mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label traffic jam in johor bahru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label traffic jam in johor bahru. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Januari 2011

Ops Sikap??!?

Klik untuk gambar yang lebih besar
Tumpang minum kopi dari drzeze.wordpress.com
Ops Sikap. Nama yang memang best. Perlaksanaan? Setiap kali tiba musim perayaan. Tu ja yang tak kena. Bagi aku patutnya buat sepanjang tahun. Yup. Maybe tak berapa kena dari segi kos dan tenaga. Tapi lebih berkesan. Bila kina nak ubah sikap. Ianya satu proses yang berterusan. Bukannya bermusim. Tu pasal bila tengok statistik, masih tetap sama. Tak berubah. Turun naik pun dalam margin yang kecik. Kalau dapat buat berterusan maybe akan lebih efektif.

Dulu pernah kerja ngan orang luar. Dia puji abis sikap dan perangai orang kita nih. Tapi katanya lagi, tu hanya bila kita berurusan diluar jalan raya. Kalau atas jalan raya outomatik dia kata, dia memang ngeri dengan orang kita. Perghhh. Tak ingat dunia tuh.

Semalam timbul isu pasal tol pulak. Nak kekang jap. Macam pernah buat tu. Satu ketika dulu. Bila habis tempoh puasa dia. Hambik kau. Berganda naiknya. Penat nak balik kampung. Bukan penat berjalan. Penat nak membayarnya. Dah la tu. Katanya lebuhraya. Dah la lebuh, raya lagi. Kalau ikut istilah.. lebuh tu dah besar, raya pulak nak menggambarkan benda tu lagiii besar.. Tapi awat yang sampai boleh jem kat lebuhraya ntah. Penat weh.. Tu yang satu ketika dulu aku lebih gemar ikut jalan biasa; sampai la mantan PM ketika tu arah lori tak leh ikut lebuh raya. Pakat jem kat jalan biasa la pulak.

Pastu paling baru pakat nak naik tambang bas la pulak. Isu dia pasal diskaun tol kena tarik balik. Dah sudah.. Tol baru baper sen. Katanya bahagi sama rata dengan penumpang. Tapi nak dia berapa kali ganda daa.. Apa yang share sama ratanya. Pelik pelik. Tu lum kira yang pakat tukar bas jadi dua tingkat tuh. Bawak laju tak hingat. Semuanya pasal nak kurang kos la tuh. Habihnya.. eksiden yang makin meningkat.

Tu yang aku nampak. Ops Sikap ni sebenarnya memainkan peranan kecik ja. Sikap kita sendiri yang menentukan. Bila raya semua pakat baik kengkonon, hari lain.. MasyaAllah.. Dah tajuk lain, dah cerita lain. Maybe tensen gamaknya. Dengar pagi ni figure. Dah ada mangsa dah. Duit dah banyak perabih, sikap kita tak berubah jugak. Apa nak jadi.

Enjoice...Sharing is power!!!

Khamis, 20 Januari 2011

Tensen di pagi senin

Klik untuk gambar yang lebih besar
Tak pasal pasal betul pagi senin lepas
Aku cam biasa kuar rumah sama, 6.00 pagi. Tau pukul baper sampai pejabat.. 7.40 pagi. Perghhh.. Sejam 40 minit aku travel pagi ni. Jem memang teruk giles.. Sampai kat Tampoi dalam jam 6.20. Tau aku sampai setentang angsana kul baper.. hahaha 6.40 pagi. tu baru citer sampai angsana. Rupanya ada sebijik bas ekspress jenama Alison yang tersadai sebelum Maybank kat jalan hutan bandar sana tu. Bayang la.. sampai tinggal selorong ja.. Tampoi 4 lane.. sampai bbu tinggal 3 lane.. jalan sementara tinggal 2 lane.. sampai dekat bas tu tinggal selane ja. Patut la jem tahap gaban.. Sampai pejabat semua tegur aku. mana taknya.. tukang bukak gate sampai lewat hari ni. hahahaha>>>>



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Kaki aku sampai dah tahap nak krem masa dah melepasi bbu tu. aduhaii.. tengok ja la.. gara gara sebijik bas tersadai.. abis satu jb semua orang dari skudai jem. Lepas ja dari lingkaran larkin tu jalan clear tahap boleh baring tu..

Enjoice...Sharing is power!!!

Rabu, 12 Januari 2011

Aku tak suka!!!

Klik untuk gambar yang lebih besar
Hari hari cenggini, dah naik fedap dah! Foto dari home and garden webshot
Nyampah tul aku petang ni. Takkan sampai hutan bandar pun nak jam. Apa pulak aktiviti sekolah petang petang nih. Maybe koko atau latihan sukan kot. Dah jam antara sekolah ngan hutan bandar tuh. Ingatkan situ jer jam. Turun ke jalan besar jangan cerita la. Adoiii.. Boring tul.

Masa turun depan RTM tu terperasan la pulak JB Catering yang sedang dileraikan. Sian. Dah habis satu restoran lagi kat sini. Apa boleh buat kan. Tapi dengarnya, diaorang pindah ke stadium larkin. Kira boleh la. Sepanjang jalan makin teruk jam dia, masuk tampoi baru clear sikit. Weii.. aku balik 4.30 okey.. bukannya 5 petang. Kalau 5 tu mesti lagi teruk kan.. apa apa ajer la..

Enjoice...Sharing is power!!!

Jumaat, 7 Januari 2011

Keseronokan pagi di JB

Klik untuk gambar yang lebih besar
Ngopi pes dari skyscrapercity.com dengan jayanya.. Tumpang, tumpang
Pagi ni alhamdulillah.. dapat jugak aku rasa betapa nikmatnya traffic jem sebelum sampai ke pejabat; ye lah. aku MC dua hari, senin dan selasa; rabu khamis, aku sampai pejabat jam 6.30 pagi, diulang, sampai ke pejabat ya.. Sebab aku masih tak dapat nak belen kaki aku lagi kan. So, lepas subuh ja terus aku kuar. Pagi ni saja aku nak kuar cam biasa; asyik dok dengar orang cakap ja pasal jem ni kan, nak jugak rasa. Dan hasilnya.. berbaloi-baloi, rasa cam lebih baik aku sampai opis jam 6.30 dari cenggini.

Di JB, kalau korang dari skudai la kan. Ada 2 tempat biasa yang akan mula sesak. Memula kat tampoi. Tadi pun biasa ja. Pasal aku ada kat tampoi tadi masih awal. Baru 6.30 pagi. Jem tadi pun lebih kepada ada tayar lori pecah kat tengah jalan. Memasing dok ngelak. Cerita pasal tayar lori ni, ada segelintir pemandu lori atau bas nih, kalau tayar dia pancit; dia akan bawak ja sampai tayar tu rabak dan terlepas cenggitu ja. Pengalaman aku dulu masa aku naik sebijik bas nih. Selamba ja dia bawak. Bila tayar dah terlepas siap ketawa lak tu. Dia tak pikir agaknya kalau kalau terkena penunggang motor ka, keter kat belakang ka. Saja ja.

OK.. balik ke cerita jem balik. Tempat kedua memang maintain sepanjang zaman agaknya. Tak lain tak bukan depan angsana tu. Jalan dah besar nanti tak tau la kan. Sini memang tempat favourite jem sepanjang jaman untuk JB. Sejak jaman berjaman tuh.. Kat sini aku dah start tensen dah..

Untuk sampai ke pejabat aku kat glendening aku akan ada dua tempat lagi yang akan jem dan memang jem best punya pagi ni. Pertama kat depan RTM. Ni sebab keter nak pecah dua. Biasa la kawasan sekolah kan. Lepas pada tu sampai la kita ke kawasan yang dijamin jem waktu sekolah sahaja iaitu depan star1, star2, sigs.. sekolah kiri kanan tu. nak pulak minggu minggu awal nih.. memang la.. sib baik esok dah cuti..

Apapun.. selamat pagi JB..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar Enjoice...Sharing is power!!!