mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label kali ke14. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kali ke14. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Mac 2017

Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang kali ke14 SK Taman Nusa Perintis


Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang kali ke14 SK Taman Nusa Perintis. Pagi tadi majlis ni berlangsung di Dewan Sri Perintis. Aku dengan angah ja ke sini. Mama dan yang lain ke Melaka untuk majlis Pak Ngah Man. Majlis dimulakan bacaan doa sebelum diikuti dengan kata aluan daripada Guru Besar dan Yang DiPertua PIBG. Perasmian seterusnya dilaksanakan oleh Haji Khairi. Dalam ucapan perasmi, Haji Khairi merakamkan setinggi-tinggi tahniah pada pihak sekolah dan berbesar hati untuk menyumbangkan sebanyak RM20,000 untuk laluan gajah menyusur di kawasan menunggu bas dan RM1,000 untuk kelab guru. Seterusnya murid UPSR 2016 diraikan.

Mesyuarat PIBG diteruskan sebelum Majlis Anugerah Cemerlang mengambil tempat. Tahun ni memang sekolah beri keistimewaan pada lebih ramai murid. Tempat pertama hingga kelima setiap kelas dan untuk hadiah matapelajaran terbaik memang penuh nama dalam buku. Angah dapat hadiah untuk subjek seni disamping 19 orang murid tahun 4 2016 yang lain. Tu lum kira tahun dua yang paling banyak dapat hadiah subjek terbaik. Tahniah pada pihak sekolah kerana mengambil usaha yang baik dalam meningkatkan rasa penghargaan di kalangan murid. Terbaeekkk!!!!