Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PERUTUSAN YAB PERDANA MENTERI SEMPENA MAULIDUL RASUL 1438H/2016

PERUTUSAN YAB PERDANA MENTERI SEMPENA MAULIDUL RASUL 1438H/2016

Imej
PERUTUSAN YAB PERDANA MENTERI SEMPENA MAULIDUL RASUL 1438H/2016 Bismilahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia. 1. Syukur Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, sahabat dan pengikut baginda, kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat bersama-sama menyambut dan merayakan hari yang penuh bersejarah dan mulia ini, iaitu hari ulang tahun kelahiran Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW. 2. Sesungguhnya, dengan terpilih menjadi umat Nabi Muhammad SAW, bererti kita berpeluang mendapat pelbagai kelebihan duniawi dan ukhrawi sebagaimana yang disebut dalam pelbagai nas al-Quran dan Hadis. Kita juga telah dijanjikan dengan pelbagai kelebihan seperti penghormatan, gandaan pahala dan ganjaran, syafaat serta pengampunan. 3. Sememangnya, kecintaan kepada Rasulullah SAW sangat penting kerana kita mampu untuk meraih kecintaan daripa