Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bayar Parkir MPJBT Guna SMS

Bayar Parkir MPJBT Guna SMS

Imej
Bayar Parkir MPJBT Guna SMS. Terbaeekkk!!!! ah. Tak sabo nak nunggu April. Sebelum ni jenuh jugak musing cari kedai juai kupon. Tetambah bila set kupon liao. Hahahaha. Tahniah UTM, tahniah MPJBT Sejumlah 500,000 penduduk di negeri Johor dijangka mendapat manfaat daripada sistem SMSParkir, sebuah sistem pembayaran dan penguatkuasaan pintar berasaskan teknologi terkini, hasil ciptaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Timbalan Pengarah Pusat Inovasi dan Komersial UTM, Prof Dr Sevia M.Idrus berkata sistem itu dibangunkan hampir enam tahun sebagai usaha meningkatkan keberkesanan operasi tempat letak kereta. “Sistem ini membolehkan orang awam membayar parkir menggunakan Sistem Khidmat Ringkas (SMS) atau menggunakan aplikasi mudah alih bagi mengelakkan kesukaran pembayaran seperti menggunakan kupon,” kata beliau kepada pemberita di UTM, di sini hari ini. Teknologi itu kemudiannya dilesenkan kepada sebuah syarikat komunikasi dan dan teknologi, Zen Trillion Sdn Bhd., yang kini mer