mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label ISTIADAT PEMAKAMAN ALMARHUM TUNKU LAKSAMANA JOHOR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISTIADAT PEMAKAMAN ALMARHUM TUNKU LAKSAMANA JOHOR. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Disember 2015

Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Mangkat

Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Mangkat

Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Mangkat

Tempoh berkabung telah di tetapkan selama 7 hari bagi seluruh kerabat Diraja Johor, dan 3 hari bagi rakyat Johor dan orang awam bermula dari tarikh kemangkatan baginda. Penutupan pusat-pusat hiburan dan penganguhan majlis-majlis berbentuk hiburan di Johor pada hari kemangkatan dan hari pemakaman baginda.

Rakyat Melayu, Islam hendaklah memakai kain putih selilit 2 inci pada songkok dan bagi yang bukan beragama Islam, mereka hendaklah memakai selilit kain hitam selebar 7.62 cm di lengan kiri atau memakai tali leher berwarna hitam.

Bagi perempuan Islam pula, mereka hendaklah memakai tudung kepala warna putih manakala bagi orang perempuan bukan Islam, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri.

Lelaki Melayu perlu memakai baju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam manakala lelaki bukan Melayu perlu memakai lounge suit warna hitam, tali leher hitam dan selilit kain hitam tiga inci di lengan kiri. Segala darjah dan pingat juga hendaklah dipakai.

Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim disahkan mangkat pada jam 7 malam tadi di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Pengumuman dibuat Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, pada sidang media khas yang diadakan di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim, dekat Bukit Timbalan, sebentar tadi.

Abdul Rahim berkata, jenazah almarhum akan diiring ke Istana Besar Johor Bahru dan disemayamkan di sana.

"Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) akan memulakan bacaan tahlil di bilik jenazah dan pada esok jam 7 pagi akan disempurnakan Istiadat Siram Jenazah dan Mengkafankan Jenazah.

"Jenazah kemudian akan disemayamkan di Petrana tujuh tingkat di Bilik Singgah Sana Istana Besar Johor," katanya. Abdul Rahim berkata, bermula jam 9 pagi hingga 11.30 pagi, rakyat jelata dibenarkan untuk hadir memberikan penghormatan terakhir menggunakan pakaian sopan.

Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim diputerakan pada 7 Julai 1990 di HSA, di sini. Allahyarham adalah putera keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Tunku Abdul Jalil mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Utama Johor Bahru dan Sekolah Antarabangsa Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Zaikarim Johor Bahru, sebelum meneruskan pengajian dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan di sebuah universiti di United Kingdom selama dua tahun.

Allahyarham yang mesra dengan gelaran Lil pernah menjalani kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor pada tahun 2011.

Tunku Abdul Jalil mula mendapatkan rawatan untuk penyakit kanser hati yang dihidapinya tahun lalu dan menjalani pembedahan pemindahan hati di China.

ISTIADAT PEMAKAMAN ALMARHUM TUNKU LAKSAMANA JOHOR

7.00 pagi - 9.00 pagi:
Jenazah Almarhum akan di mandikan dan di kapankan di istana besar.

9.00 pagi - 11.00 pagi:
Penghormatan terakhir untuk seluruh rakyat Johor dan orang awam.

11.00 pagi - 12.30 tengahari:
Penghormatan terakhir untuk tetamu kenamaan, kerabat-kerabat diraja dan ahli keluarga.

1.00 tengahari:
Solat Zohor & Solat Jenazah

1.15 tengahari:
Diusung ke Makam Diraja.

1.45 tengahari:
Istiadat pemakaman di Makam Diraja Mahmodiah.

Pakaian:
Melayu/Islam
Lelaki: Pakaian baju melayu teluk belanga berwarna putih. Sampin hitam. Bersongkok dengan lilitan putih 5sm.
Perempuan: Pakaian baju kurung berwarna putih.



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free