mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label portal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label portal. Papar semua catatan

Ahad, 14 Jun 2015

Portal i-Sayang - Portal Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK)

Portal i-Sayang - Portal Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK)


Portal Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK) atau lebih dikenali sebagai Portal i-Sayang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan orang kurang upaya (OKU) yang disediakan oleh pelbagai kementerian dan agensi merangkumi kesihatan, kebajikan, pendidikan, kerjaya dan khidmat sokongan dari peringkat bayi sehingga dewasa. Semua maklumat ini diselaraskan oleh KPM yang bertindak sebagai lead agency dan melibatkan kerjasama enam (6) Kementerian lain iaitu :

  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat;
  2. Kementerian Kesihatan Malaysia;
  3. Kementerian Sumber Manusia;
  4. Kementerian Belia dan Sukan;
  5. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan
  6. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 
Portal i-Sayang juga menyediakan kemudahan bagi membolehkan OKU untuk mengakses portal ini.
Setiap laman boleh diubah suai untuk memenuhi keperluan individu yang mempunyai kategori ketidakupayaan yang berbeza khasnya buta, rabun, rabun warna dan disleksia.  Portal ini mensasarkan golongan pengguna berikut :

  1. Golongan berkeperluan khas (OKU)
  2. Ibubapa yang mempunyai anak berkeperluan khas
  3. Golongan pendidik yang terlibat dengan murid berkeperluan khas
  4. Majikan
  5. Masyarakat Umum

Matlamat dan hala tuju portal i-Sayang ialah memastikan semua masyarakat khasnya golongan OKU mendapat manfaat daripada portal ini selaras dengan tagline portal “We Are Here For You” atau “Kami Sentiasa Di Sisi Anda”.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 4 Januari 2014

Status terkini portal KPM

Status terkini portal KPM. Nampaknya, betullah seperti telahan aku. Memang kena hacked lagi portal ni. Sebijik cam nasib aku dulu. Dia akan berlarutan lagi sehinggalah berjaya dikesan lubang dan skrip yang ditanam dapat dikesan secara total. Dari gaya ni, nampaknya fail-fail dalam portal dah kena delete, dan admin restore balik fail backup terlebih dahulu ni. Tapi rasanya akan ada lagi serangan demi serangan berdasarkan pengalaman aku dulu ni...

Paparan ni masih Anjakan isu #6 sedangkan kini dah #8

Tengok SPM dan STPM ada lagi 3 hari... maknanya ni arkib November ni. Data statistik pun berdasarkan Ogos.

Ahad, 28 April 2013

Portal Pilihanraya Umum Ke 13

Portal Pilihanraya Umum Ke 13 dah makin banyak. Pepandai la kita pilih ya. Kat sini saya senaraikan yang rasmi sampai la yang glamer. 3 ja pun. Yang last tu nak tengok boleh, tak tengok pun takpe.

:: Dashboard PRU13 ::
Dibina dan diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)