mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Logo baharu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Logo baharu. Papar semua catatan

Jumaat, 16 September 2016

Logo baharu, lagu rasmi Harimau Malaysia diperkenal


Logo baharu, lagu rasmi Harimau Malaysia diperkenal. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi memperkenalkan logo baharu skuad kebangsaan 'Harimau Malaysia' sempena perlawanan amal Hari Malaysia 2016 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, dekat sini, hari ini.

Logo ciptaan Muhammad Amzar Mohamed, 22, menjadi pilihan 20,000 peminat yang membuat undian dalam talian daripada 2,000 penyertaan yang diterima bagi peraduan anjuran FAM itu. Muhammad Amzar, berasal dari Subang Jaya, Selangor, adalah pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Puncak Alam, Selangor. Perlawanan amal antara Dugong All Stars menentang Pilihan Harimau Malaysia itu disaksikan oleh 20,000 penonton. Pilihan Harimau Malaysia memenangi perlawanan itu dengan keputusan 3-1.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Affandi Hamzah, berkata logo itu juga akan digunakan dalam penghasilan produk atau barangan yang akan dikeluarkan khususnya yang berkaitan dengan pasukan kebangsaan termasuk jersi pasukan. "Kita harap melalui penjenamaan semula ini, ia akan memberi kebaikan kepada pasukan kebangsaan," katanya.

Pada majlis sama, lagu rasmi Harimau Malaysia berjudul 'Laungkanlah' turut secara rasmi diperdengarkan kepada umum dan lagu itu akan dimainkan secara ekslusif di stesen radio ERA fm selama sebulan. Selain itu, lagu berkenaan juga akan dijadikan lagu pemangkin semangat setiap kali pasukan Harimau Malaysia turun beraksi. Logo rekaan Muhammad Amzar telah mendapat undian tertinggi dalam undian awam yang dibuat dalam talian selama 13 hari dari 22 Mac hingga 3 April lalu dalam kalangan lima logo terbaik yang dipilih panel penilai profesional pada 8 Mac lalu.

Muhammad Amzar, ketika ditemui, berkata beliau mengambil masa selama dua hari untuk membuat kajian dan sehari untuk membuat lakaran sebelum menghantar peraduan sehari sebelum tarikh tutup peraduan. "Saya pilih untuk membuat logo harimau dengan pandangan ke tepi berbanding logo harimau lain yang kebanyakannya pandang ke hadapan, yang mana ia juga membawa maksud pasukan akan terus maju ke depan. "Saya juga pilih warna dari warna bendera Malaysia kecuali warna biru saya gantikan dengan warna hitam kerana hitam lebih dominan dan lebih gagah," katanya yang memenangi hadiah wang tunai RM10,000.

Pilihan Harimau Malaysia, dikendalikan oleh Ong Kim Swee itu, antara lain dibarisi Lim Chan Yew, Dollah Salleh, Annuar Abu Bakar, B. Sathianathan dan Bradley John Maloney. Dugong All Stars terdiri daripada gabungan bekas pemain profesional yang kini berkhidmat sebagai pengulas di Astro Arena, selebriti TV dan radio serta orang awam yang dipilih oleh Astro. Dikendalikan bekas penyerang kebangsaan Azman Adnan, pasukan Dugong All Stars ini menampilkan penyampai ERA fm, Johan dan Ray dan Radin serta artis-artis tempatan seperti Black, Tomok, Akim, Altimet, Achey Bocey, Zahid dan Joe Flizzow.

- BERNAMA

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sabtu, 4 Julai 2015

Beza logo baharu dan logo lama Jabatan Pendidikan Negeri Johor


Beza logo baharu dan logo lama Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Saja dinaikkan semula berkaitan isu logo baharu dan logo lama JPN Johor ni. Tu pun sebab dah beberapa kali terserempak insiden penggunaan logo lama di penerbitan. Setelah menemubual beberapa orang pun aku dapati memang mudah pengguna tersalah guna logo, salah satu sebabnya adalah disebabkan kebersamaan antara dua logo dari segi bentuk dan warna. Sekiranya tidak berhati-hati memang pasti akan terpakai logo lama.

Beza logo yang paling ketara dan satu-satunya beza adalah penggunaan perkataan khat PENDIDIKAN pada logo baharu berbanding khat PELAJARAN pada logo lama. Pastikan anda menggunakan logo yang betul selepas ini.

Jumaat, 27 Disember 2013

Logo baharu Jabatan Pendidikan Johor

Logo baharu Jabatan Pendidikan Johor

Menggunakan khat Kufi kerana khat ini membolehkan hurufnya digubah untuk mengisi ruang kosong tanpa mengubah identiti huruf berkenaan Khat Kufi Fatimi dipilih kerana gaya penampilan khat ini lebih estetik dan paling penting khat ini mudah dibaca Khat Kufi tidak mempunyai tanda-tanda baris. Sebagai hiasan, digabungkan unsur khat Kufi Muwarraq dengan memasukkan motif daun pokok tiin.

PENGERTIAN LOGO

Bentuk segitiga melambangkan bahawa JPN Johor adalah sebuah organisasi yang kukuh dan stabil Bentuk segitiga yang tirus ke atas juga melambangkan seluruh warga pendidikan Johor sentiasa menjunjung dan berusaha untuk mencapai satu Visi dan Misi yang sama Garisan putih yang melingkari perkataan pendidikan Johor membawa maksud satu ikatan kesepaduan dan kerjasama erat dalam kalangan seluruh warga pendidikan Johor.

Warna biru memberi maksud kesederhanaan, dan Pendidikan Johor sentiasa mengamalkan konsep wassattiah dalam segala aspek pengurusan.

Warna putih memberi maksud keikhlasan dan ketulusan bekerja warga pendidikan Johor.

Buah tiin ada disebut dalam Al-Quran adalah salah satu daripada 8 jenis makanan yang terbaik. Hiasan motif daun pokok tiin melambangkan pendidikan Johor sentiasa bertekad memberikan segala yang terbaik kepada setiap pelanggan.