Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Raja Puan Muda Mangkat

Raja Puan Muda Mangkat : Kedah Berkabung Tujuh Hari

Imej
Raja Puan Muda Mangkat : Kedah Berkabung Tujuh Hari Kedah akan berkabung selama tujuh hari bermula Isnin sehingga 27 Sept berikutan kemangkatan Raja Puan Muda Tunku Hajjah Raudzah binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, 86, pada 10.15 pagi tadi. Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang membuat pengisytiharan kemangkatan itu di Wisma Darulaman berkata, Tunku Hajjah Raudzah mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah akibat gering. "Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya mengucapkan takziah kepada Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah, Raja Muda Kedah serta seluruh Kerabat DiRaja," katanya pada sidang media di sini. Beliau berkata, jenazah Tunku Hajah Raudzah akan disembahyangkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit pada 3 petang ini dan disemayamkan untuk penghormatan terakhir di tempat yang sama mulai 4 petang hingga 5 petang. Jenazah Raja Puan Muda Kedah itu kemudiannya akan dimakamkan di Makam DiRaja Langgar pada jam 6 petang