Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Anugerah Guru Negeri Johor 2019

Anugerah Guru Negeri Johor 2019

Imej
Anugerah Guru Negeri Johor 2019. Suatu kelainan yang dibawa kali ini dengan sokongan penuh daripada team KPIBK Negeri Johor. Memang terbaeekkk!!!! Dengan tema glamourus bertempat di Hotel M-Suite, Johor Bahru. Kami dah sampai sebelum jam 8 malam lagi. VVIP masuk dengan iringan paluan drum dari team Drumfunk. Kesemua penerima anugerah seterusnya masuk dan ditonjolkan dengan penuh gilang gemilang. Selepas bacaan doa, ada sedikit sambutan harijadi untuk dua guru yang bertuah. Disambung dengan persembahan daripada bekas pelajar SIGS dan group One Avenue Band. Timbalan Pengarah seterusnya menyampaikan kata aluan dan diikuti dengan ucapan daripada Speaker Dewan Negeri yang berbesar hati hadir memeriahkan majlis ini. Tahniah pada semua guru yang menerima anugerah malam ni. Anda memang layak dan berhak menerima penghargaan ini. Pada team urusetia yang bertungkus lumus sejak awal lagi, anda memang terbaeekkk!!!! Suatu kelainan yang nyata.