Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 23 April lihat anak bulan Ramadan 2020

23 April lihat anak bulan Ramadan 2020

Imej
23 April lihat anak bulan Ramadan 2020. Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia adalah pada Khamis, 23 April ini bersamaan 29 Syaaban 1441 Hijrah. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan di sini, hari ini menyatakan tempat melihat anak bulan Ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan di 15 kawasan terpilih. Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak). Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Menara Alor Setar (Kedah); Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu); Menara Bangunan SEDC di Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu (Kelantan). Teluk Bandung, Kuching (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah)