The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Larangan Berbisik
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Larangan Berbisik عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كُنْتُمْ ثَلاَثَةً فَلاَ يَتَنَاجَى رَجُلاَنِ دُونَ الآخَرِ حَتَّى تَخْتَلِطُوا بِالنَّاسِ أَجْلَ أَنْ يُحْزِنَهُ Daripada Abdullah RA, Rasulullah SAW bersabda : Jika kamu bertiga, maka janganlah dua orang berbisik antara keduanya tanpa menyertakan orang yang ketiga, hingga kamu melibatkan dengan manusia lain (orang yang ketiga). Kerana (perkara) itu boleh membuatnya sedih (menyinggung perasaannya). (HR Bukhari No: 6290) Status : Hadis Sahih Pengajaran : 1. Islam sangat mengambil berat dalam hal adab menjaga keharmonian masyarakat. 2. Rasulullah SAW melarang kita berbisik berdua sedangkan pada masa tersebut ada orang lain di sisi kita hingga mendatangkan kesedihan kepadanya. Sikap ini akan melahirkan perasaan negatif, menimbulkan perasangka buruk serta bibit kebencian yang mengeruhkan perhubungan. 3. Firman Allah