadiah sunat iqi dan bakal besday boy esok katanya. Masuk. Lain betul pizza hut sini. Nampak lebih mantop berbanding yang biasa kami masuk. Yummy. Siap pakai line tenet dia macam biasa. Bukannya apa. Just nak tengok berapa kelajuan yang dibagi. And. Sampai ke sudah aku tak connect pun. Kakaka. Cukup 4 jam 44 minit kami merayau kat sini hari ni. Balik. Kena singgah Angsana la pulak. ada lagi kelengkapan sekolah dicukupkan. Penat lepak kat medan selera aras atas dan sambung lepak lagi sebelah spiderman. Sampai rumah layankan si Leman pulak. Sian. Sampai gitu tido dia nunggukan kami.

Jenjalan Cari Makan : Mat Corner, BBU

Imej
Jenjalan Cari Makan : Mat Corner, BBU. Paginya ke SMK Gelang Patah. Uruskan pembelian barangan keperluan di Koperasi SMK Gelang Patah yang baru mula beroperasi hari ni. Selesai kejap aje walaupun orang ramai yang hadir. Tahniah. Memang cekap team koperasi ni. Terus gerak ke BBU untuk sarapan. Mana lagi kalau bukan ke Mat Corner. Lama tak layan nasi ambeng special dia sekeluarga. Bukan senang nak dapat peluang gini. Alhamdulillah.

Ip Man 4 : The Finale

Imej
Ip Man 4 : The Finale. At last. Ip Man movie series dah sampai ke penghujung. Lepas ni dah takde lagi Donnie Yen sebagai Ip Man. Setakat ni Donnie Yen yang paling terkesan memegang watak sebagai Ip Man. Sebut Ip Man harus Donnie Yen yang kita terbayang. Penutup cerita ni bagi aku ok la. Ip Man tahu dia dah tak panjang umur setelah doktor mengesahkan dia mengidap kanser. Dia terima jemputan Bruce Lee ke US semata-mata nak carikan tempat yang lebih baik untuk anaknya Ip Jin. Ketika di US baharu dia sedar dia layan Ip Jin dengan salah dan US bukan tempat terbaik untuknya. Sekali tengok macam sisi yang lain bagi cerita Dragon : A Bruce Lee Story. Kisah pasal Persatuan Kung Fu yang tak bersetuju dengan kaedah Bruce Lee membuka peluang pada bukan cina belajar seni mempertahankan diri. Keterbukaan Bruce Lee membawa kepada persengketaan antara tentera dengan persatuan. Memang terasa balik keseronokan bila tengok last fight dia dengan pegawai tentera tu. Ending digarap dengan baik yang mana

Selamat Hari Krismas 2019

Imej
Selamat Hari Krismas 2019 pada semua pengunjung blog terutama bagi yang beragama Kristian. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Leman Miko : Kena sakat

Imej
Leman Miko : Kena sakat. Abis la. Dedua kena sakat. Si Tumirin depan pintu. Menggediks. Si Leman lepak kat dalam. Dah kena main dengan lego si ici. Bengkerk je muka dia. Siap buat photoshoot pulak tu. Kekeke.

Jom Jenjalan : Beletime Danga Bay

Imej
Jom Jenjalan : Beletime Danga Bay. Singgah jap tempat baharu ni. Dekat Country Garden. Baru buka 13 Disember yang lepas. Cuma. Dia baru buka 1 aras aje. Aras bawah. Aras 2 ada panggung. Ada filem tamil beb kat sini. Layan aje la kebudaks ni meronda. Sekali tawaf aje dah sampai tempat mula balik. Kekeke. Kena tunggu buka penuh baru best kot gamaknya.

Jenjalan Cari Makan : Late lunch @ Selera Johor

Imej
Jenjalan Cari Makan : Late lunch @ Selera Johor. Singgah sini setelah selesai semua urusan pembelian kelengkapan di koperasi-koperasi. Nice. Test nasi padang sebab terliur pulak nengok daging dia. Yang lain makan kacang pool, yee mee dan asam pedas. Sempat singgah cepat trading tambah order baju korporat untuk tahun depan. Dah jadi baju rasmi setiap Ahad dan majlis kat luar kena la tambah kan. sesambil nengokkan baju denim yang jadi idaman sejak dulu.

Persediaan Sekolah 2020 : Bayaran kelengkapan

Imej
Persediaan Sekolah 2020 : Bayaran kelengkapan. Orang lain semua dah nak naik cuti, aku baru nak mula cuti. Memang lain betul tahun ni. Nak buat macam mana kan. Dengan ngurus iqi, dengan kerja baharu. Yang penting, masih ada masa untuk menguruskan keperluan kebudaks ni semua. Hari ni last bayaran untuk ici, iqi baru bermula, iqa dah lama mula manakala angah, khamis ni baru mula. Selesaikan dulu yang boleh. Gerak ke tadika ici dulu. Seterusnya ke sekolah iqi. Orang macam biasa pack. Memang banyak habiskan masa di sini. Daripada iqa sampaila ke iqi, memang tak pernah amik masa yang sekejap kat sini. Hehehe. Selesai kat sini terus gerak ke STF. Setel 3 orang. Tinggal angah aje belum. Layan.

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bilangan 4 Tahun 2019

Imej
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bilangan 4 Tahun 2019. Alhamdulillah. Selesai mesyuarat besar pertama diurusetiakan oleh kami. Berkampung kat sini sejak hari Sabtu. Memang all out habis untuk merealisasikan event besar ni. Terima kasih banyak pada team Kulai yang banyak membantu menjayakan program ini. Memang terbaeekkk!!!! Yang tak best bagi aku adalah kaki aku memang tak leh move on dah nak masuk hari kedua. 2 pagi dah terpaksa merayau cari klinik. Sib baik ada klinik penawar 24 jam kat pekan. Urat keting dah bengkak. Apa boleh buat. Layan aje la. Doktor siap soh balik berehat aje. Hurrrmmm..

Jenjalan Cari Makan : Restoran Dulang Ayan

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Dulang Ayan. Dua hari kami makan malam kat sini. Memang marbeles. Malam pertama order alakat. Mee Goreng, sup daging pedas sama nasi, megi goreng. Malam kedua enjoy sikit. Tomyam, siakap tiga rasa, ayam black pepper. Memang terbaeekkk!!!! aahh! Recommended!

Jom Jenjalan : Hotel Impiana Senai

Imej
Jom Jenjalan : Hotel Impiana Senai. Recommended. Memang terbaeekkk!!!! hotel bertaraf 4 bintang ni. Duduk di sini dua malam. Harga pun OK. Layan pool bersama kebudaks. Hari pertama aku join. Hari kedua dah mula sengal. Lepak tepi aje. Layanan best. Kedai makan keliling hotel ja. Tempat parking ada dan memudahkan. Lif terus sampai ke basement. Enjoice.

Haircut @ MTK Sathiya Barber Shop

Imej
Haircut @ MTK Sathiya Barber Shop. Awal pagi dah lepak kat sini. Kami yang pertama sampai. Suka tul si iqi dan ici. Sementara nunggu aku setel, suku balang cekelat deme abiskan. Haiissshhh.

Leman Miko : Kena Mandi

Imej
Leman Miko : Kena Mandi. Haaa. Kan dah kena mandi. Merayap ja keliling kampung cari aweks ye. Dah busuk masam. Tak puas hati la tu muka dia tu. Keluar. Nampak lak si Tumirin melingko je. Menyirap ja rasa di hati. Kakaka.

Jenjalan Cari Makan : Makan Spot, KIP Mall Tampoi

Imej
Jenjalan Cari Makan : Makan Spot, KIP Mall Tampoi. Nganto Iqa gi Paradigm ngan kengkawan dia. Kami. Patah balik ke KIP Mall Tampoi. Ngambik baju KRS kat Outpost. Apa lagi. Singgah Restoran Masakan Panas Asia kat Makan Spot. Nasi Ayam last dapat kat pelanggan depan kami. Huhuhu. Order Nasi Goreng Tomyam dan Mee Goreng spesel. Memang terbaeekkk!!!! Ici suka tul. Balik. Sempat singgah Mydin beli barangan keperluan.

Hotel Impiana Senai : Lawatan Tapak

Imej
Hotel Impiana Senai : Lawatan Tapak. Singgah untuk perbincangan dan melihat fasiliti yang ada di sini. Alhamdulillah. Semuanya lengkap. Parking cukup. Surau ada. Internet laju. Mantap. TQ pada Alin yang banyak membantu kami sepanjang kami berada di sini. Satu-satu kita perhalusi.

ASB 2019 : Agihan pendapatan, bonus 5.5 sen

Imej
ASB 2019 : Agihan pendapatan, bonus 5.5 sen. Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ini. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Semakan tawaran kemasukan murid ke Tingkatan Satu di Sekolah Berasrama Penuh tahun 2020

Imej
Semakan tawaran kemasukan murid ke Tingkatan Satu di Sekolah Berasrama Penuh tahun 2020 akan dibuka pada 18 Disember 2019 bermula jam 3.00 petang hingga 7 Januari 2020. Sila layari laman web KPM di https://sst1.moe.gov.my/ --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Men at work

Imej
Men at work. Sepanjang minggu yang agak penuh. Taklimat. Hands-on. Perbincangan. Sempat jugak setting anycast kat bilik bengkel. Ubah sikit stail pembentangan.