mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label sehati sejiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sehati sejiwa. Papar semua catatan

Sabtu, 20 Ogos 2016

Sehati Sejiwa Bulan Ulangtahun Kemerdekaan ke-59


Sehati Sejiwa Bulan Ulangtahun Kemerdekaan ke-59. Bersama kita memupuk semangat patriotisme dan bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia. Merdeka!

Selasa, 21 Jun 2016

Sehati Sejiwa kekal Tema Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2016

Sehati Sejiwa kekal Tema Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2016

Sehati Sejiwa kekal Tema Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2016. Tema 'Sehati Sejiwa' pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015, dikekalkan sebagai tema sambutan pada tahun ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 di Angkasapuri, hari ini.

Salleh berkata tema berkenaan mampu meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia berdasarkan kepada penerimaan dan penglibatan rakyat dalam program-program sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang lalu.

"Tema, logo dan lagu sambutan juga masih dikekalkan untuk tahun ini dan turut dikekalkan adalah penggunaan nama 'Hari Kebangsaan' sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan," katanya.

Antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober nanti termasuk program MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 2016.

Dalam pada itu, Salleh berkata penganjuran hari kebangsaan bukan semata-mata milik kerajaan yang memerintah sahaja tetapi sebaliknya semua pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan dan badan korporat perlu bersama memainkan peranan dalam menganjurkan hari kemerdekaan.

"Konsep hari kemerdekaan itu adalah hari milik kita bersama, dan untuk itu semua pihak perlu melibatkan diri," katanya.

Katanya, sambutan itu perlu ditekankan semua pihak kerana dikhuatiri wujud persaingan iaitu pendekatan ke arah pengaruh perasaan globalisasi terhadap semangat nasionalisme ekoran kemajuan dunia teknologi tanpa sempadan.

"Kerana kita berhadapan dengan dunia digital iaitu kadang-kadang kita rasakan kita tidak lagi ada sebuah negara tapi sedangkan kita memiliki negara yang merdeka, ini yang harus kita tanamkan khususnya kepada generasi muda.

"Jangan nanti nasionalisme global itu melunturkan perasaan kita yang cinta kepada hari kebangsaan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata penting untuk semua rakyat bersyukur dengan keamanan yang dikecapi pada hari ini dan sehubungan itu rakyat perlu terus bersatu padu membangunkan negara.

Katanya, dalam konteks bersatu padu itu tidak semestinya rakyat mempunyai pandangan sama dalam soal kepartian dan politik tetapi perkara yang lebih penting adalah bersatu padu untuk menentukan agar negara aman damai dan stabil.

-- BERNAMA

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Rabu, 5 Ogos 2015

Mencari Keberkatan menerusi Doa untuk Malaysia

Mencari Keberkatan menerusi Doa untuk Malaysia


Doa untuk Malaysia (Pray for Malaysia) sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2015 akan dijalankan mengikut tentatif berikut, semua dijemput Hadir :

Tarikh : 15 Ogos 2015 (Sabtu)
Masa : 7.00 Malam
Tempat : Dataran Merdeka Kuala Lumpur

‪#‎DoaUntukMalaysia‬ ‪#‎SehatiSejiwa‬