Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel selepas

Kembara Mahkota Johor 2015 Sejauh 858 Kilometer Berakhir Selepas Rentas 10 Daerah

Imej
Kembara Mahkota Johor 2015 Sejauh 858 Kilometer Berakhir Selepas Rentas 10 Daerah JOHOR BAHARU, 13 Ogos (Bernama) -- Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2015 sejauh 858 kilometer berakhir hari ini selepas merentasi 10 daerah di negeri ini sejak Isnin lepas. Kembara bertemakan 'Muafakat Bangsa Johor' yang menyaksikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggunakan motosikal berkuasa tinggi dan bas menjelajah seluruh negeri ini, berakhir di Hutan Bandar Mutiara Rini, Skudai, di sini. Ketibaan Sultan Ibrahim pada 2.30 petang dengan diiringi Permaisuri Johor Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan para anakanda baginda, disambut meriah oleh masyarakat pelbagai kaum. Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan exco kerajaan negeri dan ketua jabatan kerajaan. Kembara yang memasuki tahun ke-15 dan edisi ke-18 itu diadakan bertujuan merapatkan hubungan antara rakyat, pemimpin dan Istana Johor selain mendekatkan hubungan antara kaum di

Pengisian pertama kali minyak selepas penurunan subsidi

Imej
Pengisian pertama kali minyak selepas penurunan subsidi. First of all. Aku dah join team petronas semula. Hasil perbincangan sesama member. Hehehe. So. Masa mula dikurangkan aku kat Putrajaya. Naik kenderaan jabatan. So, tak la rasa bahang kehangatan tu. Hari ni baru aku isi semula setelah 523.6km ditempuhi. So. Lepas isi. Kena lah aku RM86.67 untuk minyak 37.68l. Hmmm... Macam ada pertambahan sikit untuk aku. Biasanya aku isi pun around RM80 - RM82. Nak kata OK pun tak. Nak kata tak OK pun tak. Nak tak nak kena isi jugak. Kita tengok lama mana bertahan ni.