Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel YAB Perdana Menteri

Perutusan Nuzul Al-Quran 1436H/2015 YAB Perdana Menteri

Imej
Perutusan Nuzul Al-Quran 1436H/2015 YAB Perdana Menteri Esok, 4 Julai, 17 Ramadan; merupakan tarikh peristiwa Nuzul Quran berlaku. Berikut adalah perutusan Nuzul Al-Quran 1436H/2015 dari YAB Perdana Menteri Malaysia. Yok kita hayati bersama. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, 1. Alhamdulillah, dengan penuh keinsafan diri, marilah kita mensyukuri nikmat untuk dapat sekali lagi bersama Ramadhan al-Mubarak. Bulan penuh kerahmatan dan keampunan yang disediakan oleh Allah buat hamba-hambaNya yang berusaha dan bersyukur. 2. Segala kesyukuran juga kita ungkapkan, kerana walaupun dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dan cuaca dunia, kita di Malaysia ini masih lagi dapat bersama mengisi bulan Ramadhan kali ini dengan segala ibadah dan amalan soleh dalam suasana yang aman dan harmoni. 3. Saban kali kita bertemu dengan tanggal 17 Ramadhan, maka kita akan dibawa untuk mengimbau kembali satu detik agung yang berlaku di dalam bulan Ramadhan, iaitu p

Perutusan Hari Kebangsaan Yang Ke-57 2014 Oleh YAB Perdana Menteri

Imej
Perutusan Hari Kebangsaan Yang Ke-57 2014 Oleh YAB Perdana Menteri Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian, 1. Alhamdulillah, segala puji dan rasa syukur, dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T., lantaran dengan kehendak dan keredhaan-Nya jua, kita sekali lagi, tidak kira di mana ceruk mahupun rantau tanahair bertuah ini, masih terpelihara dalam keadaan aman, untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan. 2. Tidak seperti tahun-tahun yang sudah, di mana perutusan selalunya dibuat secara rakaman dan kemudian dipancar ke kaca-kaca televisyen, malam ini saya memilih untuk berucap secara langsung kepada ratusan hadirin di ambang merdeka ini, sebagai menzahirkan semangat patriotik dan obor perjuangan negara bangsa, dari mata ke mata, hati ke hati, khususnya kepada saudara dan saudari sebagai sebahagian rakyat Malaysia yang berada di sini. 3. Hakikatnya, setiap kemerdekaan itu be