mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label fever. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fever. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Julai 2010

Ziqri's first fever

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sedih tul nengok ziqri. Langsung dah tak ketawa lagi dah. Nangis jer. Memalam memang langsung tak leh tidur. Jelum, basahkan satu badan, dukung. Sampai la ke pagi. Risau jugak bebudak kecik demam ni..
Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 21 Februari 2010

Inaz masih muntah-muntah

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarRisau betul la dengan Inaz. Semalam jer dah memang aku tak tido malam dibuatnya. 3 kali muntah teruk. Pagi tadi muntah lagi dalam 2-3 kali lagi. Sebelum gi klinik pun masih boleh muntah lagi.

Sampai jer ke klinik, tengok aikk.. kosong jer. Alamak bang, doktor baru jer kuar lunch. Adehh.. Leh pulak sampai doktor lak kuar. Gi klinik puteri. Sib baik doktor ada. Dia masukkan ubat demam dengan muntah ikut bontot adik. Adik memang dah tak nak dah masa dia nak masukkan ubat muntah tu. Tapi last-last leh jugak. Pastu doktor kasi adik mc dua hari, hari rabu baru naik sekolah.

Sekali masa tunggu nak ambik ubat, adik boleh loya nak muntah lagi. Adooii.. Aku terus lari keluar klinik jer. Pasal tu la tempat paling cepat aku leh pergi. Adik muntah kat longkang luar. Siann adik. Sebelum sampai rumah mama lak muntah. Dah jadi acara berganti-ganti.

Balik jer terus bagi makan ubat. Pun muntah. Makan bubur, pun muntah. Pas bagi makan ubat angin adik tidur. Tapi pastu muntah lagi. Malamnya dia terbangun, muntah, pastu mintak nak makan sardin. Lepas makan leh muntah, pastu sambung balik makan. Ingat dia akan dapat tido sampai pagi dah. Sekali muntah lagi. Habis kosong perut dia. Esok memang la aku ambik cuti rehat. Nak bawak pergi hospital la cenggini.

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Jom la kita gi klinik ye dik..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sempat muntah sebelum gi klinik.. sian inaz..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sahih la kena gi klinik puteri, pasal yang lain doktor kuar makan atau tutup..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Apa kes doktor ni.. sampai sorang 4 vitamin dikasinya..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sempat lagi tu ambik gambo kat luar klinik..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Adik nak makan bubur nasi sama ikan bilis pedas..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ubat-ubat inaz untuk hari ni.. Ubat demam, muntah, angin dan antibiotik..


Slideshow penuh


Khamis, 11 Jun 2009

Back to Nature - Day 2

Awal pagi lagi mama dan nenek kuar ikut atuk kedah gi Pasar Tani. Bukan senang nak sampai sini. Banyak gak yang dibelanja. Pas habis jer program kat pasar tani, mama terus gi Wah Seah pulak.

Memang sakan berbelanja. Maklumlah, bukan selalu turun baling kan. Sementara tu pakcik dan atuk sibuk berbelanja untuk kenduri kesyukuran pakcik esok. Lupa nak cakap. Pakcik mengajar kat Lahad Datu, Sabah sana. Maknanya lengkapla seluruh keluarga kami kat serata pelusuk Malaysia. Aku kat Johor, Mak Yang kat Selangor, Paksu kat Kedah, Mak Ngah kat Sarawak dan Pakcik kat Sabah.

Badan aku dah mula rasa tak sedap masa amik mama tadi kat pekan. Tapi aku wat gaya-gaya bolayan jer. Takde apa ahh. Iqa dan adik memang dok terbaring jer. Panas badan diaorang. Sebelah petang, mak tak puas hati; dia pegang gak badan aku. Sah. Aku pun demam jugak. Mak terus paksa aku gi klinik dengan pakcik nanti. Takpe la tunggu pakcik balik dari sungai petani dulu la. Sementara tu mama dengan paksu sibuk dok ambik moktan kat luar rumah.

Photobucket Photobucket

Bila pakcik balik, aku terus tanya barang yang aku pesan tadi. Apa lagi kalau bukan Ayam Radic. Aku memang dah lama nak makan ayam ni, pasal tempat lain memang takde lagi. Memang best. Tak sesia aku pesan. Kentang pun best. Pendek kata korang mesti cuba la baru tau.

Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket

Pas makan tu, pakcik terus bawak aku gi klinik. Ramainya orang kat klinik ni. Pas jumpa doktor dia bagi aku banyak gak ubat. Aku bawak adik masuk sekali. Sekali masa bayar RM38 jer. Aiihh.. Murahnya kat baling ni kat dua orang baru RM38. Kalau aku kena kat johor ni, mau-mau dalam rm80 dah ni.

Sesampai jer ke rumah, nenek dan atuk kedah dah sibuk memotong ikan masin. Siap boleh main-main ngan adik lagi. Adik ketawa jer pasal dok teringat cerita ikan yang dia suka nengok tu.

Photobucket Photobucket



Chiaoooo...
_________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Jumaat, 5 Jun 2009

The return of .. Iqa demam

PhotobucketAlamak. Pagi ni Iqa ngadu pening kepala. Mama rasa kepala dia. Panasnya. Apa-apa hal, tampal koyok dulu. Ni adik dia yang sibuk nak tolong tampalkan. Lepas aje dah tampal kat kepala dia, terus dia pun kengkonon pening jugak. Alamak.. dia pun nak jugak.

Dalam kul 10, panas Iqa masih tak turun-turun. Mama suruh bawak gi klinik. Aku ingat ubat demam adik masih ada lagi ni. Ha.. Nasib baik. Terus bawak Iqa ke dapur, kasi dia makan ubat ni dulu. Kalau tak kebah jugak, bawa ke klinik la.

Photobucket Photobucket

Lepas makan ubat, Iqa asik nak muntah jer. Tapi tak muntah pun. Maybe dia rasa mual jer kot. Lepas kasi susu. Terus dia tidur. Sesambil tu jelum kepala dia. Yang bestnyer, ngan aku-aku sekali tidur.

Sedar-sedar dah melompat-lompat Iqa kat luar. Hish budak ni.. Apa pun. Alhamdulillah..

Photobucket


Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Isnin, 20 April 2009

Adik dah leh ketawa-ketawa

Photobucket

Tajuk dah boleh ketawa-ketawa
Tapi naper gambo tak ketawa pun
Baca terusss

Kisahnya dari semalam kan suhu dia panas
asik muntah jer
So pagi ni salah sorang kena la stay jaga
Pikir nyer pikir
mama jer ler dulu dok rumah jaga
kalau esok tak elok juga
aku nyer turn la pulak kan

So masa aku balik tadi
Nengok dah ok
dah boleh lari-lari
dah boleh ketawa
tadi badan still agak panas
so kena bagi makan ubat ni
adik ni liat sikit makan ubat
macam-macam alasan bagi
dah kenyang la
nak muntah la
nak air dulu la
memacam la
tu yang muka cebek tu

Photobucket

last-last satu jenis ubat jer dapat ditelan
hish susah tul
siap kena grip ngan aku lagi
mama dia sumbat jer ubat lam mulut
tu pun leh kuarkan balik tu
payah sungguh
layan jer lerr
siap pas ni