Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel JPJ cadang tindakan mahkamah bagi enam kesalahan jalan raya

JPJ cadang tindakan mahkamah bagi enam kesalahan jalan raya

Imej
JPJ cadang tindakan mahkamah bagi enam kesalahan jalan raya. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang untuk mengenakan tindakan mahkamah terhadap pengguna jalan raya yang didapati melakukan enam kesalahan jalan raya sepanjang pelaksanaan Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2016 bermula hari ini hingga 13 Julai. Enam kesalahan itu adalah gagal mematuhi lampu isyarat; memotong di garisan berkembar; memandu di lorong kecemasan; memotong barisan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan tidak membenarkan kenderaan lain memotong. Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JPJ Datuk V. Valluvan Veloo berkata langkah itu dicadangkan berikutan tindakan mengenakan kompaun terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan itu sebelum ini didapati tidak lagi efektif