mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label ciss. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ciss. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Februari 2012

Brother MFC-J415W 4 in 1 color printer



Petang semalam aku beli jugak printer ni. Harga pun dah dapat terbaeekkk!!!! untuk siap modified kan. RM599. Apa yang best tentang printer ni adalah dia ada semua fungsi yang aku nak, scanner, copier, direct print dari memory card, print dari wireless device dan ada fax beb. Petang tu terus pasang dan test semua fungsi. Dan semuanya success.. Terbaeekkk!!!!Yang best pasal ink modified ni adalah, dia direct terus. Takde kabel kabel lagi.

Untuk fungsi wireless printing, for notebook; korang memang kena install driver guna cd yang dibekalkan. Kat situ ada pilihan samada printer disambung secara usb atau wireless. Yang lain semua dia set sendiri. Untuk mobile device, cam aku pakai tab, kena download app brother iPrint & Scan. Boleh gunakan semua function secara terus kecuali fax dan copier. Nanti aku sental lagi apa yang android boleh buat.



Key.. Ni box dia. Sampai ja rumah terus unboxing.



Bukaan pertama. Semua tersusun kemas lam kotak dia



4 kabel dibekalkan. 1 usb, 1 line sambungan telefon, 2 power kabel, 1 jer yang kita pakai. Satu lagi kepala lain. Dia actually prepare kotak ni untuk worldwide. Tu yang sampai dua jenis kepala tu.



Basic user guide, dan 1 set kertas photo..



Ni yang main. 1 cd Installer, 1 cd bahan bacaan dalam bentuk ebook dan starter manual. Ikut jer satu per satu, pastu dah boleh pakai sepenuhnya.



Dah bukak dah printernya.



Dia punya ink sebenar. Aku tak pakai pun sebab aku akan pasang ink modified.



Dah siap pasang, kecuali ink. Untuk ink, ikut sahaja arahan pada lcd panel dia tu. Memang tak tercicir punyalah..



Anybody want this?? Still functioning with E05 error. Tu pasal aku beli baru pasal aku nak satu sistem yang lebih mantap dia nyer pengurusan ink.

Rabu, 17 Mac 2010

CISS main problem..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarContinuous Ink Supply System atau lebih mudah dikenali dengan CISS ni ada beberapa problem utama. Ramai yang tanya kat aku dulu tentang problem benda ni. Tapi aku taknak cakap lagi sampai aku betul-betul sure apa yang aku nak tulis.. Setakat ni ada dua main problem dia..

Pertama ... Ink tak keluar

Ada beberapa perkara utama yang menyebabkan kejadian ni berlaku.. First dan yang selalunya kena.. cartridge kaler korang rosak.. Cartridge hitam memang amat jarang rosak, tapi akan rosak jugak, tapi cartridge kaler ni memang lebih cepat rosak. Aku dah pakai printer ni dua tahun. dah dua kali aku tukar cartridge kaler.. yang pertama tu lam 5 bulan jer kot, pasal aku yang suruh dia ganti yang seken hand jer.. tu salah aku sendiri la kan.. Secondly mungkin kabel kat kepala cartridge dah tercabut.. ni disebabkan korang pasang terlalu ketat kabel dia untuk mengatasi problem kedua dia yang akan aku ceritakan nanti.. Pastikan setiap hari korang print something.. paling bodoh.. setiap hari mesti buat cleaning dan deep cleaning dan print satu page kaler.. ini untuk mengelakkan dari ink mengeras kat kepala cartridge dia. Inkjet ni korang mesti jalankan dia sekurang2nya sekali sehari, cam korang panaskan enjin kereta la jugak..

Kedua ... kabel tersangkut

Ni paling common la akan berlaku menyebabkan banyak masalah lain pulak yang akan menyusul. Pastikan korang pasang dengan kemas kabel ciss tu.. yang kat dalam la. test run untuk memastikan kabel tu memang ngam2 jalan tanpa ada risiko untuk sangkut. 2 bijik printer kat sekolah aku selalu gak aku betulkan balik tempat dia.. bila banyak tangan ni, penjagaan pun kena lebih la kan. dan yang paling penting.. pastikan letaknya ink kat luar tu mesti separas dengan cartridge kat dalam yer...

::Klik untuk cerita penuh::





©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah kuar workshop balik dah.. ni memang aku dah nengok hasil print dia sebelum aku kuar kedai tadi.. hampeh tul la.. test and ok..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tu cartridge baru kaler yang baru ditukar..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Testrun sekali untuk tengok pergerakan kabel dia.. nampak ok dan ngam..



Enjoice...Sharing is power!!!

Selasa, 16 Mac 2010

Apasal aku tetiba bengang nih..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarAkhirnya setelah hampir dua minggu, baru aku ada kesempatan untuk mengambil printer mp145 aku yang masuk garaj cytech kat taman universiti. Alang-alang aku perlukan antivirus baru, aku sambar sekali kaspersky 3 user punya. Tu pun pasal dia kasi harga baikk punya kat aku tadi..

Balik jer rumah aku terus pasang printer.. Sekali bukak.. aikk.. ada cartidge apa lak nih.. Lantak la.. aku nak masukkan lesen kaspersky dulu. Pastu jer terus aku tertidur.. nak wat camner semalam aku dah kerja obertiiimmmeee... sama la cam malam nih.. Pasni aku mesti jadi musang nyer... Siang tido malam berjaga, mencari cucu dimana ada.. apa aku melalut lak nih..

Aku print selai.. Apasal warna pelik jer nih.. kata tukar cartridge baru.. deep cleaning 10x, print alignment, cleaning.. apasal cam haritu jer nih.. kuning tak kuar jugak.. tak sedap hati.. carik balik kotak cartridge yang aku jumpa tadi.. Sahih tak bukak lagi, tarak lubang apa-apa. Apa lagi.. terus call cytech.. Yang bestnyer.. pastu aku terus start keter gi cytech..

Jenuh nak menjawab kat sana.. Sahih tak wat paperyeiii lagi.. hampeh.. aku tanya apa wat kerja camni. dulu kedai kecik elok jer.. sekarang tukar kedai banyak kes lak ngan aku nih.. sori la bang.. elok janji petang siap.. aku nak tengahari.. apa-apa pun kita tunggu esok...

::Klik untuk cerita penuh::





©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Aku nak taruk cenggini lak la.. ok tak..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Bukak.. nengokkan dalam.. tapi yang best aku tak check bebetul kotak cartridge tu..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tengok sekali jalan cam ok. Try print pertama, aku tak perasan sangat beza dia. So, biar dulu..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni la sebabnya aku tak tengok sangat printer tu.. great mistake mr. kerol.. next time, please remember to check wisely every little thing you got

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Asik dok check kaspersky nih jer.. hampeh tul la..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Siap amik key dia, register, settle, full scan, tido, bangun, gi ngaruk over phone dan ngaruk ke cytech.. hahaha



Enjoice...Sharing is power!!!

Isnin, 20 April 2009

Finally my Canon PIXMA MP145 come with CISS system

Photobucket

Dah lama sebenornya nak pasang CISS system ni
Tapi kat Johor ni kat mana aku nak buat
Jaman dok loyat toksah citer ler
Habis satu sekolah aku CISSkan

Sampai ke opis sampailer ke cecikgu
sapa nak wat aku anto jer ke loyat sana nun
Sebelum tu
apekebende CISS tu
CISS stand for Continuous Ink Supply System
Ink tak abis-abis ler tu
Mana tak abis
kerin sikit tuang jer ink lam tank tu
memang la tak abis-abis

So bila Cytech pun dah wat CISS ni
Aku pun anto jer ler aku nyer Canon ni
Hasil leh tahan la
Cuma hasil printing dia biasa la aku ni memang susah nak puas hati
Dah dekat 10 kepin gambo dah aku print
Aku beger dia nyer setting

Photobucket

satu-satu
pastu aku print pakai window nyer print
photoshop
picassa
sampai ker canon print
susah tul aku nak puas hati ngan warna ni
cerewet kan main
anak sapa la ni kan
last last aku rasa aku puas hati ngan canon nyer software dulu
nanti aku nak sambung pakai software lain lak
sampai bini aku pun dah sound
haa.. print jer lagi sampai kering tank tu
Eleh baru baper sen beli ink baru kan..

Photobucket

Tak pueh hati lagi ni
Ni hasil pakai window nyer print ngan setting vivid
Gila merah