Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Seorang Jemaah Malaysia Disahkan Terkorban

Seorang Jemaah Malaysia Disahkan Terkorban Dalam Insiden Rempuhan Di Mina

Imej
Seorang Jemaah Malaysia Disahkan Terkorban Dalam Insiden Rempuhan Di Mina 'Suami Sangat Berhajat Melontar Pada Waktu Duha' - Isteri Zulkifly Daripada Mohd Shukri Ishak MAKKAH, 28 Sept (Bernama) -- Isteri jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Mina, reda dengan ketentuan Ilahi kerana suaminya sememangnya sangat berhajat untuk berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina, bagi melaksanakan ibadat melontar pada waktu duha (antara 7 pagi hingga 11 pagi). Suriahanim Abd Hamid, 40, berkata pada awalnya beliau cuba menghalang suaminya, Zulkifly Samad, 50, berbuat demikian kerana tindakan itu nyata tidak mengikut nasihat Tabung Haji (TH) yang telah menetapkan waktu untuk jemaah Malaysia melakukan ibadat melontar di Mina, selepas 5.30 petang. "Memang niatnya hendak berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina (selepas berwukuf di Arafah pada 23 Sept), kami naik bas bersama ke Muzdalifah (untuk bermabit) dari Arafah. Riak wajahnya berubah bila saya tidak berset