Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Laluan Alternatif Kedua Jalan Lama Persekutuan KL - Bentong Dibuka - JKR

Laluan Alternatif Kedua Jalan Lama Persekutuan KL - Bentong Dibuka - JKR

Imej
Laluan Alternatif Kedua Jalan Lama Persekutuan KL - Bentong Dibuka - JKR KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Laluan alternatif kedua iaitu Jalan Lama Persekutuan Kuala Lumpur-Bentong dibuka kepada kenderaan ringan pada pukul 11 pagi hari ini selepas ditutup berikutan banjir lumpur di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Rabu lepas. Jabatan Kerja Raya dalam satu kenyataan hari ini berkata kenderaan dari Persimpangan Bertingkat Bentong (KLK) perlu melalui jalan alternatif kedua itu untuk menuju ke Kuala Lumpur, manakala kenderaan dari Kuala Lumpur perlu melalui Jalan Gombak menuju ke Jalan Bentong Lama. Bagaimanapun, laluan alternatif itu akan dibuka dari pukul 7 pagi hingga 6 petang sahaja kerana laluan itu turut mengalami beberapa hakisan yang masih dalam pemantauan pihak JKR Bentong bersama syarikat konsesi. Menurut JKR, jalan alternatif kedua itu akan ditutup kepada semua kenderaan sebaik sahaja Lebuhraya KL-Karak dibuka semula bagi kedua-dua laluan. JKR menasihati semua pengguna la