Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Perdana Menteri Rasmi Pembukaan

Ekspo Johor Berkemajuan 2017 : Perdana Menteri Rasmi Pembukaan

Imej
Ekspo Johor Berkemajuan 2017 : Perdana Menteri Rasmi Pembukaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan hubungan baik kerajaan pusat dan kerajaan negeri antara penyumbang kepada pembangunan menakjubkan yang dialami Johor. "Sebenarnya tidak payah beritahu sebab saya dah tahu pasal kemajuan yang begitu memberangsangkan yang dicapai Johor, malah saya pernah mengungkapkan ayat yang saya anggap 'Johor a new economic powerhouse' (Johor satu kuasa ekonomi baharu) untuk negara Malaysia. "Ini satu pengiktirafan jelas iaitu kadar pertumbuhan malah nadi pertumbuhan negara berpusat dan dari Johor," katanya ketika berucap merasmikan Ekspo Johor Berkemajuan 2017 di Kota Iskandar di sini hari ini. Najib berkata ekspo itu diadakan tepat pada waktunya kerana dapat memberikan maklumat lebih jelas dan terperinci ketika ada pihak tertentu cuba mengelirukan rakyat. "Atau seperti Menteri Besar (Johor) (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) cakap (me