Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

Sri Al Azhar Education Centre 5th Haflah & Students Performance 2016

Imej
Sri Al Azhar Education Centre 5th Haflah & Students Performance 2016. Buat kat dewan azalea, kat sekolah spastik sana nu. Sampai ja terus parking kat depan dewan. Masuk. Terus cikgu dia amik dia ke tempat berkumpul. Kami masuk ke dalam. Sempat la posing posing jap. Sekali cikgu dia sampai. Cik nanti makan ngan vip ye. Ehh.. Alamak. Tolak menolak dan akhirnya mama kena gi. Kekeke. Hebat permainan dia. Majlis berlangsung dengan jayanya. Gambo ntah berkeping keping aku tapau. Layan lah ye. Video penuh nanti aku masukkan. Layan dulu gambo ngan captionnyer sekali.

Ziqri haircut session @Ravi

Imej
Ziqri haircut session @Ravi. Lepas jemaat terus bawak iqi ke Ravi. Pagi tadi cikgu dia dah pesan untuk potong rambut kemas kemas untuk program hari Sabtu. Layanzzz...

Masjid Jamek Gelang Patah 20161125

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah 20161125. Progress terkini masjid jamek gelang patah. Laluan masuk tinggal satu ja sebab kerja kerja penambahbaikan sedang giat dilaksanakan.

Ronda ronda Anjung Neighbourhood Centre

Imej
Ronda ronda Anjung Neighbourhood Centre. Jenjalan jap belanja bulan. Lanskap depan pun dah makin nampak ketara dah la ni. Leh tahan berlanskap lanskap pas ni. Caya lah. Tapi... sapa yang nak lepak sini yerk?

STF : Selesainya sesi persekolahan 2016

Imej
STF : Selesainya sesi persekolahan 2016. Seperti dijanjikan jam 3.45 tepat aku sampai ke STF. Si Iqa dah nunggu kat wakaf ngan member member dia. Terloncat loncat nampak aku dah sampai. Biasala. Perangi kebudaks tu masih menebal kan. Sampai. Tanya. Dah setel semua. Dah katanya. Tinggal nak amik barang bawak balik jer lagi. So. Terus gerak ke blok akademik dulu. Nak amik buku. Sekotak beso buku. Nak tau beso mana kotaknya. Kotak Koko Crunch 10 x 500g. Masak nak ngangkat. Sekali terpandang jap kedudukan markah kebudks form 1 ni. Snap jap. Iqa dapat nombor dua keseluruhan. Status. Satu form 1 gagal. Kekeke. Memula dulu risau jugak ngan status gagl ni. Lepas dah jumpa cikgu dia baru tau. Kalau Math atau Sains dapat B, automatik gagal. Pergghhh!!! Tapi takpe. Satu galakan membina untuk kebudaks ni. Balik. Lepas aje jumpa semua, terus dicapainya flag yang dia bawak balik bersama. Aiyooo... Terus training. Tapi memang nampak lebih yakin dan mantap. Nenek siap puji. Dah lama nenek tak tengo

Majlis Clock-Out Hj Mohd Sam Kadeemon

Imej
Majlis Clock-Out Hj Mohd Sam Kadeemon. Tiba masa untuk Haji Sam meninggalkan SPMICT. Katanya pasni nak usahakan kebun peninggalan orang tuanya. Apapun. Terima kasih Haji Sam atas semua urusan yang telah dilaksanakan dengan jayanya. Selamat bersara. Jangan lupa Ahad ni.

Majlis Perhimpunan Bulanan bil.11/2016 Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Majlis Perhimpunan Bulanan bil.11/2016 Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Majlis berlangsung pada 24 November semalam. Satu ja yang best. Tetiba masa potong kek ada perempuan menjerit. Hebat permainan deme ni. Tapi aku dah leh agak dari awal lagi. Hehehe. Sib. Good job la dalam penyampaian mesej perhimpunan. Terbaeekkk!!!!

Hari Terbuka Sekolah Agama Taman Nusa Perintis 2016

Imej
Hari Terbuka Sekolah Agama Taman Nusa Perintis 2016. Program ni Ahad lepas. Biasanya aku yang gi. Tapi tahun ni rasanya macam satu dua jer kot program sekolah agama yang aku dapat gi. Ahad tu pun bermulanya audit EPRD. So. Mama la yang kena gi. Alhamdulillah. Adik Inaz dapat nombor 7. Sama macam sekolah kebangsaan. Pun dapat nombor 7. Banyak peningkatan adik inaz sejak dia berada kat tahap 2 ni. Alhamdulillah. Tu yang bila dia minta beg kucing. Aku bagi je sebagai hadiah.

Playtime @ Taman Permainan Nusantara Sentral on 19

Imej
Playtime @ Taman Permainan Nusantara Sentral on 19. Lepak lepak enjoy lagi kat Taman Permainan Nusantara Sentral. Kali ni banyak main gelongsor. Cam biasa dah abis semua permainan dibabainya.

Selamat Bercuti Akhir Tahun bagi tahun persekolahan 2016

Imej
Selamat Bercuti Akhir Tahun bagi tahun persekolahan 2016 pada semua warga pendidikan. Patutnya aku tulis ni pun semalam. Tapi sebab penat sangat. Full swing betul semalam. Dari pagi sampai ke malam gerak sana sini. Malam. Kena la tibai ubat kesayangan ambe tu. Baru release sikit kaki. Memang kaki aku ni manja tul. Tokleh renyah sikit memang la mula nak sakit. Apapun. Manfaatkan masa dengan sebaiknya. Bagi yang bakal bergerak pulang ke kampung. Hati hati dalam perjalanan anda semua. Selamat bercuti. Cuti bagi sekolah KUMPULAN A : Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor bermula dari  25 November sehinggalah 31 Disember 2016 . Manakala bagi sekolah KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya bermula 26 November sehinggalah 1 Januari 2017 . ps : sori. gambo recycle ye... kekeke...

Taklimat Guru Aktif Pembina Negara Bangsa Negeri Johor 2016

Imej
Taklimat Guru Aktif Pembina Negara Bangsa Negeri Johor 2016. Taklimat dilaksanakan pada tanggal 23 Nov yang lepas. Taklimat dimulakan dengan pembentangan daripada En. Mohd Fuzi daripada KPM. Seterusnya Tuan Pengarah menyampaikan sedikit kata aluan sebelum majlis diserahkan pada Dato Sahlan Ismail, Pengarah Strategik Pejabat Perdana Menteri. Sesi taklimat disertai dengan sesi soal jawab yang menarik bagi aku.

Audit Data Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) EPRD negeri Johor 2016

Imej
Audit Data Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) EPRD negeri Johor 2016. Malam ni tetiba jadi susah pulak nak tido. Setel video pengarah, distribute. Hmmm... jadi boring pulak. Langsung nengok balik dropbox. Banyak juga yang masih lum proses. Setel foto audit EPRD dulu. 3 hari di Johor Bahru. Daripada hari Ahad sampai Selasa. Ketua kumpulan audit adalah Hj Hamdan. Auditor lain terdiri daripada Pn Aminah dan Dr Markhaini. Banyak juga benda yang aku kesan perlu ditambahbaik. Bagus program gini. Bila ada semakan dan kunjungan dari pihak luar, kita akan dapat kesan isu isu yang mungkin terlepas pandang. Dan memang akan bertambah lagi perkara yang akan kami masukkan walaupun tampa audit ni. TQ pada team auditor dari EPRD atas kunjungan ini. Bersama kita menjaga kesahihan dan integriti data kita.

Gebooz Gediks

Imej
Gebooz Gediks. Takde kije semalam. Sambil layan kaki yang sengal sengal, layan si gedikz gebooz aka Aiman Jate. Kekeke. Pantang hulur tangan. Tapping kaki ke lantai. Meluru je datang. Pastu lari nyonget. Kui kui kui.

New Set of Medicines

Imej
New Set of Medicines. Kali ni aku bagi set berbeza ubat la pulops. Lepas masuk wad hari tu doktor dah masukkan aku lam list gout. Welcome to the group kata yang lain. Kekeke. Lepas balik dari taman tu makin menjadi jadi pulak sakit kat lutut aku ni. Tibai yang kecik tu. Sampai ke malam dok cenggitu. at last nak kena jugak la yang merah tu. Pastu terus hilang sakit. Dah terang lagi bersuluh la ubat tahan sakit super duper kan. Pagi tadi singgah farmasi untuk top-up. Yang merah tu jangan amalkan sangat kecuali kes cam semalam. Ye. Harga dia pun leh tahan weh. 5 bijik RM28 tuh. Yang gout tu pun aku hanya makan bila sakit aje. Baru makan sekali. Sahih la kes nasi goreng semalam kat Pasir Gudang. Tekak punya pasal dua kali aku sesah. Padan muka. Sesekali kena balik kan. Abis diet selama ni. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎be

Playtime @ Taman Permainan Nusantara Sentral on 18

Imej
Playtime @ Taman Permainan Nusantara Sentral on 18. Kekeke. Pepagi dah mula kejut. Abah. Abah. Aman. Nan. Angah. Angah. Aman. Nan. Dah tau dah. Siap semua. Merayap jap. Suka dia. Dah setel. Babai Nan. Babai Aman.

Last slot session @ TCEAS Skudai

Imej
Last slot session @ TCEAS Skudai. As always. Booked for the last slot. Jam 4 petang. Senang. Balik kerja terus masuk. Orang memang tak ramai dah. Layan TV. Sib baik jumpa PC.com. Walaupun bulan lepas punya. Tapi syok jugak la dapat something nak dibaca. Almera ni memang servis 6 bulan sekali. Pasal gerak pun tak banyak. Pakai full sentetik. Tech tegur. Ni lepas ni Livina pulak kan. Opkos la kan. Tungguuu... Last slot seperti biasa la. Cuma tak pasti khamis mana nak dipilih. Khamis ni iqa dah balik. Tak mau kacau masa dia. Sian kang tercongok dengan aku kat pusat servis.

Gebooz : Early November Series

Imej
Gebooz : Early November Series. Dah macam baby pulak dibuatnya. Sapa lagi kalau bukan tuan beso dia si adik inaz. Dah tempat si Fiqri jadi tempat si Gebooz. Tu lum cerita dok nunggu beg kucen yang baru diorder. Lepas order terus tunggu depan pintu. Adik, adik.

Mesyuarat Pengoperasian Sekolah Baharu negeri Johor - Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Scientex

Imej
Mesyuarat Pengoperasian Sekolah Baharu negeri Johor - Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Scientex. Mesyuarat berjalan lancar bertempat di sekolah tersebut. Alhamdulillah. Mudah proses untuk sekolah ni. Selesai mesyuarat sempat luangkan masa untuk meninjau kawasan. Boleh tahan luas jugak kawasannya. Kemudahan pun boleh tahan.

Bengkel Kerja Precouncil Sistem Pengurusan Sekolah JPN Johor data berakhir 31 Oktober 2016

Imej
Bengkel Kerja Precouncil Sistem Pengurusan Sekolah JPN Johor data berakhir 31 Oktober 2016. Foto sekitar bengkel yang dilaksanakan bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Pontian. Alhamdulillah. Berjalan lancar. Cuma ada beberapa kumpulan data perlu diselaras semula pembacaan datanya.

4,896 Calon Dapat Semua A Berdasarkan Format Baharu UPSR 2016

Imej
4,896 Calon Dapat Semua A Berdasarkan Format Baharu UPSR 2016. Semalam agak menarik. Suasana yang berbeza berbanding tahun sebelumnya. Aku agak lambat terasa bahang sebab ada mesyuarat khas yang lain di lokasi pun agak jauh. Biasanya suasana ceria, update FB yang meriah. Tapi semalam lain. Lambat semuanya. Mood kurang ceria. Bagi aku. Satu langkah permulaan yang baik. Cream of cream. Kalau betullah ejaan aku tu. Hehehe. 4896 yang betul betul pure diamond. Memang tengok dari segi gred pun agak tinggi. 90 tak salah baru A. Kalau tak salah lah ye. Dengan format baharu yang lebih menyeluruh, hilangkan konsep menghafal. Yang ni memang aku paling suka. Sebab dari dulu aku memang tak suka dengan budak menghapal aje. Ingat lagi kes yang aku kena tegur sebab aku bagi kosong terus aje kalau aku jumpa budak tanda kertas OMR secara berpola. Ni benda benda yang perlu kita banteras dari awal, dan langkah kementerian bagi aku sangat baik. We need the thinking generation, bukannya hapal generation.

Fiqri dan Aiman

Imej
Fiqri dan Aiman. Tadi ucu datang sekeluarga. Riuh jap ler satu rumah. Memula cam tak nak main. Dah nak balik baru la semua memasing nak buat itu la, ini la. Cam biasa la kan. Kekeke. Pakat makan mee sup nenek. Si wani bertambah tambah. Yang dedua ni siap bersuap bagai. Kekeke.

Gebooz serba tak kena day

Imej
Gebooz serba tak kena day. Hari ni kena cucuk bontot dua kali. Balik dia melepek aje. Menahan sakit ler tu. Sian. Petang sikit baru la dia ceria sikit. Lupa nak cerita. Mengamuk je kerjanya kat klinik. Bau kucen lain ja ngamuk. Masa timbang. Ada kesan kucen lain. Ngamuk. Tapi dapat jugak bacaan. 1.78kg. Dok kat kaunter nak cucuk bontot. Ngamuk lagi. Sian sian sian.

Fiqri @ Taman Permainan Nusantara Square

Imej
Fiqri @ Taman Permainan Nusantara Square. Layankan aje ler. Pantang tul kalau keluar mesti ajak gi taman permainan. Main sampai peluh peluh.

Vaksin Gebooz @ Klinik Veterinar Daerah Johor Bahru

Imej
Vaksin Gebooz @ Klinik Veterinar Daerah Johor Bahru. Dah lama nak bawak si Gebooz vaksin. Sampai dah pat bulan aku tak reti reti nak ada masa. Sekali hari ni sebab bos suruh cuti. Dan aku ada sikit masa terluang. Terus aje aku gerak ke klinik veterinar yang letaknya kat BBU. Macam jauh bebona tempatnya. Jalan ke SKBBU2 lajak sikit sampai ke MPC tu ler tempatnya. Berdepan dengan MPC yer. Masuk aje terus ke kaunter pendaftaran. Sebab aku tak pernah lagi bawak kucen so kena buat pendaftaran sekali la kan. Cam baby la pulak kan. Siap dapat buku semua. Hehehe. Aku sampai dekat dekat jam 11 pagi. Orang tak ramai lagi. Tu pun leh tahan penuh kat area klinik. At last aku tunggu balik kat area pendaftaran. Pastu dah nampak reda sikit baru aku ke area klinik. Best borak borak menanti turn. Semuanya penggemar kucen la katakan. Semua kata gebooz cun bulu dia. Hehehe. Sampai turn dia. Aku masuk. Pegawai bertugas ajar aku pegang gebooz untuk disuntik. Genggam je dia kata walau apa terjadi. Ha

Pendaftaran Dan Saringan Murid Tahun 1 Sesi 2017 SK Taman Nusa Perintis

Imej
Pendaftaran Dan Saringan Murid Tahun 1 Sesi 2017 SK Taman Nusa Perintis. Hari ni aku amik cuti. Nak setelkan pendaftaran dan saringan iqi ke SK Taman Nusa Perintis tahun depan. Sampai aje orang dah beratur panjang. Wahhh... Leh tahan ni. Dapat ja nombor iqi terus masuk bilik muzik untuk ujian saringan. Yang kami parent ke dewan untuk sesi taklimat tahun 1 2017. Setel semua. Terus gerak pulang. Nak bawak fiqri ngan adik inaz pulak jenjalan.

Lawatan STF 20161106 : Playtime with Fiqri

Imej
Lawatan STF 20161106 : Playtime with Fiqri. Layan aje si fiqri hari tu. Tak mau dok diam kat meja. Pakat main lari lari kat tanah lapang sebelah court basketball tu. Layankan aje.

Gebooz with Iqi

Imej
Gebooz with Iqi. Pantang lepa. Memang akan lepak ngan the kebudaks. Layanzzz...

Pool @ Palm Garden Resort Putrajaya

Imej
Pool @ Palm Garden Resort Putrajaya. Dah hari last baru la aku rajin nak ke pool. Tu pun just snap snap sebab nak kena hadir ke majlis penutup jam 8.30 pagi nanti. Lain kali la yer. Jaga kaki tul sepanjang dok kat sini. Tu pun leh tahan penat menapak sepanjang berada kat sini.

Bengkel Verifikasi Data MPS Oktober 2016

Imej
Bengkel Verifikasi Data MPS Oktober 2016. A bit late aku post ni. Buat 27 Oktober yang lepas bertempat di Kulai. Tak ingat pulak nama sekolah ni. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan baik.

Lawatan STF 20161104 : Posing time

Imej
Lawatan STF 20161104 : Posing time. Jarang kami gi ke main mercutanda STF ni. Kononnya nak kemas buku iqa dan bawak balik. Tapi tetiba tak jadi la pulak. So. Dah jadi sesi bergambo ler. Kelas iqa atas papan tanda tu. Kekeke.

Iqi @ Tadika Al Azhar

Imej
Iqi @ Tadika Al Azhar. Gambo dishare cikgu dia. Layankan aje la.

Gebooz in action : Car series

Imej
Gebooz in action : Car series. Jenjalan sama gebooz. Gi cari saloon. Gi cari buku 2017. Banyak melepak ngan aku jer lam kereta sementara yang lain selesaikan urusan.

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif KPM 2016 : LEADS - The Preparation

Imej
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif KPM 2016 : LEADS - The Preparation. Lama nyimpan ni. Ni la foto foto sepanjang kami buat preparation untuk KIK kebangsaan itu hari. Antara kelemahan utama yang aku dapat simpulkan adalah terlalu fokus pada persembahan. Takpe lepas ni memang penambahbaikan besar besaran pada buku projek yang menjadi main agenda untuk KIK. Apa pun. Layanzzz...

Jom JenJalan : Fesko 57 UTM Skudai - Day After

Imej
Jom JenJalan : Fesko 57 UTM Skudai - Day After. Tajuk pun pakai sebat aje sebab aku sendiri pun dah lupa hari keberapa. Asyik asyik dok layan pesta konvo aje. Tapi. Semuanya pergi lewat petang. After aku balik dari kerja. Cam biasa. Aku lepak aje kat astaka tengah tu ngan fiqri.

PERMOHONAN PENSYARAH BAHARU DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Imej
PERMOHONAN PENSYARAH BAHARU DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (KPM) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di IAB Bandar Enstek dan semua Cawangan IAB. Permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) mulai Khamis 10 November 2016 dan tarikh tutup permohonan adalah pada hari Sabtu 10 Disember 2016. Maklumat Lanjut layari  http://aplikasi.iab.edu.my/menu/ 1. Tawaran permohonan ini hanya terbuka kepada PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 2. Semasa permohonan dilakukan pemohon hendaklah memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya SARJANA. 3. Pemohon diminta mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap. 4. Pastikan semua maklumat permohonan adalah BENAR. 5. Pemohon dibenarkan mengemaskini permohonan selagi mana Pengesahan Guru Besar/ Pengetua / Pegawai Pendidikan Daerah / Pengarah BELUM dil

Internet Rumah Tetiba Problem

Imej
Internet Rumah Tetiba Problem. Tetiba semalam si iqi dok membebel aje. Abah. Betulkan komputer. Komputer rosak. Biar betul. Ayat dia komputer rosak tu. Sekali aku gi. Cheit. Internet tarak je. Nengok modem. Merah. Tu sebab aku belikan modem lain khas untuk rumah. Sebab ada satu ketika dulu kerap problem. Bila call TM memacam dia suruh buat. Dan aku sendiri tak tau salah TM atau salah aku sendiri. Jadi. Aku beli khas modem yang ada lebih lampu indikator. Bila merah sambungan luar senang. Aku just call report ja. So. Aku call. Memang dia tak dapat detect. Dia reset port terlebih dahulu. memang aku nampak thru indicator lamp tu. Tapi still merah. Ahhh. Sudah. Pastu benda baru bagi aku. Dia dah hantar ke teknikal. Tapi lepas ni akan ada caj RM53 untuk lawatan ke rumah. Wooo. Ada polisi baharu. Bulan lepas takde lagi sebab aku pun ada buat report yang memerlukan deme datang rumah. Pastu ada lagi baharu. Dia bagi aku pilih antara dua option. Ganti baharu atau beli sendiri kalau modem ak

SEMAKAN TAWARAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) KE TINGKATAN 1 DAN 4 DI SEK MEN PENDIDIKAN KHAS (SMPK) DAN SEK MEN PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL (SMPKV) KEMASUKAN TAHUN 2017

Imej
SEMAKAN TAWARAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) KE TINGKATAN 1 DAN 4 DI SEK MEN PENDIDIKAN KHAS (SMPK) DAN SEK MEN PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL (SMPKV) KEMASUKAN TAHUN 2017 Sukacita dimaklumkan Semakan Tawaran Murid Berkeperluan Khas (MBK) Ke Tingkatan 1 Dan 4 di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Kemasukan 2017 telah dibuka. Sila layari  www.moe.gov.my  atau  https://bpkhas.moe.gov.my/permohonan/index.cfm  untuk maklumat lanjut. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Keputusan UPSR 2016 Diumum 17 November

Imej
Keputusan UPSR 2016 Diumum 17 November Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikeluarkan pada Khamis (17 Nov). Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut. Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2016 melalui mySMS 15888 yang diaktifkan bermula 10 pagi hari yang sama dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 23 Nov. Untuk menggunakan perkhidmatan mySMS itu calon perlu menaip UPSR angka giliran dan hantar SMS berkenaan ke 15888. Sejumlah 452,721 calon menduduki UPSR tahun ini di 8,100 pusat peperiksaan seluruh negara. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#

Selamat Pengantin Baharu Iskandar & Afiqah

Imej
Selamat Pengantin Baharu Iskandar & Afiqah. Tadi singgah ke parit masjid, pontian. Gi majlis perkahwinan kawan sekerja mama ni. Tahniah dan selamat pengantin baru.

Tahniah Angah

Imej
Tahniah Angah. Semalam hari sukan di sekolah Angah. Malam sebelumnya dia telefon aku. Abah doakan kejayaan adik inaz tau. Ya. Abah yakin adik boleh. Semalam. Aku sampai aje rumah dia dah tunggu. Senyum aje sambil pandang ke peti sejuk. Rupanya dia gantung pingat yang dia dapat kat situ. Alhamdulillah. Angah dapat 3 pingat, 2 emas dan 1 gangsa. Emas untuk lompat tinggi dan 4x200 meter. Gangsa untuk 4x100 meter. Nak tau cerita panjang lagi. Iqa dan cikgu angah pun dah cabar dia. Kakak awak kan atlit. Takkan awak tak boleh. Kakak dia pulak siap suruh dia teruskan legasi. Actually. Kami bukannya atlit. Ada la sikit darah atlit dari atuk Kedah. Tapi. Senang cerita memang out la dalam sukan ni. Tapi. Yang aku tahu. Kami pantang kalah. Bagi aje. Kami sambut. Iqa kalau yang kenal dia, siap sentiasa sakit kaki bila over lasak. Cam sama pulak ngan aku. Hehehe. Tapi semangat taknak kalah bila kena cabar tu turun jugak pada dia. Dan kini, tiba giliran angah pula. Apapun. Tahniah Angah. Try to

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif KPM 2016 : Day 3 - The Finale

Imej
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif KPM 2016 : Day 3 - The Finale. Hari penentuan. Semua berdebar debar menanti keputusan. Paling menakutkan bila jumlah bintang dipaparkan. Nak pulak team teknikal jauh ke belakang. Pengurusan semuanya dapat 3 bintang. Kesemuanya. Lagi la berdebar. Sampai team sendiri. Satu... Dua... Tiga... Alhamdulillah. Hilang terus ngeri tu. Keseluruhan projek semuanya tiga bintang. Alhamdulillah. Actually nak terpilih ke final pun dah susah. 20 projek daripada 40++ projek yang disubmit. Seterusnya keputusan diumumkan. Pengurusan Johan : Equals - Mega Fun Box untuk BBM Kedua : KEME - Kit Unit Metrik untuk guru pelatih Ketiga : Candas - AMMA-C - arithmetik tahap satu Teknikal Johan : Makers - Pengesan status on/off LCD Kedua : Ecotera - MAqS - keberkesanan alat suling Ketiga : APM - Pengikat bungkusan kertas peperiksaan Khas Juri : Lead 2.0 - D-Ex untuk paip Persembahan terbaik semuanya dapat kepada Johan kedua dua kategori. Apapun. Banyak yang

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif KPM 2016 : Day 2 - The competition day

Imej
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif KPM 2016 : Day 2 - The competition day. Giliran kami yang kedua. Memang banyak teguran membina. Membuka mata dan minda. Banyak lagi yang perlu ditambahbaik. kali ni memang best. Aku rasa sangat bersyukur dapat menghadiri Konvensyen KIK ni. Juri sangat banyak mengajar perkara baharu. Duduk dari awal sampai ke habis. Memang banyak ilmu ditimba dari semua kumpulan bertanding. Sangat puas hati. Tak lupa juga ramai yang aku jumpa kali ni. Memang aku ni jenis berjalan menonong je kot, Orang lain yang menegur. Hehehe. ps : sekali salah tulis daa... tajuk. kui kui kui. ni semua gara gara nulih dalam ngantuk ler ni

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif KPM 2016 : Day 1 - Going there and place setting

Imej
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif KPM 2016 : Day 1 - Going there and place setting. Yok layan foto hari pertama kami. Bertolak dari JPN jam 8.00 pagi. Singgah sarapan and teruskan ke PICC untuk sesi pendaftaran. Selepas lunch sesi perasmian dan taklimat awal. Seterusnya sesi setting peralatan dan testing dijalankan ditempat pertandingan. Tunggu bas untuk pulang ke hotel jam 5.00 petang di lobi PICC. Layan scenery yang sangat best.